sayatetapsaya betul
bila kau tengok keliling kau, dan kau perasan OMAIGOD, mane sume orang pergi?! dan kau rase kau tertinggal, itu adalah benda paling sedih yang aku selalu rasa. sebab aku tak suka ditinggalkan, and i prefer if i'm the one leaving them. sedeyh siot. cuti raya cina dan kengkawan berpeluang balik kampung. kau duduk tercongok kat usm ni, ape nak buat aku pun tak tau.
angkara latihan, aku tak beli tiket. bajet-bajet latihan start hari Rabu ni, so kalau nak balik ke Johor untuk jangka masa 3 hari memang tak berbaloi melainkan kau sanggup korbankan badan dan uang kau. alih-alih, minggu lepas hari Khamis petang baru dapat tau training start hari Jumaat. peh! mana aku nak carik tiket. kalau ade pun mesti harga melambung tinggi sebab bas tambahan. fikir poket yang agak kontang dan kemarau nih, bantai la melawan kebosanan kat usm.
demi memikirkan bosan tu. beberapa perkara mula la muncul;
1. pergi kL, mak cik aku tak segan silu nak offer rumah dia jadik hotel aku. bole la aku merayau kat sane jap
2. kak mun. yaa, bliau memang terbaekk. dia dah suh aku g umah dia kat Taiping, jadik jek, memang hari rabu ni aku pecut ke sana. kalau boring sangat, mungkin lagi awal daripada tu.
3. shopping sale CNY. mungkin poket kontang, tapi setakat shopping, ade je duit tu. kena carik member dulu untuk same-same slow jog kat Queensbay atau Prangin, jauh sikit, mungkin Gurney.
4. siapkan esemen. hah, lepas cuti ni terus ade 5 esei kene hantar. tapi 3 dah siap. tinggal 2 lagi. ah, esemen malam ah buat. siang hari buat keje takde feel la.
so,starting hari ni. mungkin petang keluar. esok la taktau nak watpe. ah, pepandai la. mungkin survivor di hutan tidaklah sebosan survivor di usm~
Sunday, February 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment