.

seposen untuk Porsche

Wednesday, February 24, 2010

basikal dan bangla

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/24/2010 07:07:00 PM
sayatetapsaya betul

...wajah konpius beberapa ketika
terdiam.

kayuh beskal petang-petang memang seronok. tambah angin sepoi-sepoi bahasa jek. sekitar pukul 5.30 ke pukul 6 petang tu memang ramai kayuh beskal. termasuklah aku. sorang-sorang. rumet, sorang main bola jaring, sorang lagi pergi berenang.

dijadikan cerita, waktu ni jugaklah bangla-bangla construction kuar balik umah. naik beskal jugak. bezanya, basikal aku lebih cantik berbanding diorang. semangat waja nak kayuh petang ni, sumbat telinga dengan lagu 'silly boy', aku mengayuh.

sedap mengayuh sorang-sorang layan perasaan, tiba-tiba...
'fren...fren...'
ok, mp3 takle kuat sangat aku pasang. dan sora-sora tu memang agak ramai dan kuat. aku teruskan mengayuh. entah sape-sape.
lepas tu, aku dengar orang jerit-jerit lagik. bengang. aku brek beskal. berhenti, dan toleh belakang. segerombolan bangla sengih-sengih pandang aku. sekelompok budak pempuan kat tempat tunggu bas ketawa-ketawa. dan saat itu jugalah, lalu sebelah aku, sorang bangla, berbasikal, dengan t-shirt yang hampir same dengan aku pakai..

aku rasa nak pengsan!

2 comments:

mohad on February 24, 2010 at 7:13 PM said...

citer yang menarik...

kaki ayam a.k.a. ceker on February 24, 2010 at 7:20 PM said...

mungkin tidak menarik jika anda d tempat saye huhu