'sebab kau dah jadik awek aku, jadik tak perlu la aku usha kau macam masa mula-mula aku nak mengurat kau kan?'
it's a big HELLLLLOOOOO!!!! Tak semestinya bila once the boy dah dapat awek yang diusahakan selama beberapa minggu (atau bulan..) tu, bila dah in a relationship korang perlu tinggalkan awek tu, tanpa call atau sms sebab dia dah jadik milik korang! Ini Salah!
Sebab, seorang perempuan lebih suka jika dirinya sentiasa menjadi perhatian sang lelaki. Tak kiralah sama ada sebelum korang dapat dia ataupun selepas korang dapat dia. Kalau sebelum dapat minah tu, beria call tiap-tiap malam la, 2 3 jam pun sanggup. Pagi sebelum pergi kelas atau kerja sanggup hantar sms ucap 'Good Morning', malam gayut dulu barang habis 20-30 hengget topap pun takpe, tak campur dengan mesej after call untuk ucap 'Good Night'.
Lepas dapat? Mula la rasa selamat sebab ikan dah kena umpan, boleh la simpan jadikan trofi. Sebab minah tu cun, dari terlepas kat tangan orang lain. Baik sapu awal-awal. Bila dah dapat, keinginan untuk mengurat dah luntur sebab minah already dalam tangan.
Boys, this is soo wrong. Seorang perempuan lebih suka jika perkara ni berterusan. I mean semasa korang berusaha dapatkan dia dan selepas berjaya dapatkan dia. Ini faktanya, perempuan akan sanggup luangkan masa walau sesibuk manapun kalau buah hatinya mesej atau call. Kalau dapat 5 minit, 5 minitlah dia akan bagi. Dan seorang perempuan akan sentiasa ternanti-nanti panggilan atau sms dari kekasih hatinya. Sehari sekali pun jadilah kalau tak dapat call, asalkan si gadis tahu lelaki itu mengingatinya.
Tapi, sebaliknya pulak yang berlaku. Bila dah dalam hubungan, call tak ada. Sms jauh sekali. Kalau sms pun, setakat 2 3 mesej, lepas tu diam~~~ Perempuan sentiasa inginkan perhatian. Fakta. Tak perlulah perhatian yang melampau sampai setiap setengah jam kau call semata-mata nak tau dia ada gayut dengan lelaki lain atau tak! Tapi sekadar bertanya macam mana harinya, apa yang dia buat, itu pun dah cukup. Dan bila lelaki beri sedikit perhatian macam tu, mereka akan lebih ambil berat dekat buah hati mereka.
Bila tiada perhatian, mulalah si minah carik skandal. Sebenarnya bukanlah niat mereka nak carik skandal ke hape. Gadis cuma memerlukan teman. Dah boyfren sendiri buat dek aje, mana taknya.. Lepas tu, nak salahkan si gadis pulak sebab menggatal dengan lelaki lain. Yang dia tu tak pernah ambil berat pasal gadis tu kenapa? Dah nak hilang baru nak carik balik??
Lagi satu, aku geram dekat sorang mamat ni. Bekas boyfren member aku. Sebab masa bercinta, dia call member aku ni setiap setengah jam semata-mata nak tau minah tu bergayut dengan lelaki lain ke tak. Lepas tu, sanggup kacau kengkawan minah ni termasuklah aku kalau minah tu tak jawab call. Memang aku hangin tak terkata. Bila putus dengan member aku tu, dia tuntut semua barang yang dia bagi dulu dan duit RM500 sebagai gantirugi perbelanjaan dia untuk minah tu.
Oh tak malunya kau! Kau berdating dengan perempuan lain pun kau pakai jam tangan yang member aku (bekas makwe dia) bagi. Kau tak kisah pulak tak pulangkan barang yang dia bagi untuk kau? Geram sebab lepas diorang putus, mamat tu boleh kata hampir tiap hari call aku nak tanya keadaan si bekas makwe. Aku pernah cuba berbincang, dan akhirnya dia kata aku cuba membela nasib si gadis. He's really not worth the argument. Lepas tu aku terus tak angkat call dia, block ym dia dan everything. Pathetic!
Thursday, December 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment