.

seposen untuk Porsche

Monday, October 31, 2011

Missing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/31/2011 10:09:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.





Alhamdulillah, today I received a call from my bestfriend way back there at uni. Sure I miss him so much. Syakirin. Back then we used to lunch each and every day at Restu. Anything regarding men and boyfriend, I asked him. He's a boy with a perfect package. No doubt he's a player but I didn't care that much. We're good friends. We can talk almost about every thing. From life, love, friendships and even those things that start with capital letter 's' and end with 'x'.






Then tonight Manap message me. He was listening to a radio when he heard the song Tanya Sama Pokok from Angelica. He reminds me on how me, him and Bibi we're doing the action for that song. It was hilarious! We're doing that while we're standing in a group ready to march. And we're just playing around when everybody was so damn serious in the middle of the day. Of course, because of playing to much, we got punished.

If Shakirin is the person that I shared many things with, Manap is someone who each and everytime, full of those crazy things that I loved to be with. I remembered on how our idea being combined for the drama during the annual continuous training at the Naval base, and it turn out to be a big success. Everyone loved it and enjoyed it very much. As Shakirin, well, he's a hearthrobe of the drama.

I missed them very much. I remember Wan asking me, 'do you even like your Palapes time?'. It took a long time to answer that. People come with different attitudes and morales and we have to absorb it time by time. It is frustrated. But then, when it comes to an end. Regardless of how much we spent time together, we're starting to miss each and every one of us. Then I say, 'I'd love them. I love them so much. As much as they have been giving me a wonderful time and colors of memories.'

Syukur...Alhamdulillah. Allah have given me those time. Those memories that I'll hold, each and every part of it in my life. It was not a book, but it's a chapter that I'll keep turning page by page, just to remember how much it makes my life so beautiful.




PTPTN, Hutang dan Kahwin

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/31/2011 10:27:00 AM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.






Alhamdulillah...syukur kepadaMu yang menjadikan kuihku ini sedap. Terasa lebih sedap selepas disimpan sehari. Sebelum makan, baca Basmalah. InsyaAllah lagi terasa sedapnya. Hee~muka gembira.

Mak aku kan biasanya memang tak yakin langsung kalau aku masuk dapur, almaklumlah. Anak daranya ni gemar benar menghabiskan gas, marjerin, tepung dan kecah dapur. Dan akhirnya dia yang penat membebel. Sape suruh membebel huhu. Kalau tak sedap, kemain lagi cakap aku ni membazir duit beli barang la, kuih tak masak, pahit sangat la boleh constipation (baca : sembelit) kalau sedap sampai ke hujung kampung dicanangnya. Sabar je lah aku.

Pagi ni topik di Ikim.fm pasal hutang. Menyebut mengenai hutang, aku sedar baki hutang dengan PTPTN ada lagi 9 ribu. RM 9k ok. Boleh buat belanja kawen. Hantaran kawen kalau aku mintak banyak tu ok tak? Haha duit tu rolling la buat bayar hutang PTPTN. Eh cik Za, kata nak mintak sikit jek. Keberkatan tu penting.






Inipun mungkin pakej kat kampung kot. Tengok tang upah jurugambar tu la, aku tanya kawan aku.Tunang pun dia ambik dekat RM 1000. Huuu...mahal beb. Tunang ko ambik la gambar sendiri, lepas tu kau edit la sendiri. Jimat. Kad kawen pun sampai RM500 ke? Mak aih...kalau aku, pakai yang rezo tu jek, jimat. Hahah. Barang hantaran RM600. Ikutkan orang sekarang bagi :

Minyak wangi - RM 300
Baju, kasut, beg/tali pinggang - RM 300/RM 400
Kamera/handphone/iPad - RM 500-RM 1500

Kat situ je habis berapa dah. Tak campur buah, kek 14 tingkat, coklat Kinder Bueno KLCC..eh, itu aku punya list hahah. Itu pun dah makan ribu ribu. Botak kepala cik abang. Patut la dia kata nak kawen lagi 9 10 tahun. Hahah, dah area-area Dato K kawen la kalau macam tu.

Tang pelamin tu pulak...emm, aku tak minat (so bajet pelamin boleh masuk dekat hantaran hikhik) Mak bapak aku pulak bila aku suarakan hasrat takmau pelamin dan bersanding. Bulat-bulat mata diorang. Bapak aku berangan nak karaoke pulak. Emm..abah kawen balik la dengan mak macam tu. Haish...duit yang keluar tu, aku.







Aku teringat time abah aku dah abes bayar hutang kereta. Punyalah lega muka mak bapak aku. Malam tu terus makan best-best. Kahkahkah. Betullah kata orang, hutang ni boleh buat hati jadi runsing, fikiran tak tenang.



Sunday, October 30, 2011

Rezeki

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/30/2011 10:21:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

I was baking biscuits when my mother shouts at me, saying that KPM holders will be posted first rather than PTPTN users. Then I went online and saw that it's true. However, a new problem occur when there's a debate about the PTPTn users and KPM holders.

Seorang rakan mengatakan bahawa ; 'bagus sangatkah budak KPM? setakat lulus ujian, dalam kelas pointer rendah jugak.'

Aku berasa sangat kecewa dengan kenyataan saudara itu. Aku teringat kata-kata seorang rakan yang juga tidak berpuas hati dengan pemegang biasiswa. Masa tu kes pemegang biasiswa yang menjalani praktikum dapat elaun, manakala peminjam PT tak dapat. Katanya apa beza PT dengan KPM? Masing-masing pun belajar, masing-masing pun pergi praktikum, tapi kenapa hanya KPM yang dapat elaun?

Benar aku berkecil hati. Seterusnya rakan itu terus meluahkan itu ini tanpa mengendahkan langsung aku yang berada betul-betul depan matanya. Aku diam. Maafkan aku, wahai sahabat. Aku cukup kecewa dengan kamu.



Kadangkala, kita melihat orang lain bersyukur dan menikmati apa yang dianugerahkan Allah s.w.t. sampai kita lupa dan buta atas apa yang telah dikurniakanNya kepada kita.

How to tackle your in-laws : jemput-jemput a.k.a. cucur cendawan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/30/2011 10:07:00 AM 0 comments Links to this post



Assalammualaikum w.b.t.

Shitake mushroom. Sedap dan aku sangat sukakannya. Pertama kali aku makan cendawan goreng, Kak Mun gunakan cendawan ni dan aku terus terpikat. Jadi, aku ubah la jadi jemput-jemput cendawan. Kalau orang kampung, biasa makan jemput-jemput ikan bilis. Aku pernah makan dekat rumah seorang rakan, dia hidangkan jemput-jemput. Tapi dia blender bawang, bilis sampai lumat. Aku lebih suka kalau nampak 'bahannya'.

Sarapan orang kampung yang ini meeeeemang aku suka. Selain dari penuh kolestrol dek penggunaan minyak untuk menggoreng, ia juga sedap dan cepat disediakan.







Bahan-bahannya:

70g cendawan shitake - potong dadu
2 labu bawang sebar - hiris halus
50g ikan bilis
50g daun kucai - hiris sepanjang 1 inci
200g tepung gandum
Garam secubit rasa
Air
*jika suka, boleh la tambah serbuk penaik

Cara-caranya :


1. Semua bahan-bahan tu masuk dalam satu mangkuk. Mulakan dengan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul bancuhan. Bancuhan tidak boleh digaul terlalu lama kerana boleh membuatkan cucur menjadi liat.

2. Lepas tu, goreng dalam minyak sampai masak. Toskan dan hidang untuk minum petang atau sarapan pagi.






Haaa...hasilnya? Hehe maaflah, buaya kan banyak. Haruslah buaya yang tulis blog ni sekali pun turut serta makan-makan supaya tidak ketinggalan.

Kalau mak-mak mertua makan, lepas tu hidang dengan sambal kicap..perghh! Haha poyo pula rasanya. Nyam nyam..

Wednesday, October 26, 2011

How to tackle your in-laws : Keropok Lekor

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/26/2011 06:08:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.

Yaa...anda suka makan keropok lekor? Aku pun! Aku sangat sukakan keropok lekor dari Terengganu dengan sos pencicahnya yang sungguh LAZAT! Sos pencicah tu pulak, kadang-kadang aku makan dengan jemput-jemput. Memang nikmat tak terhingga. Heheh, apa kata sebagai langkah awal menjimatkan wang disamping membantu para nelayan, kita buat sendiri keropok lekor ataupun nama komersialnya kepok gete (gentel).






Hahah, walaupun dari segi rupa...erm..biasalah kan. Tapi rasanya memang ada (masuk bakul angkat sendiri).

Bahan-bahannya ;
2 ekor ikan tongkol (siang, buang tulang dan kulit kemudian blend)
300g tepung sagu
200g tepung gandum
Garam secukup rasa



Campurkan ikan yang dikisar tadi dengan tepung sagu, tepung gandum dan garam. Sedikit pesanan, jika anda rasa adunan agak keras (sebab bergantung pada kuantiti isi ikan), tambahkan air sejuk. Adunan haruslah lembut.











Gentel keropok anggaran panjang sejengkal, namun pastikan tidak terlalu tebal. Sediakan air rebusan, apabila air mendidih, masukkan keropok dan tunggu sehingga keropok timbul (tandanya dah masak).


Dan boleh la digoreng atau makan begitu saja (n_n).






Selamat mencuba (n_n). Resepinya saya ambil sumber dari myresipi.com.

Tuesday, October 25, 2011

Wahai gadis, peliharalah status Facebookmu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/25/2011 01:34:00 AM 0 comments Links to this post




Assalammualaikum w.b.t.

Aku sekadar mahu menegur sesetengah anak gadis yang menggunakan Facebook untuk menunjukkan rasa kasih sayang mereka terhadap seorang yang bukan muhrim, hanyalah kekasih. Namun kata-kata yang digunakan bagi aku, agak terlalu romantis dan tidak manis.

Iya, memang betul, tidak salah anda mahu menunjukkan kasih sayang anda terhadap si dia sampai membuat pengumuman anda cintakan dia sesungguhnya dan terus letak gambar dia sebesar-besar alam kalau boleh. Namun anda harus ingat, Islam ada batasnya. Maniskah kalau sekadar berpasangan sudah mahu menggelar 'hubby' , 'papa-mama' dan semua rakan boleh membacanya pula? Kemudian gambar berpelukan dan berpegangan tangan dimuat naik pula. Sudahnya yang melihatnya mendapat dosa syubhah..

Baiklah,jika anda romantis. Biarlah anda dan pasangan anda sahaja yang tahu. Sekali dua itu tidak mengapa, boleh dianggap bergurau sekadar menceriakan hati. Namun jika sudah kerapkali, ada sahaja pihak yang kurang senang seperti saya. Bukan kurang senang kerana cemburu mahu menjatuhkan, tetapi kurang senang kerana kita seagama, saudara seIslam. Sama-sama perempuan, anak dara, gadis. Sedangkan yang berkahwin pun tidak tentu mahu menunjukkan kemesraan melampau bertukar-tukar status madah cinta di alam maya, inikan pula kita yang belum ada ikatan. Saya segan melihatnya. Maaflah...

Ini untuk kebaikan bersama. Peringatan buat saya dan semua anak gadis Islam yang mempunyai kekasih hati. Besederhanalah dalam apa jua. Mahupun berkasih. Sedangkan dalam beribadah pun dilarang berlebih-lebihan. Jadi apa pula dalil kita untuk berlebih-lebihan dalam berkasih tanpa ikatan yang sah?

Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu wa Taala beberapa kali telah memberi amaran kepada ahli-kitab agar tidak berlebih-lebihan dalam agama mereka iaitu menambah-nambahkan perkara yang tiada. (Surah Al-Maidah : 77 dan An-Nisa :171). Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang umatnya dari bersikap berlebih-lebihan dalam agama. Dalam sebuah hadisnya Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud : “Jauhilah oleh kalian akan sikap berlebihan dalam agama kerana binasanya umat terdahulu adalah kerana sikap melampaui batas dalam agama” (Sahihah no. 1283).

sumber di sini


"mawaddatuhu taduumu likulli haulin, wa hal kullun mawaddatuhu taduumu", kasih sayangnya (manusia) selalu kekal untuk segala hal yang menakutkan, dan apakah setiap orang itu kasih sayangnya selalu kekal. (Jawaahirul Balaaghah:407).
Hadis dari sini

Sunday, October 23, 2011

yahuuuuu!!!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/23/2011 10:24:00 PM 0 comments Links to this post
Hah, berjaya! Berjaya keluar date! Yahuuuuu! Tapi...

Ahh..takde tapi-tapi. Tetap seronok jugak! Hee~dan ada lagi satu perkara yang membuatkan aku senyum sampai ke telinga. Hmm...tunggulah tahun depan (n_n)

Wednesday, October 19, 2011

bila nak keluar ni?!!

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/19/2011 02:54:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.






The dream : I'm dying to make my own Tiramisu
The reality: The ingredients can't be found here

I'm counting the days, when la I can meet him. Since I'm going to drag him to Giant at Kesang Laut because, Econsave lack of baking ingredients make me see it no more than a normal grocery. They don't provide cream cheese, tiramisu biscuits, mascarpone, mozzarella and whipping cream. The bakery here also doesn't have bread improver and bread softener. So, the best way to get baking ingredient is at Giant Kesang Laut! But I have to wait until Wan came here and take me out first. Since my father seems like he doesn't ever want to go there.


Oh yes, I'm also dying to bake this also. It's one of my favourite and even my family doesn't eat cheese (muak katanyer) it's ok. Still have my aunt next door (n_n)




Monday, October 17, 2011

Apa nak jadi manusia hari ini?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/17/2011 08:50:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.






Korang semua tengok tak Berita Utama kat TV3 tadi? Highlight pasal kes seorang kanak-kanak di China, kakinya digilis lori, dan kemudian lori tersebut tidak berhenti. Saat kanak-kanak perempuan itu hampir nyawa-nyawa ikan, beberapa orang ramai yang lalu lalang nampak, tapi tidak berbuat apa-apa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku!

Kisah tidak terhenti di situ. Datang lagi sebuah lori, dan kaki kanak-kanak itu digilis sekali lagi. Untuk beberapa ketika, tiada sesiapa datang menolong sehinggalah seorang wanita mengalihkan kanak-kanak itu. Dan ketika itulah ibu kanak-kanak tersebut berlari mendapatkan anaknya.

Kanak-kanak itu kini terlantar dan harapan untuknya hidup amat tipis kerana mengalami masalah kehilangan darah.

Tapi bila melihat senario tadi...aku terfikir semula. Sedangkan bayi pun diorang boleh makan untuk buat sup, apatah lagi melihat seorang kanak-kanak yang kena langgar?

Apa bezanya dengan negara kita? Ingat lagi seorang laki-laki memukul kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun? Nama kanak-kanak itu Syafie Humairah. Lelaki itu seorang pemandu teksi, memukul anak kepada kekasihnya. Orang ramai hanya menegah, sekadar berkata-kata. Tiada tindakan lebih lanjut diambil. Kanak-kanak itu meninggal.

Aku sendiri pernah mengalaminya. Ketika itu aku kemalangan menaiki motor bersama seorang rakan. Setelah merempuh divider, rakanku yang masih boleh bangun segera menahan kenderaan lalu-lalang. Namun sukar untuk kenderaan berhenti. Hinggalah beberapa minit kemudian sebuah motosikal berhenti, dan Alhamdulillah barulah beberapa buah kenderaan lain berhenti.


Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”
(Muslim)

Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri mengangkat tangan dan memberi salam tatkala melepasi kumpulan kanak-kanak, sebagai tanda hormat dan kasih baginda kepada mereka, kenapa pula kita sebagai umatnya, harus berkelakuan kejam terhadap mereka?

Sunday, October 16, 2011

Japanese Croquette

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/16/2011 10:56:00 PM 0 comments Links to this post
Assalammualaikum w.b.t.







After the sleepless night I've been through, I get all tired up during the day. Watching My Boss My Hero, seeing them eating croquette in one of those episode, suddenly I feel the urge to try it. Before this I used to eat them, then I start to think back...ingredient is...minced beef. I was thinking, where do they get the beef? How do they get it?

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri. Resepinya aku cari dekat internet. Gugel punya gugel, Alhamdulillah, jumpa jugak.







Bahan-bahannya:
Sepotong Basmalah
5 biji kentang saiz sederhana
Tuna dalam air (hehe tuna in water)
2 sudu besar mayonis
Satu labu bawang merah, cincang
Sedikit garam dan lada sulah
Tepung gandum
Putih telur
Serbuk roti

Cara-caranya:

1. Rebus kentang. Lepas tu kopek kulitnya dan hancurkan dengan garfu. Heheh tips bibik? Bibik ada lesung batu, jadi lagi halus la hasilnya.

2. Lepas tu campak (baca : masukkan satu-satu) mayonis, bawang cincang, garam dan lada sulah serta tuna. Gaul rata dan kepal ikut suka. Jenis bebetul Jepun punya, besar penumbuk kot. Aku punya versi, saiz begedel jek.

3. Panaskan minyak. Bebola kentang yang siap digentel tu, salutkan dengan tepung gandum, celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti. Lepas tu, bolehlah digoreng seperti naget biasa.


InsyaAllah, rasa sedap. Bergantung pada tuna yang kita letak jugak. Ada orang bagi daging cincang, ayam dan biarkan kosong pun ada. Bergantung pada citarasa masing-masing.


Sekian resepi bibik. Haha bibik rajin ye kebelakangan ni, memasak. Berazam mau jadik suri rumah berjaya kekdahnya ;)


Allah berfirman dalam surat Al Baqarah 172: "Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik."

Thursday, October 13, 2011

manfaat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/13/2011 01:39:00 PM 0 comments Links to this post





Group facebook untuk budak-budak course aku ada berita tergempar. Tahun ni tak ada panggilan kerja dan untuk pemegang biasiswa, kontrak akan dilupuskan kalau dalam masa 2 tahun tak ada panggilan. Mak haih, boleh tak mereka berfikiran terbuka sikit mengenai nasib kitorang nih. Dah la bukak tawaran KPLI la bagai dekat penganggur terhormat yang tak dapat kerja lagi, lepas tu yang berada dalam jurusan yang sepatutnya, tak nak bagi peluang. Fuh...

Macam ni, sementara masih free dan aku pun mungkin tak jadik ke Penang. Apa taknya, nak sambung belajar, kang kena panggil. Tak memasal tergendala plak rancangan master aku. Kalau tak sambung belajar, kena kerja. Jadi, kita mohon kerja. Dan bila sedang menunggu, kita enjoy dulu. Yahuuu!



*gambar di atas dapat dari DeviantArt (n_n)

Tuesday, October 11, 2011

Hurry Juddies

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/11/2011 10:21:00 AM 0 comments Links to this post



I'm free!!! Now that I don't work anymore, officially yesterday is my last day working, so I've been enjoying my free time online and cooking and watching telly (few things that I missed the most because been very busy working).

Recently my friends from the company were celebrating my birthday. Thank you soooo much guys. Eventhough it was a simple celebration, but still I love it very much. It is also part of the Jamuan Perpisahan. Unfortunately (so many unfortunate events lately) the boss (the one who's asking us to bring bla bla bla) unable to come since he's with his family at Malacca, we're taking the pleasure ourselves.

Azite brought fried mee and some tempura nuggets, Asyraf bring friend fried chicken yang sungguh sungguh sungguh sedap! The fried chicken was one of my fav since every lunch time I used to go to the same kedai to buy nasi bungkus and friend chicken and sambal padang. Nazri, on the other hand, brought simple dishes such as currypuff and nagasari (a traditional kueh with fresh bananas as the filling). And some brings snacks which we've been continue eating the next day (Farah and Ahdwa). Me?






Trifle je. Sebab beberapa hari sebelum tu aku ada bawak trifle 4 bijik dari rumah, tapi Asyraf dapat makan sebekas jek. Lagi 3 bekas Nazri bawak balik. Hukhuk. Masing-masing tak puas so aku bawak lagi dan semua pun bawak balik jugak.






Seperti aku dengan Quraishah dulu, last day ofworking together we must have an ice-cream. It's like a tradition I've been creating to myself. 2 orang ni antara the coolest people I've ever met! Almaklumlah, kedua-duanya muda mudi dengan perangai yang agak gila-gila. Nak tahu betapa gilanya diorang?








Perasan tak model dekat 'Air Batu' tu? Ha, itulah dia! Haha, takde lah. Yang poyo puyu ni Nazri. Agak malu-malu kocheng nak bergambar kunun. Walhal masa duty dengan aku, elok jek amik gamba comel sendiri kat phone dia.

On the picture above, he's counting and checking the usage of the cigarettes and tobacco. FYI, the percentage of tar in every 'Menthol' and 'Light' cigars is lower than the usual cigars (usually in red packet). So if your father/brother/boyfriend/friends do smoke, ask them to change from Dunhill/Winston/Sempoerna Red to Dunhill/Winston/Sempoerna Light or Menthol. At least they may reduce the amount of tar that have been taking.








Wawa. Very happening person and also, the energetic one too. Ada lagi sorang yang energetic jugak. Mamat kat bawah ni.








Masing-masing nak jadik model untuk barangan 'kesihatan'. Ada lagi gambar diorang dengan pose macam-macam (termasuklah barangan macam-macam) tapi kena censored dulu. Miss you guys very the much! Mungkin lain kali kita boleh pergi k-box sama-sama untuk test suara, tapi tunggu u'all gaji dulu la haha.






Teruskan bermodel...
































Kisah gembira dah tamat satu bab. Lepas ni bukak bab lain pulak (n_n)

how to tackle your in-laws : trifle

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/11/2011 09:49:00 AM 0 comments Links to this post
Recently I've been dying to try out as much dessert as I like. But somehow, it always turn out to be cubajaya since I'm a total zero in cooking and that I'm following hundred percent from the recipe. Few of the recipes that I've been collecting from my friends really working out very well. You know the kinda person that giving compliment and asking for the recipe and try it out and then making money out of it..yup, it's me!

Few recipes that I've been trying and making a big success is basically...puddings! I love pudding very much. And I think that the simplest way to tackle your family, friends, husband and in-laws is through the perut! And dessert is like the best. I think it's better giving out something simple, first, then comes the main meal and so on.







Trifle.
Simple, taste good.

Bahan-bahannya:
Swiss roll (pandan/strawberry/vanilla) ataupun kek buku yang biasa (coklat/vanilla)

4 sdb tepung kastard (aku pakai Bird's custard)
1 tin susu cair
1 tin air
4 sdb gula pasir

13g serbuk agar-agar/jeli (aku pakai Nona)
250g/ 1 cawan gula pasir
1 liter air

1 tin laici
1 tin buah-buahan campuran


Cara-caranya:




Potong kek gulung dengan tebal 1 inci ke 1 1/2 inci dan susun dalam mangkuk kaserol ataupun dalam cawan cantik macam dalam gambar (di atas).

Laici dan buahan-buahan campuran diasingkan dari airnya. Air buahan campuran dan laici disiram atas kek gulung. Pastikan kek gulung basah.





Masakkan campuran tepung kastard, air, susu cair dan gula. Masakkan sampai pekat dan mendidih dan terus dituangkan ke atas susunan kek lapis.












Susunkan laici dan buahan campuran di atas lapisan kastard.












Dalam periuk lain, kacau serbuk agar-agar, air (ikut sukatan pada pek agar-agar/ jeli) dan gula sampai larut. Kemudian, baru masakkan atas api sampai mendidih. Dan terus tuangkan di atas lapisan buah-buahan tadi.










Let it chilled in a freezer for half an hour and then enjoy it with a scoop of ice-cream or just have it like that.











Yum yum~

Thursday, October 6, 2011

because we're different

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/06/2011 04:51:00 PM 0 comments Links to this post
Oh, i'm such a tearjerker! And for him, unfortunately he's not in the same interest as mine. So, just be it.



A walk to remember




Trust me, the book or the novel, both of it succesfully made me cry a river. The book is better than the play, for sure. Everytime i ask Wan to watch the movie with me (thinking that he will never ever ever read the book), he usually have something to come up with. Like going out, watching other movies...he, on the contrary..love something like this




Hantu kak limah balik rumah




0r this...


Hantu bonceng





So it's quite hard bringing him to movie because, technically we've got our own taste. Literally then we're just end up wandering around the shopping complex or worse, on the road. As for me, being tearjerker on such movie never give any problem. Others that i'm willing to spent my box of tissue are...



Windstruck




Romantic and die...i love that idea. But somehow i'd never hope it come to alive, if you know what i mean. The 'Stay' song from Maurice William being played like 2 3 times in this song makes me wanna dance in the rain too~



Titanic




Even though i've watched this hundred times but still, tears still rolling down from my eyes each time I saw Rose's holding the blue pendant that holds the memory between her, Jack and Titanic. One of my friends' once told me this '...tengok cerita Titanic? Lepas tu nangis-nangis...' I guess his girlfriend and I are just in the same condition where we're going crazy nangis tarik-tarik rambut dan tumbuk dada..nah, u'uh.

The best of differences is that we're able to learn and accept something new.