.

seposen untuk Porsche

Monday, October 17, 2011

Apa nak jadi manusia hari ini?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/17/2011 08:50:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.






Korang semua tengok tak Berita Utama kat TV3 tadi? Highlight pasal kes seorang kanak-kanak di China, kakinya digilis lori, dan kemudian lori tersebut tidak berhenti. Saat kanak-kanak perempuan itu hampir nyawa-nyawa ikan, beberapa orang ramai yang lalu lalang nampak, tapi tidak berbuat apa-apa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku!

Kisah tidak terhenti di situ. Datang lagi sebuah lori, dan kaki kanak-kanak itu digilis sekali lagi. Untuk beberapa ketika, tiada sesiapa datang menolong sehinggalah seorang wanita mengalihkan kanak-kanak itu. Dan ketika itulah ibu kanak-kanak tersebut berlari mendapatkan anaknya.

Kanak-kanak itu kini terlantar dan harapan untuknya hidup amat tipis kerana mengalami masalah kehilangan darah.

Tapi bila melihat senario tadi...aku terfikir semula. Sedangkan bayi pun diorang boleh makan untuk buat sup, apatah lagi melihat seorang kanak-kanak yang kena langgar?

Apa bezanya dengan negara kita? Ingat lagi seorang laki-laki memukul kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun? Nama kanak-kanak itu Syafie Humairah. Lelaki itu seorang pemandu teksi, memukul anak kepada kekasihnya. Orang ramai hanya menegah, sekadar berkata-kata. Tiada tindakan lebih lanjut diambil. Kanak-kanak itu meninggal.

Aku sendiri pernah mengalaminya. Ketika itu aku kemalangan menaiki motor bersama seorang rakan. Setelah merempuh divider, rakanku yang masih boleh bangun segera menahan kenderaan lalu-lalang. Namun sukar untuk kenderaan berhenti. Hinggalah beberapa minit kemudian sebuah motosikal berhenti, dan Alhamdulillah barulah beberapa buah kenderaan lain berhenti.


Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”
(Muslim)

Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri mengangkat tangan dan memberi salam tatkala melepasi kumpulan kanak-kanak, sebagai tanda hormat dan kasih baginda kepada mereka, kenapa pula kita sebagai umatnya, harus berkelakuan kejam terhadap mereka?

0 comments: