.

seposen untuk Porsche

Monday, August 15, 2011

berbuka puasa dan kucing kesayangan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/15/2011 07:55:00 PM
Rindu pulak masa Ramadhan di USM. Seronok la berbuka dengan rumet busuk-busuk manja aku tu, Cik Bibie hikhik. Kadang-kadang, Kak Mun pun join sekali. Selalu jugak aku berbuka kat luar dengan kengkawan. Berbuka dengan si dia ada la sekali...

Aku teringat time berbuka dengan rumet aku yang lain. Kalau dengan Ain, berbuka kami minima jek. Cukup sekadar buka sahaja. Kalau dengan Jue dan Arfa, berbuka memang macam-macam sebab Jue berbuka lengkap nasi dengan kuih-muih. Kalau dengan Bibie dan Kak Mun, bergantung. Sebab masing-masing ada main course dengan supper, main course dihadap sewaktu berbuka, supper pulak dalam pukul 9 lebih atau 10 malam.

Paling seronok mesti la berbuka dengan budak-budak Navy aku. Syok sebab meriah, meja panjang 3 4 buah. Lepas tu mula la konpius dah buka ke belum, sebab kawasan kedai makan tu tak dengar azan. Bergantung pada jam tangan.


Haha...rindu, rindu jugak. Aku lagi rindu nak buka kat rumah. Sesedap sedap buka kat kedai, hotel, lagi sedap buka kat rumah. Almaklumlah, mak yang masak kan.




Alhamdulillah...dengan izinNya berjaya buat puff berlapis-lapis cenggini. Kan dah kata, lagi seronok berbuka kat rumah. Sedap ke, tak sedap ke, komfem abes punya.



2 3 hari lepas, aku dapat seekor anak kucing kampung warna kuning putih tompok-tompok. Sangat comel, dalam 1 bulan macam tu usia dia. Adalah jugak kawan budak itam kat atas ni ha. Dan kami semua sayang kucing kecik tu sangat-sangat. Tapi pagi tadi, ada kucing liar datang gigit dia sampai mati. Sedih sebab kucing kuning yang aku panggil Neng-Neng tu manja.


Kucing memainkan peranan yang sangat besar dalam hidup aku. Dan pertengahan Ramadhan ni, dia dipulangkan kepada penciptaNya. Sehari suntuk ni, Mot cuma tidur jek, tak aktif sangat. Kawan dia datang sekejap jek, lepas tu pergi untuk selamanya.

0 comments: