.

seposen untuk Porsche

Thursday, December 30, 2010

oh kamu, buka mata

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/30/2010 11:24:00 AM 0 comments Links to this post
'sebab kau dah jadik awek aku, jadik tak perlu la aku usha kau macam masa mula-mula aku nak mengurat kau kan?'

it's a big HELLLLLOOOOO!!!! Tak semestinya bila once the boy dah dapat awek yang diusahakan selama beberapa minggu (atau bulan..) tu, bila dah in a relationship korang perlu tinggalkan awek tu, tanpa call atau sms sebab dia dah jadik milik korang! Ini Salah!

Sebab, seorang perempuan lebih suka jika dirinya sentiasa menjadi perhatian sang lelaki. Tak kiralah sama ada sebelum korang dapat dia ataupun selepas korang dapat dia. Kalau sebelum dapat minah tu, beria call tiap-tiap malam la, 2 3 jam pun sanggup. Pagi sebelum pergi kelas atau kerja sanggup hantar sms ucap 'Good Morning', malam gayut dulu barang habis 20-30 hengget topap pun takpe, tak campur dengan mesej after call untuk ucap 'Good Night'.

Lepas dapat? Mula la rasa selamat sebab ikan dah kena umpan, boleh la simpan jadikan trofi. Sebab minah tu cun, dari terlepas kat tangan orang lain. Baik sapu awal-awal. Bila dah dapat, keinginan untuk mengurat dah luntur sebab minah already dalam tangan.

Boys, this is soo wrong. Seorang perempuan lebih suka jika perkara ni berterusan. I mean semasa korang berusaha dapatkan dia dan selepas berjaya dapatkan dia. Ini faktanya, perempuan akan sanggup luangkan masa walau sesibuk manapun kalau buah hatinya mesej atau call. Kalau dapat 5 minit, 5 minitlah dia akan bagi. Dan seorang perempuan akan sentiasa ternanti-nanti panggilan atau sms dari kekasih hatinya. Sehari sekali pun jadilah kalau tak dapat call, asalkan si gadis tahu lelaki itu mengingatinya.

Tapi, sebaliknya pulak yang berlaku. Bila dah dalam hubungan, call tak ada. Sms jauh sekali. Kalau sms pun, setakat 2 3 mesej, lepas tu diam~~~ Perempuan sentiasa inginkan perhatian. Fakta. Tak perlulah perhatian yang melampau sampai setiap setengah jam kau call semata-mata nak tau dia ada gayut dengan lelaki lain atau tak! Tapi sekadar bertanya macam mana harinya, apa yang dia buat, itu pun dah cukup. Dan bila lelaki beri sedikit perhatian macam tu, mereka akan lebih ambil berat dekat buah hati mereka.

Bila tiada perhatian, mulalah si minah carik skandal. Sebenarnya bukanlah niat mereka nak carik skandal ke hape. Gadis cuma memerlukan teman. Dah boyfren sendiri buat dek aje, mana taknya.. Lepas tu, nak salahkan si gadis pulak sebab menggatal dengan lelaki lain. Yang dia tu tak pernah ambil berat pasal gadis tu kenapa? Dah nak hilang baru nak carik balik??

Lagi satu, aku geram dekat sorang mamat ni. Bekas boyfren member aku. Sebab masa bercinta, dia call member aku ni setiap setengah jam semata-mata nak tau minah tu bergayut dengan lelaki lain ke tak. Lepas tu, sanggup kacau kengkawan minah ni termasuklah aku kalau minah tu tak jawab call. Memang aku hangin tak terkata. Bila putus dengan member aku tu, dia tuntut semua barang yang dia bagi dulu dan duit RM500 sebagai gantirugi perbelanjaan dia untuk minah tu.

Oh tak malunya kau! Kau berdating dengan perempuan lain pun kau pakai jam tangan yang member aku (bekas makwe dia) bagi. Kau tak kisah pulak tak pulangkan barang yang dia bagi untuk kau? Geram sebab lepas diorang putus, mamat tu boleh kata hampir tiap hari call aku nak tanya keadaan si bekas makwe. Aku pernah cuba berbincang, dan akhirnya dia kata aku cuba membela nasib si gadis. He's really not worth the argument. Lepas tu aku terus tak angkat call dia, block ym dia dan everything. Pathetic!

Sunday, December 19, 2010

Bidan gunting tali pusat anak kucing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/19/2010 02:31:00 PM 1 comments Links to this post
Sedang berbaring menatap phone dalam bilik, tiba-tiba gegendang telingaku menangkap jeritan emak
'KAKAK!!!!'
Aku bangun la. Da macam petir jek sore mak aku. Aku pergi dapur. 'Naper?'
'Anak kucing tu...mak tengok da berbelit dah!' dengan muka cemas mak beritahu. Aku pergi kandang kucing tu. Tengok punya tengok, sekali berbelit betul daa. Dua ekor anak kucing tu, dengan tali pusat tak putus, berbelit kat kaki mak dia. Masalah gak kucing jenis camni, bulu dah la panjang, sampai anak sendiri pun berbelit dengan bulu tu.

Sudahnya, aku cuba la pusing-pusingkan bahagian berbelit tu. Tak jugak terlepas anak-anak dia terbelit dekat kaki mak dia. Kesian aku tengok Teddy, mengiau jek. Lepas tu, mak panggil Kak Ani (ok, pangkat makcik dah) sebelah rumah. Dia datang, dia pun pusing-pusingkan tali pusat yang berbelit kemas kat kaki Teddy.

'Gunting aje la tali pusatnya ni..' cadangan muncul dari Mak Cik Ani.
'Tak mati ke nanti? Milah tak berani le, Kak Ani. Takuuuut...' kata mak sambil menghulurkan sebilah gunting.
Lepas tu, dengan lafaz Basmalah, 'Kecip!' 'Kecip!'
Tergolek la dua ekor si comel tu. Alhamdulillah, hidup. Hee~jadik bidan terjun Mak Cik Ani, mak dengan aku. Ok, si Zana yang tolong pegang dan usap Teddy pun tolong jugak (kunun-kunun menenteramkan Teddy).


Ini Ella, tapi Teddy lebih kurang macam ni. Teddy masih trauma, jadi time pegang kamera nak ambik gambar dia nak cakar T_T

Barangkali boleh ketam bulu Teddy kerana terlampau tebal?

Saturday, December 18, 2010

Eksperimen perut

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/18/2010 10:48:00 PM 0 comments Links to this post
Dalam diam-diam dan rendah diri, terpaksa aku mengaku pizza ku ada peminat tersendiri tehehe. Almaklumlah, cuti cuti ni kan, rajin pulak nak merentungkan dapur mak. Tapi kan...


Kah kah kah yaaaa..itu cheddar. Bukan mozzarella. Pengajaran, lain kali beli barang tengok barang. Bukan tengok orang ok. Haa panjang-panjang kau, berjurai bagai pizza jadi-jadian aku tu.



Memang nampak biasa, ah, tak kira! Nak tepek gak gambar kat sini. Habis licin adik-adik aku bedal. Memang seronok bila masak, dan makanan tu habis. Rasa puas. Tapi bila masak, dan makanan habis, dan tak basuh pinggan. Memang nak kene gamaknye.

Friday, December 17, 2010

Intimate gel?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/17/2010 10:44:00 PM 0 comments Links to this post
Situasi : Sedang beratur di cashier untuk membayar barang.



Jatil : Ok, Ruzack. Kau rasa benda ni ape?
Aku : Hmm...tak tau. Macam pencuci muka pun ada, macam krim shaver pun ade..
Jatil : Ini kan...(lepas tu dia bisik)...lelaki punya...(sambil membuat aksi...err aku pun taktau cemane nak cakap)
Aku : Hah? Hahaha eee..benda tu pun perlukan lotion ke?
Jatil : Ye la, sebab...(kembali berbisik)....
Aku : Kahkaahkah...hahahaha...eee, tapi nanti kan kimia yang...(bisik)...

Orang yang berbaris di belakang kami mula rasa 'suspicious' gila hahah!





Hehe..trimas Jatil. Kalau tak, takde maknanya aku nak tengok mende nih kat kaunter cashier tuh. Satu pengetahuan ye. Sebab selama ni, tak pernah ambil pusing pun benda-benda ni..untuk apa kan? Tapi hari itu, dapat pengetahuan la. Pengetahuan yang tersangatlah am....err ke khusus?

Ok, tambah skit sekadar pengetahuan bersama.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 6/2005 pada 15 November 2005 telah memutuskan bahawa harus menggunakan alat-alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin bagi suami dan isteri dengan syarat-syarat seperti berikut :

i Tidak mendatangkan kemudharatan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang

ii. Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis

iii. Hendaklah persetujuan bersama di antara suami dan isteri

iv. Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara' sahaja

Thursday, December 16, 2010

Macam-macam adaaa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/16/2010 10:16:00 PM 0 comments Links to this post
Ini semua perkara tertangguh yang aku nak citer. Tapi disebabkan busy (mengalahkan PM) so entri tertangguh ni baru diterbitkan kali ni. Sekian yek.

Alkisah aku bila duduk sensorang rumet tadak. Haa..rajinlah pulak aku memasak kan. Ala, setakat campak-campak ape sangat la. Nak dibandingkan dengan aksi lambung-lambung kuali, tebar-tebar roti canai..eh. Ok, tapi kesimpulannya. Aku nak berterima kasihlah dekat rumet yang mempunyai periuk karan yang membolehkan aku memasak...



Haa..sedap kan? Tapi, yang ni aku makan kat Dave's Deli hari tuh. Kat bawah ni yang aku masak..


Haa sedap gak ni untuk tekak aku. Tapi percayalah, tomyam yang hanya mengandungi brokoli dan 12 ketul sosej ini berharga dekat rm10. Apa taknya, sayur tu sayur organik. Seciput pun harga cecah rm5 huhu

Lepas tu, ada sekali aku balik kampung malam Raya Haji. Agak syahdu kot. Tapi yang tak syahdunya bila ada sekumpulan anak-anak muda yang berpakaian..ermmm ntah la. Nak cakap pun segan. Tengok sendirilah.


Yaaa...nampak underwear yang patutnya duduk dalam, tapi nampak kat luar. Aku tak paham sungguh. Lepas tu, cam bangga lak mamat tu tunjuk-tunjuk undies die kaler kelabu tuh. Oh Menarik Gila aku rasa.

Tempat aku kerja wat tayangan amal. Ha? Tak caya? Ok, tayangan amal Barbie!!! Nampak cantik gak bila patung-patung tu jadik fairy..aku lupa la bahasa Melayunya apa. Tapi agak nice la. Sesape yang berminat ngan minah Barbie ni leh la datang Queensbay, Pulau Pinang yek untuk bergambar dengan beliau.



Yang berjurai tu Cik Barbie la tu. Keuntungan company aku dapat dekat 5K hari-hari sebab adanya mende nih. Huh, untung banyak. Komisenku mane wahai Tiffany???

Tak pernah sangka Street Dance tu sesuatu yang menarik sampai la aku tengok ngan mata kepala sendiri. Memang best sebab memacam jenis tarian ada. Ada yang sengaja nak seksi-seksi pun ada. Tapi yang pandai menari pun ada. Agak nice. Hehe..aku ponteng keje jap tengok competition tuh.



Group ni menang 1st runner up




Judges yang hensem dan cun dan dua-dua pun pandai menari


Then, dengan Kak Mun, aku pergi tengok sekolah tempat aku bakal menjalani Latihan Mengajar nanti. Kawasan sawah padi memang luas sangat-sangat. Kenyang makan nasik aku nampaknye nanti tehehe berangan la kau. Ingat padi-padi tu sume datang jalan kaki kat rumah ke?


Tengoklah, sepanjang perjalanan hijau jek. Rumet kata, 'eee kawasan sawah padi banyak nyamuk tau'. Ah, kat kampung aku tu takde sawah padi, nyamuk ada je.

Setakat ni. Minggu depan result exam keluar. Waaaa!!!!! Cuak!!!! Oh ya, aku sempat bercuti jugak. Hehe, cuti sehari semalam tanpa makan, tapi kenyang. Pelik kan? Tak...tak pelik pun.

Sunday, December 12, 2010

oh oh sibuknya kerja

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/12/2010 08:55:00 AM 1 comments Links to this post
Dekat tempat kerja aku ni, ada layanan double-standard. So, aku macam oh mak kau, ini ke realiti sebenar alam pekerjaan? Perlu ada orang kipas-kipas bagai untuk nampak baik depan orang besar? Sedangkan perangai kau, kitorang je yang tau kot. Dan itulah yang aku alami depan mata kepala aku sendiri.

Double-standard dari segi layanan syarikat, orang besar, terhadap staf syarikat mereka, dan kami, promoter barang-barang bukan syarikat mereka. Hello, kau dapat keuntungan dari barang kitorang gak. Jadi kalau sama-sama orang bawahan, kita baik-baik aje ok ape. Ini tidak, kau rasa kau cashier kat situ, kau berhak la suruh kawan aku angkat barang untuk kau?

Ada yang pandai ambik hati, depan manager baik betul. Lepas tu time kerja, susah betul nak nampak muka kau. Tegur orang lain, macam la position kau besar sangat. Walhal cuma sales assistant jek! Promoter jugak la dol! Ada jugak yang tinggal-tinggal tempat kerja, main game la, pergi jalan-jalan, pergi makan la, lepas tu suruh aku takeover. My god!

Kalau betul ni la realiti alam pekerjaan, mungkin apa yang aku dapat ni cuma satu persepuluh dari yang bakal aku jumpa nanti. Fuh, kuatlah semangat.