.

seposen untuk Porsche

Monday, August 15, 2011

Mengembara sorang-sorang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/15/2011 02:57:00 AM
Waduh...bila nak pergi bercuti nih! Disebabkan tempat aku bekerja mengalami kekurangan staff, aku sukarela melambatkan perletakan jawatan (cewah..) sebab aku kesian kat bos aku. Makanya dengan itu, cadangan bercuti selepas konvo nanti mungkin tertunda. Aku dapat cuti 5 hari jek, start hari Khamis sampai Isnin, mana cukup! Ahad aku punya big day, petang plak tu. Ujian betul sebabnya aku ingatkan sesi aku belah pagi! Pukul berapa pulak aku nak bertolak balik dari Penang??? Huwaa!!!

Waaa....bos, saya nak cutik lagik!!!

Ah, lantakkan itu semua dulu. Aku nak cerita pasal kegemaran aku travelling sorang-sorang. Ok, bukan kembara macam Maya Karin yang pergi luar negara tu yek. Aku punya travelling dalam Malaysia jek. Bukannya taknak pergi ke luar negara, naaaakkkk sangat. Aku nak pergi Rusia dengan Zatil satu hari nanti. Setakat ni, aku pergi pusing negara sendirilah dulu ye.

Dari Penang sampai ke Johor, ada beberapa negeri yang aku kena lalui. Kalau ikut highway, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan baru sampai Penang. Best woh! Kalau jenis aku yang selalu naik bas sangkut-sangkut dari Penang ke Johor, memang aku singgah tempat-tempat tu.

Sebab aku suka melancong/mengembiri mengembara dalam Malaysia :

1. Matawang tak payah convert. Dah sah-sah semuanya pakai RM (Ringgit Malaysia), cuma mahal atau murah jek satu-satu tempat tu. Kalau nak carik tempat tidur murah, carik kat internet jek. Banyak pilihan.

2. Semua pun guna bahasa Malaysia. Lebih-lebih pun English. Takpun loghat negeri tu sendiri. Penang dengan Negeri Sembilan punya loghat aku dah master dah (Kelantan sekali). Muahaha

3. Kedai makan yang halal bersepah-sepah. Warung punyalah banyak, yang jual kuih pau berderet-deret kat tepi jalan. Pau Ahmad la, pau Walid la, pau Jasin la... Nak restoran mewah yang halal pun ada, tak perlu risau lagi.

4. Barang boleh tawar-menawar. Aku pernah masuk satu kedai cenderahati dalam perjalanan balik Johor, memang harga frame mengandungi ayat Kursi tu mahal, tawar punya tawar,dapat separuh harga heheh.

5. Rasa selamat kalau berjalan seorang diri. Bergantung pada tempat la. Biasa aku travel sengsorang, siang hari je aku berjalan sampai la ke petang. Belah malam, kalau bercuti dengan kengkawan, baru berani berjalan-jalan.

6. Duduk berjam-jam guna wi-fi free yang disediakan pihak penginapan. Hahah memang syiok. Rasa independent gila.

7. ATM yang mudah didapati. Takde duit, cucuk je. Tak perlu bawak tunai banyak-banyak.


Bagi aku, kalau mengembara ni, apa yang penting bukan barang yang kita beli, tapi pengalaman yang kita kutip dari pengembaraan tu. Tengok orang lain, tengok ciptaan Tuhan dan alamNya yang terbentang luas, muhasabah diri dan barulah pengembaraan kita tu terisi (n_n)






pics credited to Google ;'')

0 comments: