.

seposen untuk Porsche

Monday, December 24, 2012

Cerita lepas kahwin

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/24/2012 10:43:00 PM 3 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sudah selesai berbulan madu bersama encik suami. Walaupun sekadar berada di Lumut ketika dia bekerja dan aku duduk di rumah je, tapi cukup la. Walau macam manapun, ada kesukaran untuk aku menyesuaikan diri selepas berkahwin. Paling utama dan cukup penting ialah meminta izin untuk kemana-mana. Kadang-kadang aku terlupa nak mesej beritahu keluar pergi makan Tutti Frutti, pergi beli barang...sebab sebelum ni aku main keluar jek. Autoriti katanya.

Lepas kahwin jugak, aku mula belajar gosok baju dia. Emm...tapi uniform dia aku tak gosok la. Aku memang tak berani nak gosok uniform beliau. Takut la terhangus ke, ecehh...alasan. Padahal asyik lupa jek. Dia pergi kerja, aku sambung tido (selepas teman dia sarap), untungnya dia tak suka sarap yang berat-berat. Muahahahaahaha bangun tido mula la aku membaca, buat air panas dan mengadap tv. Time-time dia nak balik, cecepat aku mandi (untuk kali kedua) dan order...

''Nak sambal udang la...dengan sayur. Ape-ape je sayur asalkan bukan peria dan petola,''

Haha setel lunch. Oppp! Bukan nak kata aku malas masak, tapi dia kata tak payah susah-susah. Hee... Petang plak sambil tunggu dia balik, aku baca buku dan lepas tu buat minum petang untuk dia. Then siap-siap keluar dinner.

Hari tu masa duk sana, aku tinggal umah sengsorang. Bila dia bekerja, aku akan duduk ruang tamu je sepanjang hari. Jarang masuk master melainkan dia temankan! Dan kawasan dapur tu aku tak akan masuk selepas Isya'. Eee...tatut. Sebab tingkap dapur takde langsir. Nampak terus kawasan hutan banat kat belakang dapur.


Hari tu kan...nak citer skit. Selepas dia pegi kerja, aku pun meneruskan sesi mencari ilham depan tv kat ruang tamu. Dalam area pukul 8 lebih tu, aku antara sedar dengan tak, aku dengar orang panggil nama aku, sayup jek. Bila aku semakin sedar, suara tu semakin hilang. Benci la aku, nak tido pun tak senang. Pastu dan-dan plak pundi aku ni terasa nak terkucil. Cis!

Bila waktu siang, aku pakai toilet luar master bedroom. Masa aku flush tu, aku dengar toilet dalam master bedroom tu pun flush dengan bunyik paip air terbukak. Aku memula suspek bilik air rumah atas, tapi rumah atas mana ada orang. Benci la aku menda camni. Nak buang hajat pun tak senang. Tu yang aku akan mandi siap-siap sebelum Subuh, buang air siap-siap dan terus tak pergi toilet sammmmmmpai la dia balik lunch. Betapa besarnya peranan dia disisi aku kat sana!

Kalau dulu belum kawen, nak pegang tangan segan. Sekarang, buat la ape pun, ade aku kesah? Kengkadang aku peluk pinggang dia...orang (tua-tua waima muda-mudi) tengok-tengok. Ah, aku dah kawen. Sebab memang tak nampak macam orang dah kawen pun, hikhik inai dah mula pudar warna.

Sebelum balik tu, si dia belanja lunch dekat tempat special. Hmm...saje nak buat I rindu lettew. Aku harap dengan segeranya aku dapat jumpa dia lagi. Dah nak mula bekerja ni, kadang-kadang rasa bila cuti lama sangat, nak start balik memang payah.

Aiyooo...rindu woo.

Okeh, review skit pasal kawen. Hmm...mencik la adik aku ambik gambar gegar la, muka sebelah la...tensen aku.


Semasa kerja pemasangan pelamin, satu keluarga tak sempat tengok pelamin tu disiapkan. Yang tolong tengok ialah kucing aku, si Tompok ni. Dia tengokkan, dan leka pulak dia tengok pelamin tu setel.


Can you spot Tompok? Kalau kau ada kucing, kau taulah apa yang aku cakap ni.


Masa akad, aku ingatkan aku duduk sekali dengan Wan. Rupanya tak dipanggil. Maybe kat masjid je kot dapat tengok laki nikah. Sedar-sedar je, dah setel semua. Bila aku ke hall, dah tinggal lafaz taklik je. Sedih, sedih jugak bila dengar dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri dia. Tapi takla berjujuh-jujuh air mata aku. Nak menangis tu memang ada, sayu je tapi aku tahan membayangkan buruknya rupa aku kalau menangis huh.


Adakah dia juga mau menangis? Malam sebelumnya dia dah tido kat Muar, tapi di homestay la. Pagi tu agak lambat skit rombongan lelaki sampai. Tapi Alhamdulillah, selamat dah semuanya.


Imam Ghazali yang bertanggungjawab menikahkan kami.


Hikhik then ada sesi bergambar. Emm part yang ni seyes aku MALU! Eee...suh ulang balik, takmau aku. Baik la aku camwhore dengan dia jek, dari ada orang amik gambar dan ramai-ramai tengok. Kendian, bersanding. Gedebuk gedebak sampai la kat depan rumah di mana...tu diaaaaa, makcik-makcik aku dengan sepupu tunggu depan pintu. Ramai!!

Ok...kite nak nyanyi lagu pa?

Tau tersengih jek sebab 'tol' banyak. Heheh

Pok amai-amai, blalang kupu-kupu~

Anak itik tokwi mandi dalam kolam~


Kitorang tak nak lagu, kami nak duit 'tol' jugak!!!

Yahooooo!! Berjaya!

I smiled a lot that day. And thank you so much for everyone who've been supporting me from the first day of rewang until the W-day. Without you, it would be meaningless. (n_n)



Thursday, December 13, 2012

Puan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/13/2012 11:18:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...aku dah selamat bergelar isteri orang. Syukur semuanya selesai. Nanti-nantilah aku upload gambar. Ceh, macam la ramai sangat nak tengok. 

Sunday, December 2, 2012

Debaran makin terasa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 12/02/2012 11:43:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Cuak cuak. Double cuak.

Friday, November 30, 2012

Seminggu lagi

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/30/2012 10:21:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Genap seminggu lagi. Gemuruh tapi kan..lepas aku layan bloopers drama Melayu, hilang la kejap gemuruh tu, tahan mata sampai kol 4 pagi menghadap laptop.

Sekarang ni, aku mengasah bakat memasak masakan minimalis. Antaranya udang bersos plum, ayam masak lemon dan yang seerti dengannya selagi ianya menggunakan sos-sos dalam botol. Hahah

Bila dengar orang ni nak datang, orang tu nak datang, tetiba aku plak neves. Emmph..boleh tak tiba-tiba rasa taknak kahwin, nak nikah jek, pastu holiday a.k.a. honeymoon. I don't know if my thoughts about getting married is normal. Since I always have a mixed feeling. Sometimes I was nervous, sometimes happy and mostly tension. As things getting close, I am getting far away from what I've been expecting.

As far as I remember, 6 months before our wedding day, I never prepared anything. Maybe because I was too busy catching up with works and holidays, I never think about the concept, the color, the theme and whatsoever. Only 2 months before December, I was thinking about our wedding. This included the cards, concept and the most important is solemnization.

I'm at average state when I was being told that our solemnization is on Saturday, morning. But then, its change when the Kadi told us that he was busy on that day, means he have to solemnized other couple. So, I was over-excited when we need to be solemnized on Friday evening. Yay! That means on Saturday I just have to focus on our reception. So we start to plan on what to wear, the color that we think was nice would be gray or silver, since it was a 'night event', we thought a 'cold' and smooth color would fit us right. We even bought a baju melayu and baju kurung on that specific color.

Then the plan changed, again. -_-! We will be solemnize on Saturday, early at 9. So that's it. Since it is a 'day event', the color change from gray to silver-off-white. I don't know what it looks like but we have to buy another dress on that special 'day' event.

Ok, end of solemnization story. Now, bridal bed. Yes, this is the hardest thing ever (like....ever). At first I was thinking of having a modern concept with colorful paper lantern. Now...the dream is over. My choice would be the usual bridal bed, with artificial flower hanging on the top and back of us.

And suddenly, there goes my budget to Gold Coast Sepang! Because I was enjoying myself having candy buffet and chocolate fountain (hundred times I mention this)...and then buying things that maybe not in the lists.

Oh, why marriage is soo frustrating and too costly. What I need to do right now I think, I'm having my chin up.




Harapan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/30/2012 10:11:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Hidup ni memang bukan macam kisah novel. Bila kau rasa orang sekeliling cuma ambik tahu hal kau sorang je, bila orang lain kau boleh marah-marah, sindir-sindir tanpa sebarang pertimbangan, masalah kau saja yang besar dan kisah hidup kau saja yang sempurna. Orang lain tak ada hak ke?

Hidup memang bukan macam kisah novel melayu murahan yang kau asyik jadi pujaan lelaki-lelaki kacak, hebat dan idaman ramai je. Asyik kau je yang berhak rasa cinta dan orang lain cuma jadi pendengar setia masalah cinta kau. Engkau aje yang ada kisah menarik dalam hidup macamlah orang lain takde hidup diorang.

Novel melayu murahan kegemaran tu kisahnya sama je. Balik-balik satu perempuan jadik rebutan lelaki. Lelaki taknak kalah pulak tu, semuanya hebat, kacak la, anak orang kaya la, bos syarikat besar, ada kereta mewah la, macam drama Indon kat tv swasta yang bodoh tu jugak.

Novel melayu payah nak jumpa yang berlainan plot. Selalu kisah cinta yang mual dan muak. Lepas tu bermusim pulak. Time tengah meletup cerita Korea, dia buat novel ala-ala tu pulak. Lepas tu cerita Islamik, berlambak novel islamik. Tajuk pulak semua bertasbih la, lindungan Kaabah la, sujud la. Apa pun tak boleh.

Masalah kau, semua orang kena tolong setelkan. Macam kau sorang malaikat, baik dengan semua orang, orang lain semua nampak jahat. Ramai pulak orang back-up kalau ada masalah.

Bangunlah wei. Bukan kau sorang je yang ada hidup dalam dunia ni. Sekian.

Saturday, November 24, 2012

Review : Menjelang Perkahwinan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/24/2012 08:49:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..walaupun tinggal lagi dua minggu, aku masih belum buat apa-apa. Hahah. Emm..tapi banyak jugak dah masuk bahagian 60% siap. Antaranya dulang, beg cenderahati dan...itu je kot. Setakat nak sibuk-sibuk pasal pelamin, itu kan kita dah book. Pelamin, photographer, kek kahwin, umah sewa dan chocolate fountain.

Haa chocolate fountain tuh aku baru jek book. Tips penjimatan ialah korang sewa mesin tu pun dah ok. Pastu buah-buahan dan segala bahan untuk mencicah, beli sendiri. Contoh buahan yang boleh digunakan ialah epal hijau, epal merah, anggur, strawberi (kalau bajet lebih), biskut wafer plain, kek butter dan biskut jejari. If you guys were totally busy, you may take the package as well. Sewa mesin dalam RM35 je. Tapi coklat untuk dipping tu mahal gak, sekilo dalam RM45, boleh beli online.

Dulang hantaran aku d.i.y. jek. Kos semua tidak termasuk kaki dulang, polisterin, reben, span nipis, kain dan rambu-ramba mengurai ialah RM10. Idea mendulang aku search Google. 

Masuk dua minggu yang terakhir ni, aku dah re-check semua yang aku booking. Pelamin, jumpe orang tu balik, bayar deposit at least 30% dari jumlah harga, then masa dia datang pasang pelamin, akan bayar up to 50%. Masa dia datang bukak pelamin, setelkan terus.

Photographer pulak dah 90% bayar, masa ambik album nanti, aku tinggal bayar lagi 10%. Kek perkahwinan pun kena telefon jugak pada si pembuat, deposit letak hari tu 50%.

Pada aku, untuk mengelakkan ke'kempis'an poket pada hari dan selepas majlis nanti, at least buatlah pembayaran untuk setiap benda yang disewa tu, 70%-80%. Nanti bakinya taklah banyak sangat nak setelkan. Ada jugak yang bayar habis, tapi bagi aku, kalau bayar habis, jika ada apa-apa yang kita tak puas hati, tak boleh nak claim balik. Baik bayaran akhir tu hold dulu.

Apa lagi ek..oh ya, untuk barang-barang dapur tu aku serahkan pada mak and bapak aku. Itu yang paling hardcore pun kalau nak aku yang buat. Barang tu akan dibeli minggu terakhir sebelum majlis. Tapi dah tempah siap-siap telur masin, ayam, daging dan beras. Tempah je, tak payah letak deposit. Barang-barang ni biasanya sentiasa ada, cuma kena pastikan pada masa tu, semuanya mesti cukup.

Kad pun dah mula pos dan edar dua minggu terakhir ni. Pos awal kang takut orang lupa.

Untuk candy buffet...aku rasa macam aku dah terlupa jek. Huu almaklumlah, relaks sangat khenn. Aku pun dah terlupa apa plak aku nak letak kat candy buffet aku tu. Mungkin akan diusahakan la untuk adakan, kalau ada. Hahah. Kalau tak, tak ada la jawabnye.

Semalam incik tunang tu mengamuk sakan siap tumbuk-tumbuk dada tarik rambut bagai. Hahakhakahkaha. Boleh dia kata pakej photographer aku mahal?! Memang aku orang kaya, ambik pakej mahal-mahal. Nak pulak dibandingkan pakej aku ngan pakej kawan dia tu. Hmmph..sebenarnya aku ni memang tak berkesempatan nak cari photographer murah-murahan, dah terang lagi nyata aku ni tidak drive. Dan pulak, photographer yang satu ni paling dekat dengan umah aku, membolehkan aku pergi kedai diorang menaiki motor tanpa perlu lesen memandu. Pakej yang aku ambik tu pun tahap 'pprt' paling murahan kat kedai tu. Selamat setengah jam pastu, dah okey hikhik.

Aiyok...apa lagi nak buat ek?








Wednesday, November 21, 2012

Review : Produk Pelangsingan/ Turunkan Berat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/21/2012 08:43:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Last month, aku cek berat aku 54kg. Lepas tu, masa kena tonsil sampai 3 4 ari tak makan, turun 52kg. Lepas tu aku tak berani cek dah, sebab lepas tu aku makan macam takde hari esok lagi. Aku pun berusaha la dengan produk-produk turunkan berat.
 

Produk pertama aku cuba ialah losyen Mustajab Pati Halia Dunia Herbs. Produk ni terbaik. Memang kurang senggugut. Tapi bukan itu point aku pakai losyen ni. Losyen ni tahap kepanasan dia sekejap je, sebab aku pakai kaler ijo punya. Nak pakai kaler merah, aku rasa macam over la plak.

Lepas tu aku tukar, aku amik De Herbs Premium Diet. Haa yang ni terbaik. Biasa la produk minuman fiber ni, dah sah la kau akan nyahtinja banyak kali. Aku minum belah malam. So pagi tu dalam area pukul 6 aku dah terbangun untuk ke jamban. Terbaik la tu. Aku ambik 2 kotak je, lepas tu macam kurang lak proses nyahtinja berlaku. Aku tukar lagi. Produk ni bagus gak nak turunkan berat, dengan syarat kontrol makan sikit and minum lebih plain water.

Haa...seterusnya aku ambik pil. Liposinol. Pil ni tujuannya untuk menurunkan berat secara tradisional. Dia akan block lelemak dari makanan dan keluarkannya melalui proses penyahtinjaan ataupun...berak. Pil ni ambik banyak kali, sehari mau 8 bijik aku ambik.

Lepas tu, aku ambik V-Asia Appleslymm. Yang ni pun minuman fiber. Tapi Alhamdulillah, dah masuk kotak kedua ni, aku rasa ok je. Walaupun berak-berak, tapi perut tak la rasa memulas gila macam aku ambik lagi satu produk tu.

Losyen seterusnya aku pakai BioSireh. Yang ni bagus. Tahap kepanasan yang terbaik dan berpanjangan. Sebab aku sapu pagi lepas mandi, sampai tengahari pun boleh terasa panasnya. Perut pun nampak perubahan sikit la. Takpe la perubahan lambat pun...at least ada la jugak.

Buat masa sekarang, aku gabung pil, losyen and minuman. Nak eksesais tak sempat, terpaksalah guna jalan merbahaya macam ni. Tapi seyes la, dulu masa zaman uni, aku dapat perut kempis melalui sit up. Setiap hari eksesais at least buat 50 kali. Memang terbaik. Perut rasa tegang and kempis jek. Nak salin baju dalam bilik pun rasa yakin. Sekarang ni...aduss...member aku mintak jadik pengapit pun aku tak dapat tunaikan. Almaklumlah...badan dah lari alignment. Hukhuk

Sunday, November 18, 2012

Gemuk

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/18/2012 10:37:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Aku menatang pinggan berisi nasi minyak, ayam goreng dan kuah dalca. Lepas tu, aku duduk sebelah makcik-makcikku. Kendian, terdengar sore...
''Makan lagi, kak?''
Aku senyum-senyum kambing. Bengang tapi aku sabar jek. Rilek ar...takkan nak carik gaduh ngan budak tingkatan 1 kan? Aku makan. Setel, aku ambik pinggan hantar kat tempat membasuh dan straight aku mulakan tugas membungkus bontrot.
 Sedap aku membungkus, aku minum air kopi. Dengar lagi...
''Asyik makan je akak ni, patut la tembam,''
''Mulut budak ni aku cili kang! Haa...baik ko jaga-jaga!'' aku cakap dalam nada berlawak walaupun aku SERIUS!

Memang aku naik berat, cakap la aku ni darah manis ke, senang hati ke, makan sedap ke, ada aku kesah? Haa bukan aku tak usaha nak turunkan berat, aku ambik pil, ambik minuman fiber, sapu losyen. Kalau la aku jatuh sakit disebabkan makan ubat-ubatan ni...mulut-mulut ni la puncanya yang dok cakap aku ni dah GEMUK.

Akal memang ada...tapi kalau dah serangan mental bertalu-talu, sape tak bengang cik adik oii.

Monday, November 12, 2012

ke-Angker-an USM

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2012 12:38:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Aku ni patutnye memalam gini buat keje. Tapi disebabkan sistem down, makanya aku bukak satu laman web ni lalu terbaca kisah-kisah misterius di UUM. Haa...maklum aku ni penuntut USM, makanya adalah jugak satu dua kisah yang melibatkan u aku jugak.

Dulu aku ni asal cuti sem, nak balik ke Penang tu mesti aku naik bas pagi dari Johor. Sebabnya nak naik bas belah malam, takde sapa nak mengantor aku ke bus stand Segamat. Citernya bermula bila aku sampai Butterworth pukul 7 malam. Solat and naik feri masuk pulau, sampai USM dalam kol 9 lebih camtu. Dan aku biasanya balik hari Sabtu pagi, so sampai Sabtu malam. Sila maklum kalau cuti sem, blok tempat aku menginap tu memang rata-ratanya kosong.

Nak dijadikan citer, sekali tu aku sampai memang awal la. Kul sembilan lebih aku sampai, lepas tu terus masuk bilik. Sah la aku sorang kat blok tu sebab masa tu cuti sem panjang. Aku tinggal first floor. So, sampai bilik, aku pecut g toilet nak mandi. Tengok lantai kering jek. Tandanya floor aku takde orang. Tengah aku mandi sepantas kilat tu, aku dengar orang masuk bilik air kat bahagian sinki tu. Air terbukak. Lega sikit sebab ada budak agaknya baru nak mandi. Siap2 ambik air smbayang dalam bilik mandi, aku kuar. Tengok-tengok...peh, kering jek sinki. Takde kesan orang guna. Lantai kering, cuma ada bekas tapak kaki aku je. Emm...aku pun blah secepat mungkin, masuk bilik terus tido. Dalam hati aku doa-doa, cepatla member aku sampai.

Kisah kedua plak, masa tu aku sampai USM awal..still belah malam lagik la. Aku ingat pas raya kot. Biasanya bebudak Palapes blok aku tu memang akan balik cuti. Dan bila aku sampai jek blok aku tu, aku tengok ada 2 3 lampu bilik terpasang. So aku pun...Alhamdulillah, dah ada orang dah. So aku buat biasa seperti biasa sebelum esoknya aku tanya makcik cleaner (aku rajin gak borak ngan cleaner, dulu cleaner blok tu orang India)
'cuti raya pun kerja ke, cik?'
'ya lah...awal balik?'
'tiket bas takde, cik. Lagipun ada lagi yang balik awal. Tu bilik-bilik terang kat tingkat atas'
'mana ada...acik sini juga kerja. Dari Jumaat, awak je yang baru sampai...
...katanya mana ada orang balik lagi. Baru aku je sampai. Huhuhu tensen aku.Selamat petang tu rumet aku sampai. Lega~

Lagi, ada bebudak dok kat blok baru bukak atas bukit ittew...nampak lembaga putih terbang dari tingkap ke tingkap. Hmm...tapi dulu masa first year, first sem aku duk jugak blok situ. Memang agak seram la. Bahagian aku cuma 2 je berpenghuni dari 4 bilik. So bayangkan kalau penghuni #1 tak balik, tak ke aku sengsorang kat bahagian situ.



Agak luas floor tu. Rajah ni cuma satu part, dalam satu wing tu ada 2 part macam ni. Dan satu floor ada 3 wing. Kalau time hari biasa pun sunyi jek bahagian wing tu. Bayangkan plak kalau cuti sem camner?! Aku memang tutup tingkap la start kul 6 petang sampai 7 pagi esoknye. Langsir aku cepit supaya tak terbang-terbang. Tingkap dia besar giler. Masa dok blok ni...kengkadang terasa sejuk semacam jek dalam bilik even pasang kipas level 2 jek. Fefeeling Cameron tapi seremm sejuk.

Masa aku join Palapes dulu, early morning activity tu kira dah wajib plak bagi kitorang. Bangun pepagi buta sebab aktiviti start kol 3 pagi, kengkadang kol 4 pagi. Aku teringat masa melintas kat tasik biawak depan blok Aman, kitorang jog masa tu untuk pergi ke bangunan HEP, aku ternampak satu benda terbang dalam jarak 50 meter kat atas kepala. Aku fikir takde pape kot. Tapi skang ni bile terpikir balik...burung ape yang terbang pepagi buta camtu? And agak besar ye saiz burung tersebut. Benda tak nampak jelas sebab pepagi buta...cuma diterangi lampu jalan tapi...kaler merah.

Sekali lagi aku menemankan member aku buka posa kat Pizza. Balik time tu dah nak maghrib so kitorang lalu jalan kat tasik biawak tu sebab tu jalan short cut nak balik IK. So, dalam kesuraman tasik tu sebab pokok besar-besar gila, rendang plak tuh, aku terperasan ada benda melintas dalam jarak 100 meter. Terus ku ajak member tu jalan cecepat sambil berwaspada kot-kot itu orang jahat ke (itu je yang terpikir sebab takut). Sampai blok baru citer kat bliau, tapi bliau kata dia tak perasan pape plak. Perasaan je kot.

Apa-apa pun, Alhamdulillah aku selamat...fuu~









Thursday, November 1, 2012

the L word

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/01/2012 10:20:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Pes skali bila aku invite kengkawan aku menghadiri wedding, bole plak naik status kat pesbuk yang mengguris hati. Apa-apa pun, terima kasih kepada awak kerana menyedarkan saya bahawasanya memang time-time macam ni baru saya nak ingat kengkawan lama. Sebab selama ni saya tak pernah komen status u'oll kat pesbuk, mesej-mesej ke hape..kan. Nak jumpe setiap kali raya, kuar hang out sama-sama pun tak nak dah. Mesej u'oll pun saya tak layan.

Maaflah, saya memang lupa diri.  Sangat-sangat kan? Maaflah lagi sekali. Tak datang pun takpe, saya sedar.











***

Bersawang dah rumah kedua aku ni. Dulu time blaja, kemain lagi boleh kata hari-hari datang melawat. Ini nak jenguk seminggu sekali pun payah. Heh, bukan ada follower gilababeng punya hari-hari baca pun.

Semenjak dua menjak ni..kengkadang terasa diri cam loser plak. Tak leh jadik ni, kene wat sesuatu dalam hidup. Bosan gile hidup takde benchmark. Kalau time blaja dulu bole la kejar pointer. Ini dah keje, takkan nak kejar 'pekerja cemerlang' plak. Emm...kuasa plak haku.

Malam ni ada dinner. Dinner tempat kejer aku ni tak berapa syok la. Almaklumlah kebanyakkannya pangkat mak orang. Nak melaram ikut tema 'glamorous bling-bling' pun tak berani. Tema kemain, aku nak tengok nanti orang pakai bling-bling ke tak.

Lagi sebulan lapan ari jek nak kawen. Hukhuk neves dol! Rasa dia macam ko nak makan siput gong-gong untuk first time. Ko nak makan, tapi ko takut, tapi ko nak try. Macam tu la rasanya.

Aku tengah gian nak karok. Member-member sekeje plak sume bukan kaki melalak macam aku. Dem betul la. Dulu kat uni kemain senang nak carik geng karok, tapi masa tu duit takde. Bajet ciput, karok jamban je la mampu. Skang dah ade duit, member plak takde...pekena karok 3 4 jam best jugak nih. Uishh..giannye.

***
Aku dah balik dari dinner. Serius memang hampeh! Makanan kurang syok. Udang goreng butter tapi kepala udang hitam menunjukkan udang dah lama, kambing lak overcook-daging lembut sangat. Tu je la rezeki Allah nak bagi...bersyukur dan telan je la.

Boring plak ujung-ujung minggu duk umah sewa. Macam orang tua plak rasanya. Tengok tv...takpun membuta..basuh baju..adoi, parah ni.

Hmmph...adakah aku sedang mengalami krisis pertengahan umur? Bulls***




Tuesday, September 25, 2012

Setel

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/25/2012 04:29:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Waduh..hampir-hampir jek weekend aku bakal terkubur bersama perancangan-perancangan vast aku. Peh, mana boleh! Dah la banyak urusan nak setel, nak kira urusan kerja yang tak setel-setel tu, sememangnya tidak akan setel la jawabnya. Harusnya urusan yang boleh disetelkan seperti HIV test, thalasemia test, urusan jemputan dan kad kahwin serta fitting baju perlu diutamakan kerana sudah pasti, ianya akan setel jika disetelkan secepat mungkin!

Nak kira kerja, mengadap kerja 5 hari seminggu pun kerjanya menimbun lagi. Buat tensen aku jek. Elok-elok gi bercuti kengkonon nak hilangkan tensen tapi haprak...sekejap je seronoknya.

Aku dengar-dengar, Sabtu ni ada LDP plak. Hebat beb! Ada je yang aku terpaksa ponteng. Bagi la alasan cirit birit ke ape..janji dapat cuti. Aku nak setelkan urusan aku jugak.

Kalau nak ikutkan akujanji time dapat offer dulu, memang la tak boleh biarkan kepentingan peribadi melebihi tanggungjawab kerja. Gomen buat akujanji pelik-pelik la. Senang citer, takde keluarga yang aman, tenteram cemana la orang nak kerja dengan tenang. Dan tak ada manusia yang perfect kat dunia ni, dapat ikut 100% akujanji tu. Akujanji tu kena rombak balik kot. Biar aku yang rombak. Komfem takkan ada orang mengadu stress dengan keja lagik.

Akujanji!




Monday, September 17, 2012

Legoland

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/17/2012 09:30:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.


Ok, harga tiket masuk ialah RM140.00 untuk dewasa. Budak mungkin 60++ kot. Murah? Haa...bagi aku mahal la. Kalau keluarga ada 2 orang tua dan anak ada 3 orang...berapa dah tu? Tak ke cecah beratus.


Kat kawasan luar taman tema Legoland ni, ada banyak restoran dan butik...kedai la kot. Ada kedai coklat Fidani, kedai perfume Colours dan jugak butik beg...apa ntah nama dia. Tapi kedai makan a.k.a. restoran banyak la. Macam-macam pilihan. Ekspedisi kali ni, aku ditemani Kak Munirah. Memandangkan kitorang sampai awal around 10 dan Legoland dibuka pukul 12 tengahari, aku jenjalan dulu sambil borak-borak makan froyo. Kawasan ni belum siap 100%. Ada lagi kedai makan tengah renovate. 


Sebelum masuk main, kitorang lunch dulu. Ingatkan nak makan dekat Manhattan, tapi tak bukak lagi. Seperti yang dikatakan, mostly masih renovate. Tapi aku hampa bila ada sesetengah restoran tak halal kat dalam kawasan ni. Bukanlah menidakkan hak, tapi lebih elok kalau diorang hidangkan makanan halal, lagi banyak pilihan orang Islam untuk menjamu selera. Ini tidak, restorang tak halal ada 2 ke 3 bijik kat situ. Haish...


Alas, menjamu selera di El Midos. Tekak aku kena tonsilitis pulak, jadinya aku makan udang je, makaroni tinggal. Sedap, bukan tak sedap. Kuah makaroni tu best, cumanya tekak aku ni sakit nak menelan seberang makanan, waima air liur sekalipun. Jadi aku gigihkan habiskan udang. Sebab udang tu ala-ala half-cook, jadi ia sangat juicy dan kenyal masa aku kunyah.


Dan Aglio Olio untuk Kak Mun. Rasanya balance antara masin, lemak dan pedas.






Then pukul 12 tengahari, berduyun-duyun umat masuk ke Legoland. Memang lego kesemuanya. Dari patung-patung orang, haiwan...kesemuanya lego. Haa bangunan signature pun lego. Siap ada sound effect dan ianya hidup! Maknanya bila kau lalu dekat masjid, serius kau akan dengar azan okeh. Comel jek bila kau tengah tengok KLCC then suddenly, ada komuter lalu kat bawah kaki kau. 

Lepas tu aku dah malas nak ambik gambar dah. Tunggu la aku dapat gambar dari kamera Kak Mun, aku upload. Tapi kan, tengah seseronok aku berjalan-jalan kat situ. Aku tengok orang-orang Islam yang kerja kat situ terlupa ke nak gi semayang Jumaat? Huhu selamba je abang-abang photographer tu jenjalan tangkap gambar orang. Almaklumlah, dah kepalanya omputih kan, keje pun pakai suar pendek paras lutut.

Kitorang main lego, masuk 4D cinema, lepas tu main roller-coaster. Orang lain candid gambar muka excited, mulut terlopong. Tiba aku dengan Kak Mun punya gambar, nampak tudung jek! Hahah memang la, dah memasing takut, menunduk dan pejam mata je la sepanjang atas roller-coaster tu. Lepas tu, turun jek dari game tu memasing mengadu pening-pening ala orang peknen. 

Kalau nak rekomen, aku tak rekomen datang skang la. Aku rekomen datang tahun depan. Sebab buat masa sekarang ni, belum siap sepenuhnya pun. Kawasan pun masih kering-kontang. Tak berapa cantik la. Mungkin tahun depan bila semua dah siap, akan cantik la. Dan masa itu pun, takde la tiket free lagi ye. Huhu

Tuesday, September 11, 2012

Langkawi :: Budget trip

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2012 06:47:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Yeay..Alhamdulillah sudah pun pulang dari holiday. Giler ah boleh plak gua demam dalam bas malam tu perjalanan ke Perlis. Peh, seksa tak payah cakap la. Tapi demi semangat membara, ku gagahi jua untuk sampai ke destinasi pelancongan.

Bertolak dari Pasir Gudang pukul 8.30 malam, tapi bas tu boleh plak pergi Larkin dulu ambik orang. Harga tiket RM 186.70 pergi balik. So dalam pukul 10 jugak la gerak. Pukul 7.30 pagi kitorang sampai kat Shahab Perdana, Kedah. Aku agak-agak komfem sampai Kuala Perlis lambat ni, mesti dalam pukul 10.30 punya. Dah tu nak sampai Langkawi pukul berapa? Tunggu feri lagik. Terus aku utarakan cadangan kat Najmie untuk stop kat Kedah jek.

Najmie pun on. Kitorang turun and terus carik bas ke jeti Kuala Kedah, Kedah. Aku ingatkan aku dah takkan naik lagi bas ting-tong *bunyik loceng bas* ni...rupenye naik jugak. Peh!! Bas dia boleh tahan oldskool. Kalau ikutkan kat tempat aku, bangla ngan jebeng jek yang naik bas camni. Selamat Kedah takde jebeng...kot.

To my surprise, sedap plak naik bas pepagi camtu. Angin sejuk, keter pun tak banyak. Sambil mengenakan Ray Ban Aviator...aku tenggek muka kat tingkap bas. Huu sedap. Ah, bukan ade orang kenal pun. Lama gak nak sampai ke jeti tu, dalam sejam ada kot.

Sampai jeti, dapat tiket feri pukul 10.45. RM 23.00 je harga tiket. Sambil tunggu feri, makan roti canai dulu kat mapley berdekatan. Lepas tu naik feri dalam 2 JAM baru sampai Langkawi. Feri plak so-so je level dia..ade je bebudak kecik nanges. Disebabkan aku noob sangat, terambik tempat orang. Peh, jebeng beb! Tapi Indon kaya la...cakap omputih berabuk dengan aku sebab aku terambik seat dia. Selamat anak bujang die hensem gilos.

Sampai Langkawi...EXCITED beb. Teksi RM 6 je untuk perjalanan dari jeti ke pekan Kuah, tempat hotel 1Baron Langkawi. Disebabkan keletihan, check in lepas tu siap-siap terus g makan. Ada satu tempat makan best kat area Pekan Kuah ni. Restoran makanan Thai berhampiran simpang empat, cornet lot. Konsep fine dining tapi nak ala cart boleh jek.





Gua suggest tempat ni sebab tomyam dia terbaik. Mungkin sebab sebelum ni aku tak pernah makan tomyam dalamnya ada isi ikan merah kot. Tapi tomyam dia memang sedap, lemak dan cukup masam, pedas dan manisnya. Even aku yang demam-demam pun, menghirup jugak kuah tomyamnya. Sekali duduk cecah RM 60 jugak.

Then bermulalah pencarian coklat. Ada banyak kedai-kedai borong coklat kat Pekan Kuah ni. Pilih je la. Aku dengan Najmie masuk dekat Haji Ismail (popular hokeh kedai ni) dengan Langkawi Saga. Ada sesetengah jenis macam Ferrero Collection takde kat Haji Ismail, tapi ada kat Langkawi Saga. Macam Golden Boronia murah kat Haji Ismail, mahal sikit kat Langkawi Saga. Lindt & Sprungli Collection cuma ada kat jeti jek. Macam tu la.

Sepeket RM 21.90
Coklat putihnya tidak terlalu manis macam coklat murahan yang lain, kacang pun banyak. Memang sedap.
Apalah maknanya...

Hasil borongan


Malam tu kitorang kuar lagi. Seriously Pekan Kuah lagi hidup belah malam. Ramai orang kuar jalan-jalan dan beli-belah. Baru nampak muka mat-mat saleh makan minum kat restoran-restoran seafood Cina. Aku sempat la rembat sejenis dua coklat lagi sambil cuci mata. Kitorang carik tempat makan je la. Selamat berdekatan hotel ada satu lagi tempat makan yang memang terbaik. Restoran ni berkonsepkan kafe terbuka. Makin malam makin ramai yang datang. Kitorang seperti biasa la. Fine dining. Ada pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut (jus buah yang mantap).





Esoknya hari last, after breakfast terus check out dan menuju ke jeti. Kat situ kitorang tinggalkan luggage dan berjalan kaki round kawasan sekitar macam dataran Helang dan Langkawi Fair. Kat Langkawi Fair, ada satu restoran Arab yang best dimana aku telah try Turkish Coffee. Turkish Coffee ni kalau minum tanpa gula, rasanya pahit dan ada macam rasa herba sikit. Tapi bila tambah gula, rasa dia dah balance. Seteguk Turkish Coffee memang mendatangkan kepuasan. Walaupun pekat, tapi rasanya tak strong macam kau bancuh kopi 434 dalam cawan kecik, lepas tu kau minum, boleh migrain.




Lepas tu aku makan falafel. Serius tak sedap! Aku pelik camne la Maria Tunku Sabri dalam JJCM tu cakap falafel sedap. Macam wadeh jek aku rasa. Lagi sedap wadeh tu sebab ada bau daun kari dan rasa pedas dan masin. Falafel ni camtu jugak, dibuat dari dal kot...ke kacang kuda? Entahla, tapi plain jek rasa dia.

Next kitorang jalan kaki ke jeti, terus carik tempat lunch plak. Kat jeti tu ada satu mapley, yang ni aku tak berapa rekomen sebab tak berapa sedap huhu. Nasi ayam...ayamnya masin. Najmie makan mee goreng, pun tak berapa kena dengan tekak.

Then bermulalah perjalanan pulang pulak. Walaupun tak round island tapi aku tetap puas hati sebab dengan izinNya..kami dapat rezeki yang sangaaat sedap. Alhamdulillah (n_n)

InsyaAllah destinasi seterusnya Legoland, Nusajaya.




Monday, August 27, 2012

holiday for singlets

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/27/2012 11:03:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Yeay, InsyaAllah this long weekend I'm going for a holidayyy. I am excited since now that I got much money..yeah right. Before those notes will end to make up, dresses, pelamin and door gift and the list go on and on.

I have two places, Cameron Highland and Langkawi Island.. But when I surf on the internet booking for hotel at Cameron, the price is quite expensive. Over budget should I say, RM 400++ for a room/2 nights. Tak campur kos lain-lain macam bas, makan and jalan-jalan. So, total budget will be around MYR800 +/- for both places. Nevermind, that should be enough. Tomorrow I'll check on the ticket.

10% in progress...

Friday, August 24, 2012

Bila Keikhlasan Dipersoalkan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/24/2012 01:18:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Never cross to my mind that the conversation will go on until this stage when the dollar becomes an issue. I never thought it that way and take it wrongly. Never, until he suddenly brought out the topic of my salary and how do I spend it.

It is terrible. I feel bad and I cry. Weak I am when it comes to situation like this. Thank god the person doesn't stand right in front of me. If is, then I would cry him a river. And I think I would run...worst come to worst I'll stay mute.

To you,

I'm sorry.

Tuesday, August 14, 2012

Alhamdulillah..

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/14/2012 09:14:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.



Waktu : 6.30 petang

Dulu kat kawasan rumah aku, kalau petang-petang tu ada orang jual pisang goreng, keledek, cempedak goreng dengan keropok lekor untuk dibuat juadah berbuka. Masa tu aku kecik lagi..dalam 6 ke 7 tahun kot. Baru nak belajar berpuasa gamaknya. Kegemaran aku untuk berbuka memang la keropok lekor.

Dijadikan cerita, sebagai upah aku puasa penuh, mak bagi duit seringgit untuk beli keropok lekor. Seringgit dulu tinggi nilainya, tak macam seringgit sekarang. Seringgit dulu keropok dapat la 10-15 keping. Aku pun pergi la dalam pukul 6.45 macam tu nak beli keropok lekor. Jalan kaki je sebab kedai tak jauh dengan rumah.

''Acik, kopok lekor singgit!''
Lepas setel proses pembayaran, dengan hati girang aku jalan bawak keropok lekor panas-panas tu balik umah. Feveret aku yang nipis...aku jeling-jeling dalam plastik, cukup 10 keping panjang-panjang elok je.

Sampai rumah, aku serahkan keropok lekor dekat mak. Mak bukak plastik keropok, lepas tu dia kata ;
''Eh, kenapa keropok ni patah-patah, kak?''
Dengan dahi berkerut i don't know what you're talking about aku kata
''Tadi jalan goyang-goyang, tu yang patah kot,''

Sebenarnye...aku dah makan keropok tu sikit on the way balik umah. Sebab tu patah. Hikhik

***

Kadang-kadang tu rasa macam nak tergelincir je iman, huuu lagi-lagi bulan Ramadhan. Syaitan memang la kejahatannya dah diikat, tapi nafsu pulak take over. Emm...sudahnya kena motivasikan diri sendiri jugak. Muhasabah. Baru la dapat tau iman yang disangka seteguh perdu buluh tu sebenarnya  senipis kulit bawang..

Tak sedar kita dah buat salah dan silap, tiba Hari Raya Aidilfitri je baru nak mintak maaf. Ye la, masa ni la rasa-rasa macam dah banyak salah kita buat tanpa disedari. Termasuklah diri yang menulis ni. Lagi banyak dosa agaknya. Dosa dengan Tuhan tu satu, dosa sesama makhluk lagi.

Justeru, di sini diri ini ingin memohon maaf setulus hati dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum dan segala benda. Kadang-kadang terkasar bahasa, tercubit sini sana, ampun dan maaf dipinta. Zahir dan batin. Semoga kita ukhwah kita di panjangkan sehingga Ramadhan akan datang. Amin.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan datang lagi!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/21/2012 07:50:00 AM 1 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...dapat jugak menyambut puasa selepas beberapa tahun tak dapat huhu almaklumlah...orang perempuan khenn.

I want to wish here a happy Ramadhan...may you will have the strength to fast during the day and pray during the night.

Ramadhan datang dan pergi, cuma kali ni Ramadhan aku adalah yang terakhir sebagai orang bujang...insyaAllah jika dipermudahkan-Nya aku akan bernikah dengan seseorang. Dan itu sekaligus akan mengubah hidupku 360 darjah. Eh ye ke? Hehe lantaklah. Yang penting, setiap Ramadhan ada keistimewaannya dalam hidup aku.

Seingat aku, kali terakhir aku sambut Ramadhan pertama dengan keluarga masa aku tingkatan 6. Lepas tu takde dah, sume pun sambut kat u. Yang lepas...sambut kat tempat keje. Huhu ni la pes time selepas beberapa tahun tak dapat buka pose yang pertama kat umah. Emm..

Hidup makin terurus. Almaklumlah kerja dah ada (Alhamdulillah) dan kalau ada rezeki lebih, boleh la bukak pusat penjagaan kucing-kucing terbiar. Aku tengok kucing kat kawasan umah aku ni makin banyak. Huhu kesian diorang...

Emm...Selamat Menyambut Ramadhan =")

Wednesday, June 20, 2012

PTPTN

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/20/2012 10:20:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Kadang-kadang manusia ni, bila dah terlalu suka dengan seseorang...dia jadik taksub. Segala yang baik tu, walau seciput pun macam besar sangatlah jasanya. Kalau yang buruk, walau sebesar gajah pun boleh ditutup dengan kelopak mata.

Apa-apa je lah. Yang penting, aku terbaca sorang blogger muda terkenal ni menulis mengenai PTPTN dan agak mengecewakan, bila kebanyakan pengomen blog bliau agak senang hati menggunakan kata-kata yang langsung tidak menunjukkan kematangan sebagai seorang siswa (rasa-rasanya rata-rata yang mengomen tu ofkos la peminjam PTPTN=siswa uni).

Pendapat beliau ni ada betulnya. Contohnya ialah tang 'PTPTN=Enabler'. Yang itu aku setuju sangat-sangat. Memang betul pun. Kalau dulu, orang nak masuk uni mak bapak jual tanah bendang segala bagai. Kini tidak perlu itu semua lagi. Siap buat kenduri tumbang lembu adalah.

Ada beberapa pendapat yang aku rasa agak logik untuk difikirkan;


Paling aku suka quote dia ialah

 'NO SUCH THING AS BAD INVESTMENT FOR A COUNTRY IN GIVING OUR CHILDREN FREE EDUCATION!... CHILDREN'S EDUCATIONS ARE THE BEST INVESTMENT FOR A COUNTRY'

Yang betul-betul sokong post itu antaranya ialah..



Bingai? That's rude. Ada jugak yang betul-betul 'menyedarkan' pembaca seperti..

aniz said...

kalau tak silap saya, bilangan penduduk finland cuma 5 juta lebih, dgn lebih kurang 600ribu pelajar sekolah. kita kat malaysia, bilangan pelajar sekolah menengah dan rendah kita sahaja dah lebih 5juta orang. jadi mcm tak adil lah kita nak bandingkan sistem dan kemampuan kita dgn finland, jauh sgt bezanya. nak bandingkan kena tengok yang sekufu, bak kata orang tua. buat research, baca banyak article, baru lah buat perbandingan macam orang terpelajar.

lagipun kalau nak free education, silalah belajar sungguh2. graduate first class. confirm tak payah bayar balik PTPTN. kan dah free?

just my two cents. ^^
just rm500/sem for business study? uitm boleh la... kalau u lain beribu riban u... takkan tak peka langsung bab tu? dan kenapa perlu ada words like 'idok', 'pokcik', 'mokcik'??? nampak sangat prejudisnya wahai si cantik lagi bijak?

Saturday, June 16, 2012

Pelamin :: Tips mengenali cinta wanita

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/16/2012 09:45:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.














Simplenye :) I was thinking to d.i.y. my own pelamin. Since I'm looking for something simple yet beautiful and uniquely creative, hmm...but still considering this. However, I love the idea of paper lantern and paper craft so much!

Wan is away (sailing again) and I was much enjoyed myself at home. Past night we're fought over smoke. Because he was stressed out over one thing, and I'm the one to blame about it!

One of my friend called me last night. And we're talking about loyal and honesty to our partner. I mean, he asked me 'macam mana nak tahu kalau seseorang tu betul-betul jodoh kita?' 

I taught the question is quite subjective. So this is my answer;

'Saya rasa kalau betul-betul dia jodoh kita, kita akan rasa kita sudah bersedia untuk fokus. Maksud saya, kita akan bersedia untuk beri komitmen. Sampai satu tahap perhubungan, kita tak rasa nak cari yang lain.'

'Macam mana nak tahu perempuan tu suka kita? Since I've told her but not directly. Then she said she need time. Maybe saya ni bukannya suka, tapi saya sebenarnya senang dengan dia.'

This is my response to this kind of question;

'Perempuan perlukan kepastian. Certainty. Kalau dia provok awak dengan soalan macam tu pun, awak dah teragak-agak. Maknanya awak sendiri pun tak pasti dengan perasaan awak,'

'Tapi saya dapat rasa, saya memang sukakan dia. Suka dengan senang tu apa bezanya?'

'Kalau suka, cinta, sayang...kita akan berubah bila jumpa dia. A girl is a girl after all. Saya akan take time untuk bersiap, pakaian kemas, pertuturan dan segalanya pun nak cover. Kalau awak senang dengan dia, maknanya you can talk almost about anything to her. Kalau depan orang yang kita suka, mungkin kita akan berfikir-fikir nak cakap pasal apa,'

'Tapi itu namanya tak jujur. Dalam perhubungan perlu kejujuran,'

'Cam ne ek...ok, nak kata tak jujur tu, mungkin betul. Tapi sebab kita suka dia, sayang dia, kita sentiasa nak nampak dan berikan yang terbaik untuk dia. Jadi saya rasa, itu bukannya tak jujur, tapi kita berubah menjadi sesuatu yang lebih baik,' jujur mempunyai maksud yang subjektif bagi aku.

I think he really like this girl. So the next thing we're talking about courage. He said that few of his friends been suggesting crazy idea of not contacting the girls for about 2-3 days (me too). I think it's a great idea. Since before this, he's the one take part of messaging the girl. So, try to slow down for a few days and there might be consequences.

'Selepas beberapa hari awak tak contact, then awak mesej dia. Ada dua kemungkinan ;

*Dia akan terus reply mesej awak. Pertama sekali mungkin dia akan tanya 'awak pergi mana? senyap je...' ataupun dia akan tanya 'awak tak sihat ke?'

Kalau respon macam ni, ada peratusan tinggi dia memang sukakan awak.

*Dia lambat reply mesej. Macam nak tak nak je reply.

Respon macam ni pun ada dua kemungkinan. Dia mungkin terlalu gembira awak mesej dia, sampai dia tak tahu nak reply macam mana kerana terlalu banyak perkara yang mahu diperkatakan. Ataupun dia memang tak sukakan awak. Awak mesej atau tak, sama je.

Perkara lain pulak. Jangan rasa kecil hati kalau selama beberapa hari awak tak mesej, dia pun tak mesej awak. Perempuan ada perasaan malu, jadi dia sangat malu untuk memulakan mesej awak kerana awak yang selalu mesej dulu. Sila maklum. Ataupun dia memang tak suka langsung. Sebab tu dia tak kisah awak contact dia ataupun tak,'

Whateveritis, I asked him to berusaha. I don't want him to cuba. Berusaha is liked you really fight to get her, and you are certain of your feeling towards her. If you cuba, then you are not certain of your feeling, and it looks like if you're not getting her it's not a big deal at all.

Men and women need to talk about their feelings a lot. As long as they're not taking it over than their faith. Then it is okay (n_n).

Thursday, June 7, 2012

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/07/2012 08:57:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Bila dia beritahu dia akan berpindah. Aku tergamam. Mana taknya...kalaulah dapat di tempat yang aku tak mau tu...hmm haruslah bersedia mental. Fizikal kemudian. Jika keadaan memerlukan.

Tapi aku pernah berada dalam situasi tu. Aku sedar peluang yang terbuka. Apatah lagi dia yang masih belum ada apa-apa ikatan. Ah, lantaklah orang nak cakap aku syok sendirik ke ape. Yang penting, benda yang sama akan berulang.

Bila aku beritahu dia mende-mende tu akan terjadi, dia tak percaya. Dia cakap la muka tak semenggah la, tak berduit la. Mereka tak tahu. Kami tak tau. Yang kami tau, nak mengendeng ajek. Lantaklah muka pecah rumah ke, perut boyot ke, hape ke, janji ada orang nak ajak makan, belanja tengok wayang, ade orang back-up kalau ada pape terjadi, ada orang call dan boleh topapkan, ada orang nak hantar ke sana sini, ada orang nak bawak jalan-jalan hujung minggu. Itu yang kami kesahkan...gamaknya. Tapi itu la yang berlaku.

Ada je yang dah berkahwin pun masih mencari si siswa yang tak single tapi available. Aku pernah berada di zaman tu. Jadi aku tahu la. Aku melihat dengan mata dan kepala. Ada yang skandal mengalahkan dato' datin dengan anak ikan dan anak ayam.Aku berada di situ.

Risau. Kalau jauh, tak risau. Semakin dekat semakin risau pulak. Tensen plak rasanya. Boleh tak kalau nak menuntut ilmu telepati supaya kita boleh tengok apa yang dia buat? Ah, mengganggu privasi plak kekdahnya.

Apa-apa pun, sekarang la masa yang terbaik untuk aku hembus-menghembus kat muka dia. Biar hati dia lekat kat aku. Muahahaha. Nanti aku akan carik satu masa, aku nak dating lepas tu aku nak hembus dengan baca-baca sikit. Mana tahu, jadik. Hari tu baru sekali aku hembus, lepas ni nak try lagilah. Hikhik


**hembus bukan bermaksud aku baca mantera2 ngarut yek, tolong skit**

Sunday, June 3, 2012

Plan for the big 'M'

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/03/2012 09:55:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

I am soo happy right now since the date has been set up. InsyaAllah another 6 months 4 days from now. Planning for a marriage is fun. But when you count up the total amount that would take place, boleh pengsan! It's true when people say, today if you don't have 30 thousand ringgit, don't ever dream to get married. Few~

Now I'm looking for the photographer that still available on my date. I've past few that is very good, but since by that time we don't have specified date yet, so I let them go. Now, all of them are fully booked. Why end of year is always the most popular time to get together?

Can I have like a budget planner that may help me using my money wisely? Now that I'm trying to cut down a little bit from my monthly shop.

For the cooking things and ingredients, I let mak and abah decide it. I'm just giving out the cash (nooooooo~) and let them buy what they want, what their heart desire. My part would be the other, like pelamin, photographer, candy buffet, kad jemputan and berkat. **baru perasan tak masukkan kos kad jemputan dalam bajet pffftt**

This is my budget shortlist :)


Tengok tu, lupa nak masukkan bajet candy buffet pulak!!

Whatever. This is just the raw cost. I'm trying to go for as low as possible. This month I need to nail few photographers and their quotation. Next month, pelamin! :)