.

seposen untuk Porsche

Monday, August 27, 2012

holiday for singlets

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/27/2012 11:03:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Yeay, InsyaAllah this long weekend I'm going for a holidayyy. I am excited since now that I got much money..yeah right. Before those notes will end to make up, dresses, pelamin and door gift and the list go on and on.

I have two places, Cameron Highland and Langkawi Island.. But when I surf on the internet booking for hotel at Cameron, the price is quite expensive. Over budget should I say, RM 400++ for a room/2 nights. Tak campur kos lain-lain macam bas, makan and jalan-jalan. So, total budget will be around MYR800 +/- for both places. Nevermind, that should be enough. Tomorrow I'll check on the ticket.

10% in progress...

Friday, August 24, 2012

Bila Keikhlasan Dipersoalkan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/24/2012 01:18:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Never cross to my mind that the conversation will go on until this stage when the dollar becomes an issue. I never thought it that way and take it wrongly. Never, until he suddenly brought out the topic of my salary and how do I spend it.

It is terrible. I feel bad and I cry. Weak I am when it comes to situation like this. Thank god the person doesn't stand right in front of me. If is, then I would cry him a river. And I think I would run...worst come to worst I'll stay mute.

To you,

I'm sorry.

Tuesday, August 14, 2012

Alhamdulillah..

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/14/2012 09:14:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.



Waktu : 6.30 petang

Dulu kat kawasan rumah aku, kalau petang-petang tu ada orang jual pisang goreng, keledek, cempedak goreng dengan keropok lekor untuk dibuat juadah berbuka. Masa tu aku kecik lagi..dalam 6 ke 7 tahun kot. Baru nak belajar berpuasa gamaknya. Kegemaran aku untuk berbuka memang la keropok lekor.

Dijadikan cerita, sebagai upah aku puasa penuh, mak bagi duit seringgit untuk beli keropok lekor. Seringgit dulu tinggi nilainya, tak macam seringgit sekarang. Seringgit dulu keropok dapat la 10-15 keping. Aku pun pergi la dalam pukul 6.45 macam tu nak beli keropok lekor. Jalan kaki je sebab kedai tak jauh dengan rumah.

''Acik, kopok lekor singgit!''
Lepas setel proses pembayaran, dengan hati girang aku jalan bawak keropok lekor panas-panas tu balik umah. Feveret aku yang nipis...aku jeling-jeling dalam plastik, cukup 10 keping panjang-panjang elok je.

Sampai rumah, aku serahkan keropok lekor dekat mak. Mak bukak plastik keropok, lepas tu dia kata ;
''Eh, kenapa keropok ni patah-patah, kak?''
Dengan dahi berkerut i don't know what you're talking about aku kata
''Tadi jalan goyang-goyang, tu yang patah kot,''

Sebenarnye...aku dah makan keropok tu sikit on the way balik umah. Sebab tu patah. Hikhik

***

Kadang-kadang tu rasa macam nak tergelincir je iman, huuu lagi-lagi bulan Ramadhan. Syaitan memang la kejahatannya dah diikat, tapi nafsu pulak take over. Emm...sudahnya kena motivasikan diri sendiri jugak. Muhasabah. Baru la dapat tau iman yang disangka seteguh perdu buluh tu sebenarnya  senipis kulit bawang..

Tak sedar kita dah buat salah dan silap, tiba Hari Raya Aidilfitri je baru nak mintak maaf. Ye la, masa ni la rasa-rasa macam dah banyak salah kita buat tanpa disedari. Termasuklah diri yang menulis ni. Lagi banyak dosa agaknya. Dosa dengan Tuhan tu satu, dosa sesama makhluk lagi.

Justeru, di sini diri ini ingin memohon maaf setulus hati dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum dan segala benda. Kadang-kadang terkasar bahasa, tercubit sini sana, ampun dan maaf dipinta. Zahir dan batin. Semoga kita ukhwah kita di panjangkan sehingga Ramadhan akan datang. Amin.