.

seposen untuk Porsche

Tuesday, October 25, 2011

Wahai gadis, peliharalah status Facebookmu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/25/2011 01:34:00 AM




Assalammualaikum w.b.t.

Aku sekadar mahu menegur sesetengah anak gadis yang menggunakan Facebook untuk menunjukkan rasa kasih sayang mereka terhadap seorang yang bukan muhrim, hanyalah kekasih. Namun kata-kata yang digunakan bagi aku, agak terlalu romantis dan tidak manis.

Iya, memang betul, tidak salah anda mahu menunjukkan kasih sayang anda terhadap si dia sampai membuat pengumuman anda cintakan dia sesungguhnya dan terus letak gambar dia sebesar-besar alam kalau boleh. Namun anda harus ingat, Islam ada batasnya. Maniskah kalau sekadar berpasangan sudah mahu menggelar 'hubby' , 'papa-mama' dan semua rakan boleh membacanya pula? Kemudian gambar berpelukan dan berpegangan tangan dimuat naik pula. Sudahnya yang melihatnya mendapat dosa syubhah..

Baiklah,jika anda romantis. Biarlah anda dan pasangan anda sahaja yang tahu. Sekali dua itu tidak mengapa, boleh dianggap bergurau sekadar menceriakan hati. Namun jika sudah kerapkali, ada sahaja pihak yang kurang senang seperti saya. Bukan kurang senang kerana cemburu mahu menjatuhkan, tetapi kurang senang kerana kita seagama, saudara seIslam. Sama-sama perempuan, anak dara, gadis. Sedangkan yang berkahwin pun tidak tentu mahu menunjukkan kemesraan melampau bertukar-tukar status madah cinta di alam maya, inikan pula kita yang belum ada ikatan. Saya segan melihatnya. Maaflah...

Ini untuk kebaikan bersama. Peringatan buat saya dan semua anak gadis Islam yang mempunyai kekasih hati. Besederhanalah dalam apa jua. Mahupun berkasih. Sedangkan dalam beribadah pun dilarang berlebih-lebihan. Jadi apa pula dalil kita untuk berlebih-lebihan dalam berkasih tanpa ikatan yang sah?

Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu wa Taala beberapa kali telah memberi amaran kepada ahli-kitab agar tidak berlebih-lebihan dalam agama mereka iaitu menambah-nambahkan perkara yang tiada. (Surah Al-Maidah : 77 dan An-Nisa :171). Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang umatnya dari bersikap berlebih-lebihan dalam agama. Dalam sebuah hadisnya Rasulullah SAW berpesan yang bermaksud : “Jauhilah oleh kalian akan sikap berlebihan dalam agama kerana binasanya umat terdahulu adalah kerana sikap melampaui batas dalam agama” (Sahihah no. 1283).

sumber di sini


"mawaddatuhu taduumu likulli haulin, wa hal kullun mawaddatuhu taduumu", kasih sayangnya (manusia) selalu kekal untuk segala hal yang menakutkan, dan apakah setiap orang itu kasih sayangnya selalu kekal. (Jawaahirul Balaaghah:407).
Hadis dari sini

0 comments: