.

seposen untuk Porsche

Tuesday, May 28, 2013

Tempat makan best : Lumut dan Manjung

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/28/2013 09:24:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, setelah tiga minggu mengharungi hidup tanpa suami. Akhirnya...haha tanpa suami di sisi ye. Walaupun dilanda kebosanan kerana berada di rumah yang tanpa perabot seperti televisyen dan dapur...perabot asas ya televisyen ittew. Tapi aku mengisi masa lapang dengan membaca novel. Haa...I memang sentiasa boleh hidup selagi ada buku. Semestinya Jodi Picoult.

Kertas belum habis kutanda. **bunyi guruh di luar** Jam menunjukkan pukul 8:56 dan aku keseorangan di rumah. Malas pula mahu menanda. Sambil-sambil menaip di blog, aku pasangkan lagu Yuna - Lelaki. Hmm...teringat zaman bujang-bujang dulu memang aku jenis peminat lagu-lagu macam tu.

1. Oleh kerana setakat ni tak ada lagi aktiviti yang boleh dikatakan bercuti, aku pun mengisi masa yang ada dengan makan. Kat Lumut ni, ada dua tempat makan char kue tiaw. Emm...tapi takde la aku ambik gambar plak. Yang penting, lokasinya dekat Stadium dengan Taman Samudera. Aku prefer yang dekat Stadium tu sebab kuah dia cair sikit, memang ngan makan dengan cili jeruk. Kalau dekat Taman Samudera, sedap jugak. Cuma to my taste, it's a bit thick dan ada funny smell dengan kuahnya. Wajib ada cili jeruk untuk hilangkan rasa hanyir tu. Maybe sebab telur kot.

**update untuk 1/9/2014 : Aku pergi char kue tiaw kat Taman Samudera, dah takde funny smell kat masakan dia. Dan semakin sedap plak c.k.t. dia aku rasa.

2. Tadi si dia bawak pergi makan nasi goreng kerang dekat Kampung Dato' Kamarudin. Emm...boleh tahan la sedapnya. Maksud aku, nasi dia goreng pakai perencah char kue tiaw, so boleh bayangkan kan kaler dia gelap. Tapi kerang dia memang generous, banyak! Dan agak sedap kalau dimakan bersama cili jeruk. Nasi goreng tu ade rasa manis sikit, kena makan dengan cili jeruk yang rasanya masam pedas tu baru balance dalam mulut dan anak tekak.

3. Hari tu aku ingat dia ada bawak makan di Boston, area Sitiawan ni jugak la. Tak jauh mana pun dua-dua tempat ni. Si dia makan lamb chop. Pada aku, aku suka kalau lamb chop tu, memang kambing yang betul-betul dipanggang dan harus ada lemak kambing yang hangus sikit, ada kesan hangus sikit pada kambing tu, baru syok. Ini kambing pun macam kukus dulu jek, sebab nampak elok sangat atas hot plate tu.

4. Lagi satu tempat makanan barat ialah Swissomelt. Yang ni tak jauh dari Boston, selang dua buah kedai tak silap. Dan pemiliknya melayu. So aku rasa in sha Allah halal itu pasti. Istimewanya ialah sebelum ni aku makan lamb chop cuma dihidangkan dengan blackpepper sauce. Tapi kat Swissomelt ni ada mint sauce that really suites with the lamb. Selalu aku makan lamb chop atau lamb rack la bersama garden salad dia.

5. Steamboat setakat ni, area Lumut ada satu tempat. Nama dia Shabu-Shabu. RM 12 jek sorang dan berkonsepkan buffet. Ambik la apa nak lepas tu makan. Dan aku rekomen sup tom yam dia memang terbaik. Cukup pedas dengan masamnya. Pada aku itu tomyam sepatutnya ada rasa pedas dan masam dan kat situ memang dah cukup rasa. Tapi aku ada dengar tempat tu dah tak halal. Entahlah, aku tengok ramai jek orang Islam makan kat situ.

6. Kalau nak makan seafood segar, yang ni aku tak round habis lagi. Banyak restoran jual seafood segar malam-malam. Ada satu tempat aku try di gate belakang base TLDM, restoran tu betul-betul tepi laut dan boleh pilih makanan lautnya. Namanya Azmie Tomyam. Harga memang murah la. Aku ingat hari tu aku makan udang rimau, ketam, tomyam, ikan siakap dengan sayur kailan ikan masin, makan berdua dalam RM 70. Bagi aku murah la sebab sebelum ni aku pernah makan lagi mahal harganya, kat Senibong kat JB tu ha. Ok, tempat ni dari segi harga memang murah tapi dari segi rasa, kurang la. Tak berapa syok. Aku mintak udang goreng butter, dapat udang tumis butter kot dengan kuah bagai. Huhu

7. Makan tengahari paling best dekat Silaturrahim. Yang ni, aku gerenti puas hati. Restoran ni berhampiran ngan Marina Island. On the way ke Teluk Batik, kalau masuk simpang tu, kedai ni belah kanan. Tapi memang nampak kampung gila la, jangan expect ada penyaman udara yek. Pukul 11 pagi dah ramai datang makan tengahari kat situ. Aku biasanya kalau pergi, memang area pukul 11:00 atau 11:30 la. Masuk pukul 12 tengahari, alamat menunggu la tempat duduk kosong. Penuh! Masakan kampung dia...feveret aku siput sedut. Biasanya dua mangkuk hehe. Siap ada ulam-ulam rare macam pucuk putat, pucuk janggus, tenggek burung dengan petai bakar ada, termasuklah ulam-ulaman konvensional cam ulam raja, timun, peria katak dan ulaman celur yang lain.

8. Minum petang, aku selalu ke Teluk Batik. Ada satu kedai tu jual air kelapa, depan dia pulak ada makcik jual goreng pisang, keledek, keropok lekor dan bermacam juadah kolestrol tinggi bergorengan yang lain. Harus ngam dengan air kelapa.

9. Kalau terasa nak makan ringan-ringan macam lempeng cicah sambal tumis ke, pisang goreng cheese nutella ke, kacang pool ke...ada satu tempat best. Kalau pergi pasaraya Rapid kat Manjung lama tu, area belakang Rapid tu terletak kedai Dapo Berando. Kat sini just nice nak makan ringan-ringan macam yang aku sebutkan/tuliskan tadi tu. Masakan pun sedap.

10. Nasi lemak tetek a.k.a. nasi lemak Sri Sarawak nama diberi. Yang ni kedainya di belakang Billion Sri Manjung. Billion ni dah tutup, diganti dengan pasaraya Rapid baru yang lebih besar. Tapi kedai nasi lemak ni still ada. Lauk-pauk nasik lemak acik ni memang sedap. Nasi lemak tetek tu panggilan orang kat sini. Tapi depan-depan acik tu jangan la kau cakap 'nasik lemak tetek satu'. Memang datang la pinggan mangkuk melayang kat kepala kau.

11. Mencari tempat lepak-lepak di waktu malam? Warung Anak Pangkor aku cadangkan. Warung ni terletak kat Manjung lama. Berhampiran pasaraya Rapid. Kat warung ni, ada jugak orang jual sate, nama sate tu ialah Deka Satay, dan ada jugak yong tau fu. Dulu ada stall jual burger tapi sekarang dah tutup. Walau bagaimanapun, warung ni tetap menerima ramai kunjungan especially after Maghrib. Speselnya kat sini ialah Mee Rebus Tulang dan Nasi Goreng Pulau. Nasi goreng Pulau ni feveret aku sebab ianya nasi goreng + tulang lembu yang ada daging empuk. Portion besar, kalau saiz RM8 tu bole la 2 orang makan, kalau jenis yang kuat makan macam aku laki bini la. Hehe

12. Untuk sarapan, kalau ke Kampung Sitiawan, ini kira jalan kampung la ye. Masuk melalui pintu gerbang tu terus sampai ke penghujung kampung, adalah sebuah kuala. Dan di situ terletak roti canai kari ikan. Gerai ni popular, servis bergantung pada rezeki. Kengkadang cepat, kengkadang lambat. Aku suka pergi situ sebab lepas sarapan, ada orang jual ikan segar-segar di sekitar gerai tu. Dan gerai ni jugak ada pemandangan cantik menghadap kuala. Kira sambil makan, sambil cuci mata la.

Puas hati gak kalau jalan-jalan carik makan kat sini. Kira ok la, harga pun takla mahal sangat. Berbaloi la dengan apa yang dimakan.

Tekak ni terasa nak makan takoyaki. Esok mungkin boleh cari di Jusco, akan kuajak beliau ke sana. Nak makan Baskin Robbin tak boleh sebab batuk, emm...makan la benda lain.




16 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

best tu..nk tnya ape nama kedai mkn mknn laut tu ye..

kaki ayam a.k.a. ceker on October 31, 2013 at 4:25 PM said...

Emm..tak ingatlah tapi kalau nak menuju ke gate belakang base TLDM tu, akan nampak restoran belah kiri. Saya cadangkan makan dekat tempat lain la, sebab restoran yang saya pegi ni macam tak berapa sedap sangat masakannya. Murah memang murah la.

ila hamdan on January 1, 2014 at 8:49 PM said...

salam..boston tu area mana ye..sy nak cari kedai tu..tq :)

kaki ayam a.k.a. ceker on August 28, 2014 at 10:21 AM said...

Boston tu area sri manjung. Kalau kita dari lumut nak ke manjung baru, akan lalu deretan shoplot. Boston ni kat corner shoplot. Berhampiran Boston ada lagi satu kedai namanya Swissomelt. Yang ni orang Melayu punya, in sha Allah halalnya lebih terjamin.

Fairuz Aqilah on February 9, 2015 at 11:32 PM said...

Thank you! It really helps a lot. InsyaAllah nk g esok. :)

Anonymous said...

Kalau ada waktu pagi kat manjung Cuba rasa makan di pakar gerai fama, khusus nya gerai no 13, menu dia tiga sja. Mee kari, asam laksa dan nasi lemak. Bagi pandangan saya lah, ketiga-tiga menu nya boleh di katakan yg paling sedap di manjung..

Amy on November 13, 2015 at 6:03 PM said...

Tq sb share

Anonymous said...

Salam..
Terima kasih awak.. Nie sy g breakfast di kedai roti canai kampung Sitiawan.. Sedap sgt..

Anonymous said...

Salam.. Nk tanye.. Semua kedai makan boston kat malaysia ni halal ke x

Shazaly Zainal on May 11, 2016 at 12:35 AM said...

kampung setiawan tu kat mana ea? boleh bagi tanda arah tak?

Anonymous said...

Yeke..mm

Anonymous said...

Kat pasar besar sitiawan

saliza sachari on February 26, 2018 at 11:53 AM said...

banyak tempat best, boleh tulis senarai nama tempat makan ni, sebab minggu ni nak pergi da. hihihi

Zack on August 4, 2018 at 5:21 PM said...

Nasi goreng kerang DSK ..nama apa kedai dia..