Sunday, October 30, 2011
How to tackle your in-laws : jemput-jemput a.k.a. cucur cendawan
Assalammualaikum w.b.t.
Shitake mushroom. Sedap dan aku sangat sukakannya. Pertama kali aku makan cendawan goreng, Kak Mun gunakan cendawan ni dan aku terus terpikat. Jadi, aku ubah la jadi jemput-jemput cendawan. Kalau orang kampung, biasa makan jemput-jemput ikan bilis. Aku pernah makan dekat rumah seorang rakan, dia hidangkan jemput-jemput. Tapi dia blender bawang, bilis sampai lumat. Aku lebih suka kalau nampak 'bahannya'.
Sarapan orang kampung yang ini meeeeemang aku suka. Selain dari penuh kolestrol dek penggunaan minyak untuk menggoreng, ia juga sedap dan cepat disediakan.
Bahan-bahannya:
70g cendawan shitake - potong dadu
2 labu bawang sebar - hiris halus
50g ikan bilis
50g daun kucai - hiris sepanjang 1 inci
200g tepung gandum
Garam secubit rasa
Air
*jika suka, boleh la tambah serbuk penaik
Cara-caranya :
1. Semua bahan-bahan tu masuk dalam satu mangkuk. Mulakan dengan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul bancuhan. Bancuhan tidak boleh digaul terlalu lama kerana boleh membuatkan cucur menjadi liat.
2. Lepas tu, goreng dalam minyak sampai masak. Toskan dan hidang untuk minum petang atau sarapan pagi.
Haaa...hasilnya? Hehe maaflah, buaya kan banyak. Haruslah buaya yang tulis blog ni sekali pun turut serta makan-makan supaya tidak ketinggalan.
Kalau mak-mak mertua makan, lepas tu hidang dengan sambal kicap..perghh! Haha poyo pula rasanya. Nyam nyam..
Categories
how to tackle your in-laws
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment