.

seposen untuk Porsche

Wednesday, June 20, 2012

PTPTN

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/20/2012 10:20:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Kadang-kadang manusia ni, bila dah terlalu suka dengan seseorang...dia jadik taksub. Segala yang baik tu, walau seciput pun macam besar sangatlah jasanya. Kalau yang buruk, walau sebesar gajah pun boleh ditutup dengan kelopak mata.

Apa-apa je lah. Yang penting, aku terbaca sorang blogger muda terkenal ni menulis mengenai PTPTN dan agak mengecewakan, bila kebanyakan pengomen blog bliau agak senang hati menggunakan kata-kata yang langsung tidak menunjukkan kematangan sebagai seorang siswa (rasa-rasanya rata-rata yang mengomen tu ofkos la peminjam PTPTN=siswa uni).

Pendapat beliau ni ada betulnya. Contohnya ialah tang 'PTPTN=Enabler'. Yang itu aku setuju sangat-sangat. Memang betul pun. Kalau dulu, orang nak masuk uni mak bapak jual tanah bendang segala bagai. Kini tidak perlu itu semua lagi. Siap buat kenduri tumbang lembu adalah.

Ada beberapa pendapat yang aku rasa agak logik untuk difikirkan;


Paling aku suka quote dia ialah

 'NO SUCH THING AS BAD INVESTMENT FOR A COUNTRY IN GIVING OUR CHILDREN FREE EDUCATION!... CHILDREN'S EDUCATIONS ARE THE BEST INVESTMENT FOR A COUNTRY'

Yang betul-betul sokong post itu antaranya ialah..



Bingai? That's rude. Ada jugak yang betul-betul 'menyedarkan' pembaca seperti..

aniz said...

kalau tak silap saya, bilangan penduduk finland cuma 5 juta lebih, dgn lebih kurang 600ribu pelajar sekolah. kita kat malaysia, bilangan pelajar sekolah menengah dan rendah kita sahaja dah lebih 5juta orang. jadi mcm tak adil lah kita nak bandingkan sistem dan kemampuan kita dgn finland, jauh sgt bezanya. nak bandingkan kena tengok yang sekufu, bak kata orang tua. buat research, baca banyak article, baru lah buat perbandingan macam orang terpelajar.

lagipun kalau nak free education, silalah belajar sungguh2. graduate first class. confirm tak payah bayar balik PTPTN. kan dah free?

just my two cents. ^^
just rm500/sem for business study? uitm boleh la... kalau u lain beribu riban u... takkan tak peka langsung bab tu? dan kenapa perlu ada words like 'idok', 'pokcik', 'mokcik'??? nampak sangat prejudisnya wahai si cantik lagi bijak?

0 comments: