.

seposen untuk Porsche

Friday, February 26, 2010

guling kaw-kaw

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/26/2010 01:08:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

masing-masing berasa sejuk kaki tangan, muka pucat macam hantu dalam cerita-cerita seram korea ngan jepun. letih, penat, rase nak muntah pun ade. petang ni petang paling hell dalam hidup sepanjang sem ni. bermula dari padang kawad, aktiviti beri memberi buah tangan berupa push-up berterusan membawa ke larian pantas selama 10 minit, dan diteruskan dengan perkelahan di tepi tasik. perkelahan yang tak aman langsung bila kau disuruh berlari..dan kemudian guling-guling, kemudian sit-up, kemudian lari lagi, guling lagi..guling dan guling..lari..(tulis pun buat aku rasa pening).

aktiviti guling memang sengsara. bayangkan kau naik 'pirate ship' dekat genting highland, rasa nak tertanggal tulang belakang? ini lagi dahsyat. lepas tu, ade forward roll. part ni, jangan kata ladies, guys pun same pening. 3-4 orang dah tertonggeng-tonggeng tahan muntah, yang sendawa bau-bau muntah masam pun ade.

try la forward roll ni. kalau rase tak terhuyung-hayang aku tak tau la. ladies ramai yang takleh wat. kene buat side roll. same je tahap kepeningannya. ade satu part, kene guling naik bukit. aku main guling jek. sampai satu masa tu, PTI tegur..
"baju kau tu ade ape?"
aku toleh.
demmit! muntah sape la aku kesat nih


ok...rase letih hari ni. mengantuk sangat-sangat~

Wednesday, February 24, 2010

basikal dan bangla

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/24/2010 07:07:00 PM 2 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

...wajah konpius beberapa ketika
terdiam.

kayuh beskal petang-petang memang seronok. tambah angin sepoi-sepoi bahasa jek. sekitar pukul 5.30 ke pukul 6 petang tu memang ramai kayuh beskal. termasuklah aku. sorang-sorang. rumet, sorang main bola jaring, sorang lagi pergi berenang.

dijadikan cerita, waktu ni jugaklah bangla-bangla construction kuar balik umah. naik beskal jugak. bezanya, basikal aku lebih cantik berbanding diorang. semangat waja nak kayuh petang ni, sumbat telinga dengan lagu 'silly boy', aku mengayuh.

sedap mengayuh sorang-sorang layan perasaan, tiba-tiba...
'fren...fren...'
ok, mp3 takle kuat sangat aku pasang. dan sora-sora tu memang agak ramai dan kuat. aku teruskan mengayuh. entah sape-sape.
lepas tu, aku dengar orang jerit-jerit lagik. bengang. aku brek beskal. berhenti, dan toleh belakang. segerombolan bangla sengih-sengih pandang aku. sekelompok budak pempuan kat tempat tunggu bas ketawa-ketawa. dan saat itu jugalah, lalu sebelah aku, sorang bangla, berbasikal, dengan t-shirt yang hampir same dengan aku pakai..

aku rasa nak pengsan!

Tuesday, February 23, 2010

tukang sapu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/23/2010 11:08:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul



kat USM ni, cleaner terdiri dari mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. kalau area-area dewan kuliah tu, besenya mak cik la. tapi kalau kat jalan-jalan sekitar u ni, akan nampak banyak pak cik. dulu mase aku duduk blok lame, pagi-pagi akan dikejutkan dengan riuh rendah makcik cleaner tingkat bawah mengumpat and bercerita. kadang-kadang tu bergaduh gak. bising, sebab kacau aku nak buat taik mata.

kisah ni pasal pakcik cleaner. selalu nampak dia naik basikal warna merah, bukan basikal racing atau mountain bike, tapi basikal yang sangat uzur, hendal pun dah karat-karat. suara dia sengau. bila dia bercerita, dia cerita bersungguh-sungguh. aku selalu perati dia dari tingkap bilik.

tadi aku nampak pak cik ni lagi mase tunggu bas depan bangunan Eureka. tapi basikal dia dah tukar baru. warna biru. tetap bukan mountain bike atau racing, biasa punya. tapi berkilat. baru lagi agaknye. aku pandang, nak senyum. tapi selalu dia susah nak pandang orang. kenderaannya basikal. mesti dia beli baru hasil duit gajinya sebagai tukang sapu. Alhamdulillah..

ade lagi pakcik tukang sapu daun-daun dekat laluan utama ke school aku. pak cik ni dalam usia 50-an camtu la, baya-baya abah. selalu aku tengok, budak-budak lalu sebelah dia, pandang pun tak nak. bila dia tengah menyapu dan budak tu lalu kat kawasan tu, dia berhenti. pandang sampah dia supaya tak terbang berterabur akibat dipijak orang lalu-lalang. kalau budak terpijak, dia tak pernah marah. dia sapu balik.

tapi budak..dia akan jeling balik pak cik tu. dan pak cik tu tunduk..

hina sangat ke tukang sapu? mereka pun manusia. ada hati, ada perasaan. selalu aku bayangkan kalau abah adalah pak cik tu. pasti aku nangis tengok kejadian tu depan mata. tapi pak cik tu, ada tak dia nak ceritakan benda ni kat anak-anak dia? tak akan. paling-paling kurang isteri. takpun dia simpan rasa sedih, malu dan terhina tu sendiri. bayangkanlah pengorbanan seorang abah. simpan semua rasa sedih sendiri, dan kongsi yang happy jek.

p/s: mulia sangatkah seorang pelajar universiti yang memandang rendah penoreh getah, cleaner, tukang sapu, pengutip lori sampah..sedangkan kau sendiri pun belum tentu dapat kerja

Monday, February 22, 2010

latihan tambahan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/22/2010 05:04:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

seperti yang digembar-gemburkan, cuti yang bosan di awalnye menjadi seronok sebab ade kem Palapes. orang tengok, mungkin orang akan ingat 'eee...masuk Palapes muka jadik hitam kowt~' tapi setakat ni, muke hitam pun janji kentelll...

disebabkan budak-budak aku ni semua gila camwhore, maka aku rela ambik gambar diorang mase diorang tak perasan mereka di'capture' oleh lensa aku. hasilnye~

mendaki Bukit Bendera setinggi 5000m dari paras laut


kaki bukit 30 darjah. bukan kamera aku sengetkan, tapi ini hakikat. land rover je yang aku jumpe berselisih ngan kitorang


bayar hutang! panjat bukit penat nak mati lepas tu minum air kelapa, abc, makan laksa

pemandangan dari puncak.
balik dari mendaki Bukit Bendera, semua mengadu sakit kaki. sampai sekarang rasa sengalnye lagi.

Mael in action

sume orang enjoy =)

kasut kotor akibat beberapa hari tak basuh






somehow, gambar ni paling aku suke sebab sume ketawa


ketawa sebab ni! yang memukul itu ialah PTI Madon


mane lagi nak jumpe orang yang sanggup kena guling same-same kalau bukan kamu!

training last sebelum ditauliahkan menjadi Leftenan Muda, lepas tu kahwin nanti bole lalu bawah pedang. heh, kahwin. ok, lari topik.

setelnya training petang ahad, setel jugalah cuti mid-sem. tak larat buat apa-apa, balik makan Queensbay, aku setel satu assignment dan terus bum! atas katil. baru teringat pasal aku terlupa telefon mak aku seperti yang aku bese buat pada hari ahad dan pasal 'namjeon nampa'.

Sunday, February 21, 2010

lelaki bodoh

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/21/2010 08:04:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

You`re callin' me more than ever now that we`re done

Two keys back to my place, we were having no fun
But you`re not ok, tellin' me you miss my face
I remember when you would say you hate my ways

I said I`m not coming back, is it

You only want what you can`t have. That ego turning
Just too bad for you, that when you had me
Didn't know what to do, Game over. You lose

Cause you had a good girl, good girl, girl

That’s a keeper, k-k-k-k-keeper
You had a good girl, good girl but
Didn't know how to treat her, t-t-t-t-treat her (treat her)
So silly boy get out my face (my face)
Why do you like the way regrets taste?
So silly boy get out my hair my hair(get outta here)
No, I don’t want you no more (get outta here)

Silly boy (silly boy)

Why you acting silly boy?
Silly boy boy (boy boy)
Acting acting silly boy?

You comin with those corny lines

Can’t live without me
I’ll get some flowers for the day that you are buried
No, people make mistakes
But I just think your ass is fake
Only thing I want from you, is for you to (stay away)

I said i`m not coming back, is it

You only want what you can`t have. That ego turning
Just too bad for you, that when you had me
Cause you had a good girl, good girl, girl


Thats a keeper, k-k-k-k-keeper

You had a good girl, good girl but
Didn’t know how to treat her, t-t-t-t-treat her (treat her)
So silly boy get out my face (my face)
Why do you like the way regrets taste?
So silly boy get out my hair my hair
(Get outta here)
No I don’t want you no more (get outta here)Didn’t know what to do,game over. You lose

*Eva Simons

ujian

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/21/2010 01:42:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

what else can ever happen to me? bulan ni, kereta kena rempuh , hantar bengkel kene caj rm250, syarikat tempat aku bekerja melarikan diri dengan duit deposit rm500, aku jatuh tertiarap sewaktu berlari mengejar tren kat Bukit Bendera petang tadi, terbaru, jam tangan kesayangan yang dibeli sem lepas pecah kat permukaan jam tu, cermin pulak tu. dah sumbing muka jam tu, kaca, tak tau la kalau ganti tu berapa puluh kena. cincin rama-rama kesayangan hilang, cincin kat jari kelingking pulak jatuh mase sapu sampah kat kampung. sekarang, kena korek balik duit simpanan untuk tampung belanja bulan ni. dan baru dapat tahu, seorang kawan yang dipercayainya sekian lame tikam dari belakang.

Thursday, February 18, 2010

damn you!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/18/2010 03:12:00 PM 1 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

gadis ayu berlagak muslimah sedang gundah gulana
mode : jiwa kacau

damn you people!!! running away with all the money...mungkin aku tak kisah bila kau nak lari. but at least bagi aku merasa 1st gaji aku dulu, then rm500 tu kau nak ambik, ambik la. at least i got half of it. but now...ooo..making bulls*it of me.

bila bawak lari my money, mungkin you people akan rasa menyesal. don't wish to live longer with ma money.

Wednesday, February 17, 2010

kucing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/17/2010 12:51:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

wah, aku rindu kucing aku. semua sekali aku rindu!

Sunday, February 14, 2010

0 (kosong)

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/14/2010 11:29:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

bila kau tengok keliling kau, dan kau perasan OMAIGOD, mane sume orang pergi?! dan kau rase kau tertinggal, itu adalah benda paling sedih yang aku selalu rasa. sebab aku tak suka ditinggalkan, and i prefer if i'm the one leaving them. sedeyh siot. cuti raya cina dan kengkawan berpeluang balik kampung. kau duduk tercongok kat usm ni, ape nak buat aku pun tak tau.

angkara latihan, aku tak beli tiket. bajet-bajet latihan start hari Rabu ni, so kalau nak balik ke Johor untuk jangka masa 3 hari memang tak berbaloi melainkan kau sanggup korbankan badan dan uang kau. alih-alih, minggu lepas hari Khamis petang baru dapat tau training start hari Jumaat. peh! mana aku nak carik tiket. kalau ade pun mesti harga melambung tinggi sebab bas tambahan. fikir poket yang agak kontang dan kemarau nih, bantai la melawan kebosanan kat usm.

demi memikirkan bosan tu. beberapa perkara mula la muncul;
1. pergi kL, mak cik aku tak segan silu nak offer rumah dia jadik hotel aku. bole la aku merayau kat sane jap
2. kak mun. yaa, bliau memang terbaekk. dia dah suh aku g umah dia kat Taiping, jadik jek, memang hari rabu ni aku pecut ke sana. kalau boring sangat, mungkin lagi awal daripada tu.
3. shopping sale CNY. mungkin poket kontang, tapi setakat shopping, ade je duit tu. kena carik member dulu untuk same-same slow jog kat Queensbay atau Prangin, jauh sikit, mungkin Gurney.
4. siapkan esemen. hah, lepas cuti ni terus ade 5 esei kene hantar. tapi 3 dah siap. tinggal 2 lagi. ah, esemen malam ah buat. siang hari buat keje takde feel la.

so,starting hari ni. mungkin petang keluar. esok la taktau nak watpe. ah, pepandai la. mungkin survivor di hutan tidaklah sebosan survivor di usm~

Saturday, February 13, 2010

inai

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/13/2010 04:17:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

cantik nampak kat tangan bila pekatan warna hijau gelap tu dilukis. jam dah pukul 2.30 pagi, mata pun dah kabur bagai ade awan-awan melekat kat bulu kening, ah,kene pastikan inai jadik jugak! kak mun pun nampaknye khusyuk menginai kuku. aku dah melukis dedaunan berguguran dahanan kerapuhan bunga-bunga cinta~ kat tangan kanan. disebabkan aku kidal, maka tangan kiri kita tinggalkan dulu.

setel melukis. tengok balik. wah, cantik inai ni. pekat. malam esok walaupun dress aku biasa-biasa, dengan adanya inai ia mungkin membantu. berangan-berangan, mata ngantuk. naik atas katil. punya la jaga inai tu supaya tak terkena mana-mana bahagian katil. tangan kanan aku pastikan posisinya. ok, esok bangun subuh komfem ia akan kering dengan sempurna...

***
bangun pagi, turun katil terus pergi toilet nak ambik air sembahyang. sekali...
'Argggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'
waddehek muka aku sampai macam ni sekali?????!!!!
tompok-tompok inai sedikit di dahi..mata..dagu..pipi... macam kucing dah bertompok sane sini. mula la otak ni ingat-ingat balik, pehal sampai camni? oh, malam tadi banyak nyamuk. mungkin aku memukul nyamuk menggunakan tangan kanan? macam mane aku nak hilangkan nih..cemas tak terkata. kalau boleh buat pembedahan plastik, itulah pilihan terbaek. aaaa...malam ni dinner!!!!

Wednesday, February 10, 2010

tadah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/10/2010 05:13:00 PM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

pagi tu pukul 5, dan semua penghuni yang menjalani latihan kat KD Sri Pinang dah bangun untuk siap-siap e.m.a (early morning activity). seperti biasa, training la. pagi tu jugak, demam aku melarat. panas rasa badan tak boleh tahan. bangun jugak walaupun tak bermaya. last-last, aku dengan sorang lagi budak UUM ni duduk je dari jauh, perhati diorang terlonjak-lonjak keletihan.

si mamat uum ni bole plak bersemangat nak borak pepagi buta. konpius aku, demam ke tidak? aku dengar dengan tidak jek dia borak tu. lepas tu, tiba-tiba PTI muncul depan mata.

'kau kenapa ni?'
si mamat uum tiba-tiba senyap.
'demam, pti' balasku lemah, selemah mungkin.
'ooo..demam? patutnye kena ikut pt ni, berpeluh, baru elok.'
dengar je suh ikut pt, aku rasa macam nak pitam dah. aku tenung wajah pti dalam-dalam.
melihatkan aku dengan mamat uum ni lembik..
'kau cuba angkat tangan kau..tangan kanan..'
aku buat. si budak uum ni pun buat.
'lepas tu, bawak g mulut kau..macam eksyen orang makan nasik tu..'
gila rasa terhina. aku buat walaupun perasaan tak tau nak gambarkan macam mana.
'oo..boleh lagi makan nasik..bukan sakit sampai tak boleh makan,'
gila mental! aku rasa nak menjerit time tu jugak.

Monday, February 8, 2010

dinner oh dinner

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/08/2010 10:40:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

kalau kira-kira, dinner antara perkara paling banyak aku habiskan duit. berbanding perkara-perkara lain. macam tahun lepas, dekat seribu jugak habis untuk dinner, baju je dah 2-3 pasang aku beli walhal malam tu pakai sepasang jek. lepas tu, bayar untuk partner..tapi ini boleh dikecualikan heheh. lepas tu, bajet untuk make-up artist (cewah..akulah artisnye) dan hadiah-hadiah. haish..selamat tak buat dinner tiap-tiap sem, mau bengkrap woo~ inilah aku yang lupa diri bila bab berbelanja. memang amalan syaitan nirrajim btul!

kali ni punye dinner, aku memang bajet-bajet betul. ikhtiar hidup aku untuk minggu-minggu selepas dinner ialah carik biawak, katak atau dedaun pucuk kayu yang boleh dimakan bagi menggantikan lauk-pauk seperti sambal udang, ayam goreng, telur masin dan kobis masak lemak (-_-!)  mungkin untuk bershopping, aku boleh beralih kepada window sahaja sambil menyimpan angan-angan, dan elakkan teman orang lain shopping. sebab it always turns out that aku yang akan beli lebih-lebih (n_n)

risau la pulak dinner kali ni. aku belasah pakai ala-ala cerita 'Nur Kasih' tu. tak grand macam yang lain-lain dengan gaun labuh and manik-manik bagai. huhu (T.T)...

Thursday, February 4, 2010

beza dia dan kamu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/04/2010 12:04:00 AM 0 comments Links to this post
sayatetapsaya betul

dia...
'kalau saye lari...?'
'saye baliklah. nak wat macam mane.'

kamu..
'kalau saye lari?'
'saya kejar...'


permainan nenek-nenek si bongkok tiga dan anak ayam.