.

seposen untuk Porsche

Tuesday, February 23, 2010

tukang sapu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 2/23/2010 11:08:00 PM
sayatetapsaya betul



kat USM ni, cleaner terdiri dari mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. kalau area-area dewan kuliah tu, besenya mak cik la. tapi kalau kat jalan-jalan sekitar u ni, akan nampak banyak pak cik. dulu mase aku duduk blok lame, pagi-pagi akan dikejutkan dengan riuh rendah makcik cleaner tingkat bawah mengumpat and bercerita. kadang-kadang tu bergaduh gak. bising, sebab kacau aku nak buat taik mata.

kisah ni pasal pakcik cleaner. selalu nampak dia naik basikal warna merah, bukan basikal racing atau mountain bike, tapi basikal yang sangat uzur, hendal pun dah karat-karat. suara dia sengau. bila dia bercerita, dia cerita bersungguh-sungguh. aku selalu perati dia dari tingkap bilik.

tadi aku nampak pak cik ni lagi mase tunggu bas depan bangunan Eureka. tapi basikal dia dah tukar baru. warna biru. tetap bukan mountain bike atau racing, biasa punya. tapi berkilat. baru lagi agaknye. aku pandang, nak senyum. tapi selalu dia susah nak pandang orang. kenderaannya basikal. mesti dia beli baru hasil duit gajinya sebagai tukang sapu. Alhamdulillah..

ade lagi pakcik tukang sapu daun-daun dekat laluan utama ke school aku. pak cik ni dalam usia 50-an camtu la, baya-baya abah. selalu aku tengok, budak-budak lalu sebelah dia, pandang pun tak nak. bila dia tengah menyapu dan budak tu lalu kat kawasan tu, dia berhenti. pandang sampah dia supaya tak terbang berterabur akibat dipijak orang lalu-lalang. kalau budak terpijak, dia tak pernah marah. dia sapu balik.

tapi budak..dia akan jeling balik pak cik tu. dan pak cik tu tunduk..

hina sangat ke tukang sapu? mereka pun manusia. ada hati, ada perasaan. selalu aku bayangkan kalau abah adalah pak cik tu. pasti aku nangis tengok kejadian tu depan mata. tapi pak cik tu, ada tak dia nak ceritakan benda ni kat anak-anak dia? tak akan. paling-paling kurang isteri. takpun dia simpan rasa sedih, malu dan terhina tu sendiri. bayangkanlah pengorbanan seorang abah. simpan semua rasa sedih sendiri, dan kongsi yang happy jek.

p/s: mulia sangatkah seorang pelajar universiti yang memandang rendah penoreh getah, cleaner, tukang sapu, pengutip lori sampah..sedangkan kau sendiri pun belum tentu dapat kerja

0 comments: