.

seposen untuk Porsche

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/26/2011 04:30:00 PM 0 comments Links to this post
*belah depan kad raya






*belah dalam kad raya
 
Untuk semua yang Za Salehan kenali dan mengenali saya. Saya dengan serendah diri ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan segala makan minum dan segala kekasaran serta keterlanjuran perkataan dan perbuatan saya dari awal perkenalan hingga sekarang. Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita dan kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak kita menyambut Ramadhan seterusnya. Semoga anda, insan yang saya kasihi, telah melalui Ramadhan dengan keberkatan dariNya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari saya.

Pada yang bakal pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya mahupun di lautan maupun di awanan. Ingatlah insan yang menyayangi anda dan insan yang menyayangi pengguna jalan raya/lautan/awanan yang lain.

Pada yang bertugas di perantauan, andalah wira! *cewah cewah*

Jemputlah datang ke rumah kite..
Selamat Hari Raya Aidilfitri. May all of you have a blessed Eid ul Fitri (n_n)




Yours truly,




*kad raya tamat

Wednesday, August 24, 2011

penat beb

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/24/2011 05:20:00 PM 0 comments Links to this post
Lagi nak raya, lagi banyak lak masa aku harus di'kerja'kan (bermakna berada di tempat kerja). Nak sangat aku kerja dekat-dekat kan...ha, dekat dekat pun kena kerja lebih masa, tak lekat jugak aku kat rumah.

Leceh lagi bila kita kurang sebulu dengan member. Dia nak cakap dia je betul, orang lain salah. Lantak kau lah. Janji aku dapat gaji.

Oh, ada orang kata saya MALAS. Habis tu? Nak hukum pancung aku? Sori beb, lain tahun.

Monday, August 15, 2011

berbuka puasa dan kucing kesayangan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/15/2011 07:55:00 PM 0 comments Links to this post
Rindu pulak masa Ramadhan di USM. Seronok la berbuka dengan rumet busuk-busuk manja aku tu, Cik Bibie hikhik. Kadang-kadang, Kak Mun pun join sekali. Selalu jugak aku berbuka kat luar dengan kengkawan. Berbuka dengan si dia ada la sekali...

Aku teringat time berbuka dengan rumet aku yang lain. Kalau dengan Ain, berbuka kami minima jek. Cukup sekadar buka sahaja. Kalau dengan Jue dan Arfa, berbuka memang macam-macam sebab Jue berbuka lengkap nasi dengan kuih-muih. Kalau dengan Bibie dan Kak Mun, bergantung. Sebab masing-masing ada main course dengan supper, main course dihadap sewaktu berbuka, supper pulak dalam pukul 9 lebih atau 10 malam.

Paling seronok mesti la berbuka dengan budak-budak Navy aku. Syok sebab meriah, meja panjang 3 4 buah. Lepas tu mula la konpius dah buka ke belum, sebab kawasan kedai makan tu tak dengar azan. Bergantung pada jam tangan.


Haha...rindu, rindu jugak. Aku lagi rindu nak buka kat rumah. Sesedap sedap buka kat kedai, hotel, lagi sedap buka kat rumah. Almaklumlah, mak yang masak kan.




Alhamdulillah...dengan izinNya berjaya buat puff berlapis-lapis cenggini. Kan dah kata, lagi seronok berbuka kat rumah. Sedap ke, tak sedap ke, komfem abes punya.



2 3 hari lepas, aku dapat seekor anak kucing kampung warna kuning putih tompok-tompok. Sangat comel, dalam 1 bulan macam tu usia dia. Adalah jugak kawan budak itam kat atas ni ha. Dan kami semua sayang kucing kecik tu sangat-sangat. Tapi pagi tadi, ada kucing liar datang gigit dia sampai mati. Sedih sebab kucing kuning yang aku panggil Neng-Neng tu manja.


Kucing memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup aku. Dan pertengahan Ramadhan ni, dia dipulangkan kepada penciptaNya. Sehari suntuk ni, Mot cuma tidur jek, tak aktif sangat. Kawan dia datang sekejap jek, lepas tu pergi untuk selamanya.

Mengembara sorang-sorang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/15/2011 02:57:00 AM 0 comments Links to this post
Waduh...bila nak pergi bercuti nih! Disebabkan tempat aku bekerja mengalami kekurangan staff, aku sukarela melambatkan perletakan jawatan (cewah..) sebab aku kesian kat bos aku. Makanya dengan itu, cadangan bercuti selepas konvo nanti mungkin tertunda. Aku dapat cuti 5 hari jek, start hari Khamis sampai Isnin, mana cukup! Ahad aku punya big day, petang plak tu. Ujian betul sebabnya aku ingatkan sesi aku belah pagi! Pukul berapa pulak aku nak bertolak balik dari Penang??? Huwaa!!!

Waaa....bos, saya nak cutik lagik!!!

Ah, lantakkan itu semua dulu. Aku nak cerita pasal kegemaran aku travelling sorang-sorang. Ok, bukan kembara macam Maya Karin yang pergi luar negara tu yek. Aku punya travelling dalam Malaysia jek. Bukannya taknak pergi ke luar negara, naaaakkkk sangat. Aku nak pergi Rusia dengan Zatil satu hari nanti. Setakat ni, aku pergi pusing negara sendirilah dulu ye.

Dari Penang sampai ke Johor, ada beberapa negeri yang aku kena lalui. Kalau ikut highway, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan baru sampai Penang. Best woh! Kalau jenis aku yang selalu naik bas sangkut-sangkut dari Penang ke Johor, memang aku singgah tempat-tempat tu.

Sebab aku suka melancong/mengembiri mengembara dalam Malaysia :

1. Matawang tak payah convert. Dah sah-sah semuanya pakai RM (Ringgit Malaysia), cuma mahal atau murah jek satu-satu tempat tu. Kalau nak carik tempat tidur murah, carik kat internet jek. Banyak pilihan.

2. Semua pun guna bahasa Malaysia. Lebih-lebih pun English. Takpun loghat negeri tu sendiri. Penang dengan Negeri Sembilan punya loghat aku dah master dah (Kelantan sekali). Muahaha

3. Kedai makan yang halal bersepah-sepah. Warung punyalah banyak, yang jual kuih pau berderet-deret kat tepi jalan. Pau Ahmad la, pau Walid la, pau Jasin la... Nak restoran mewah yang halal pun ada, tak perlu risau lagi.

4. Barang boleh tawar-menawar. Aku pernah masuk satu kedai cenderahati dalam perjalanan balik Johor, memang harga frame mengandungi ayat Kursi tu mahal, tawar punya tawar,dapat separuh harga heheh.

5. Rasa selamat kalau berjalan seorang diri. Bergantung pada tempat la. Biasa aku travel sengsorang, siang hari je aku berjalan sampai la ke petang. Belah malam, kalau bercuti dengan kengkawan, baru berani berjalan-jalan.

6. Duduk berjam-jam guna wi-fi free yang disediakan pihak penginapan. Hahah memang syiok. Rasa independent gila.

7. ATM yang mudah didapati. Takde duit, cucuk je. Tak perlu bawak tunai banyak-banyak.


Bagi aku, kalau mengembara ni, apa yang penting bukan barang yang kita beli, tapi pengalaman yang kita kutip dari pengembaraan tu. Tengok orang lain, tengok ciptaan Tuhan dan alamNya yang terbentang luas, muhasabah diri dan barulah pengembaraan kita tu terisi (n_n)






pics credited to Google ;'')

Saturday, August 13, 2011

tukar-tukar hadiah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/13/2011 02:02:00 AM 0 comments Links to this post
Susah betul nak carik kasut raya dekat Muar nih. Aku pening sebab kedai kasutnya banyak, tapi warna terhad. Balik-balik aku tengok kasutnya warna hitam, putih, hitam, putih. Paling banyak, hitam. Dalam hati aku fikir, pekedai kasut ni rabun warna ke hape. Semua hitam. Kalau nak jumpa warna paling mengancam sekalipun, warna silver penuh sequin, mak haiiii...

Tapi itu bukan topik asal.

Subjek : 'Za, kitorang nak tukar-tukar hadiah mase konvo nanti. Jom la join!'

Mau ku tolak..ah,tak mampu nak tolak. Bila lagi nak dapat hadiah kengkawan kalau tak time macam-macam ni. Tapi ada syarat, perlu 'handmade', iaitu buatan tangan. Aku mula berfikir, 2 3 orang yang join tu sumer berbakat mengait. Ada yang bisnes pin tudung handmade, bisnes crochet handmade, bisnes anak patung yang dikait handmade. Aku?

Haa...takkan nak bagi kuih-muih lak. Mana aku reti sangat buat biskut lawa-lawa nih. Scones aku tu pun da macam bentuk mukabumi bulan dah aku tengok. Kek lapis? Masalah satu jek. Takut tak tahan. Yang lepas aku bawak balik USM kek lapis cheese strawberry, 2 hari je dah naik kulat. Inikan pulak nak simpan sampai 5 hari?

Akhirnya sewaktu aku menolong mak kat dapur, aku terpandangkan sesuatu yang memungkinkan ianya untuk dibuat sendiri. Alhamdulillah...dapat ilham! Sekarang, bagi memastikan keaslian buatan tangan tu, aku dah berfikir-fikir mengenai cara wrapping pulak.


Idea asal. Balang kaca macam ni bagi aku nampak sangat tradisional dan ada nilainya tersendiri. Aku sedang mencari balang macam ni tapi nak kecik lagi, isipadu dalam 50ml pun boleh. Tadi aku carik online, semua besar-besar...lari konsep. Paling penting, penutup kertas dengan tali sabut tu akan melengkapkan konsep tukar-tukar hadiah tu nanti.




Untuk packaging-nya pulak, mungkin beg kertas ala-ala beg wain ni agak sesuai. Sebab tinggi dan boleh letak benda lain (kad ucapan, bunga, lolipop dll.) Simple pun simple, senang aku nak angkut bawak naik bas.




Takpun macam ni. Comel pun comel. Yang penting menyerlahkan konsep 'buatan tangan' tu. Hari tu tak excited sangat nak buat beg-beg macam ni, ni bila dah dapat idea, mencurah-curah ke ladang gandum la pulak.

Yang penting, bahan asas tu ada di sekitar rumah. Tehehe~jimat pun jimat jugak. Sesuatu yang tradisional Melayu + English deco. Tunggu...