.

seposen untuk Porsche

Wednesday, April 28, 2010

oh! hahaha

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/28/2010 11:28:00 PM 1 comments
sayatetapsaya betul

korang penggemar buah pisang?


teringin nak buat dengan kekasih macam ni?



suke penguin? kalau suke, cepat nangis!



sedangkan Tweety pun tahu tua, apatah lagi Nobita yang dari dulu sampai sekarang pemalas tuh, pastu muda manjang..


pernah tengok arca ni diukir kan? even dalam anime Naruto pun mereka amik benda ni



tapi kita sedar tak apa yang ada disebalik ukiran nih?



Pingu ditemui di Malaysia! kat stesen minyak je pun



dan banyak lagi entri kelakar giloss kat sini (n_n)

Saturday, April 24, 2010

asrama

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/24/2010 12:41:00 PM 1 comments
sayatetapsaya betul

'korang nanti nak tido, pakai skarf (anak tudung) tu dengan stokin tau,' beritahu akak senior tu. kami ahli dorm tercengang. berpandangan satu sama lain.
'kenapa lak?'
'sebab ye la kan..duk kat asrama ni..macam-macam benda nak ganggu kite..kite kena la sediakan langkah awal nak protect..' beritahu akak senior tu sejibik-sejibik. masing-masing dengar mulut ternganga.
'kan kita tau, benda tu masuk ade 3 cara, keluar pun ade 3 cara. ikut kaki, mulut dengan kepala. jadik, dari korang tak tentu pasal kene kacau. ikut je la bla..bla..bla...' lembut aje penerangannya.

siot jek takutkan kitorang dengan cerita-cerita hantu yang jadik kat asrama tu. malam tu,satu dorm pakai macam tu. hodohnye tak payah kata la, dah la kene pakai anak tudung terbalik (bukan pakai kat muke atau bawah dagu plak sebab aku cakap terbalik, tapi pakai dengan jahitannya di luar-masih lagi di atas kepala). lepas tu,kau sarung stokin plak. semuanya kecut punya pasal. lepas tu bangun pagi menggeragau carik anak tudung sebab nak pakai dengan tudung. dah tertukar-tukar. sebab tercabut mase tido (dulu tido 2 katil 3 orang. kan dah kata, pengecut)

dekat setahun buat benda ni. sampai habis form 4. tapi, aku masuk penggal kedua, aku dah tak buat dah sebab malas. tapi kawan aku sorang ni, Fadzilah nama die. dia pakai sampai abes form 4. die kata 'mencegah itu lebih baik dari merawat'. tak bole blah

perkara ni aku ceritakan dekat emak waktu da abes Teknik dulu. mak aku bantai la gelak. dia kata
'kakak...kakak..ko kene tipu ni..mana ada orang pakai macam tu...' lepas tu mak aku sambung gelak lagi. pastu bila aku fikir-fikir balik...
huwaaa!!!!!!

p/s: sampai sekarang senior F12 tu aku takleh lupe. menyampah!

Friday, April 23, 2010

saye suprise mak surprise

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/23/2010 07:51:00 PM 1 comments
sayatetapsaya betul

malam tadi bertolak dari stesen bas Sg. Nibong, Penang. pagi ni, taraa!!! aku dah ade kat Segamat. tersengih sorang2 mengingatkan rancangan dalam hati. camne la reaksi mak aku kang bila aku ketuk pintu dan sebut 'surprise!!!' kat mak. hik hik pasti bliau terkejut kerana anaknya pulang tiba-tiba.

dalam teksi, hati kecil menyanyi riang..(ayat skema bole jumpe kat novel). hari sabtu pagi, bandar Segamat sunyi lagi, baru pukul sembilan kot. aku jenguk beg. raba-raba isinya. excited ni nak buat surprise. tak penah-penah aku balik penang tak bagitau.

lebih kurang setengah jam, teksi sampai depan rumah. tapi aku mula musykil. tertutup aje tingkapnye. waktu ni memang besenya makhluk dalam rumah da bangun, melakukan aktiviti masing-masing. aku turun teksi, bayar dan teksi terus blah. ok,kereta takde. pergi pasar kot.

'Assalammualaikum!!'

sekali,dua kali. takde orang jawab. aku pusing belakang rumah. kandang Pusi berkunci. mengiau-ngiau kucing tu nampak tuannya. hmm..aku capai phone.

'mak, kat mane?'
'mana salam kau? mak kat Johor ni,umah Pak Long, buat keje kawin..kan Kak Sarin mantu..'
'JB?'
'dah tu, Pak Long kau kat mane lagi? kau kat mane ni?'
'orang...depan umah dah ni..'
'ha? eh..bang, kakak balik bang,' terdengar sayup-sayup mak jerit kat abah...
aku. blur.

surprise tak menjadi. tengahari tu, aku ambik bas pergi JB. penat woh!

Thursday, April 15, 2010

eee..kenapa lepaskan peluang

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/15/2010 08:03:00 PM 0 comments
sayatetapsaya betul

'sori babe, walaupun elaun aku masuk beratus, tapi aku kan pemboros. abes da, tak sempat belanja,'
'abes? kau buat beli ape?'
'jacket..hehe. pagi tu aku bawak keluar dua rat, balik bilik tinggal seploh hengget jek.'
'jacket? ko dapat ke pergi new zealand tu?'
'tak...tak mohon pun...'

hah, lepas tu mula la episod luahan perasaan. kenapa aku tak pergi..peluang datang sekali jek. kalau nak tunggu akan datang pergi oversea, susah la nak dapat. bila dah kerja, mungkin bajet itu ini dengan busy lagi. kalau da kawen plak, dapat laki yang elok, tak kisah isteri pergi jauh-jauh, ok gak. tapi kalau dapat laki yang jenis straight skit...ko pepaham la kan..

ok, pergi oversea memang seronok. tapi kalau ikut akal aku yang waras ni, aku nak. memang nak. tapi kene fikir..fikir panjang. pergi oversea setakat 2 bulan buat praktikal, sambung kat sini 2 bulan. then mase cuti sem, kene amik kursus jangka pendek untuk memastikan tak extend lagi satu sem.

lagipun, ape kene mengena laki aku dalam hal ni? laki kata tak boleh..tak boleh la jawabnye. opps..jalan hidup saya jauh lagi ye. u never know ape yang akan jadik. so, jangan cuba-cuba predict masa depan orang lain. jauh betul member aku sorang ni berfikir, sampai ke alam berumahtangga.

ape pun, aku ada alasan tersendiri untuk tak join praktikal kat new zealand ni. peluang tu, sentiasa ada kalau kita cari. orang malas je yang peluang untuk mereka, datang sekali-sekala.

Monday, April 12, 2010

customer hampeh

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/12/2010 05:25:00 PM 2 comments
sayatetapsaya betul

situasi : kedai
mood : ~tercengang~

muke tunduk, bace majalah Ujang yang membuatkan aku sengih sorang-sorang macam orang gila. tetiba, beberapa ketul roti gardenia tergolek atas meja. aku terus capai..dan scan
tet
tet
tet
tet
'dua ringgit pat posen' kataku. tak tengok langsung customer.
'err..jap, campur yang ni berape?'
pandangan dari skrin komputer beralih ke meja. aku angkat kening, tergolek 4 ketul roti gardenia tadi. aku toleh belah kiri kanan meja. barang ape?
'ni haa..'
aku angkat muka.
KURANG HASAM! mamat tu tunjuk aku plak. dua tiga orang kawannya kat belakang gelak-gelak. terus dia campak dua ringgit empat puluh sen dan blah dari tempat kejadian.

Thursday, April 8, 2010

brave heart

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/08/2010 12:34:00 AM 0 comments
sayatetapsaya betul

i know this girl
she's cute, fun
a brave girl
with a lots of smile on her face
when everybody's cry for something that they lost, she's there to make them smile
when she lost something,
and everyone cries for her
she still smile
she's brave
for a girl,
for a ladies
for a daughter
for a sister
she's brave
strong outside
she's brave inside
i know u are..
i know
just, don't be too strong
it'll hurt me
to see u smile
when the time
u should cry
and now
u laugh
when i'm crying
of you lost
someone u love so much..

Saturday, April 3, 2010

pasal kawan

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/03/2010 07:06:00 PM 2 comments
sayatetapsaya betul

bangun dari tidur pukul 5.58 petang, Noni mesej, 'Kau pergi keje tak?'. baru teringat yang shift aku dah masuk sejam yang lepas. terus aku kata, hujan. kalau ujan berenti, aku datang. sementara tu, kedai tutup dulu. Aku toleh sebelah aku, rumet tergolek dog. letih la tu. tiba-tiba, aku terus rasa sunyi.

biasanya, hari sabtu aku memang pack nak mati. apa taknya, bangun pukul 5 pagi, siap-siap untuk pergi Latihan Mingguan la, sepanjang hari kau duk berlengas dalam peluh sampai pukul 5 atau 6 petang. sampai-sampai bilik, semua tergolek dulu. dalam pukul 7 lebih baru bangun, solat dan terus pecut ke pasar malam isi perut. malamnya pulak kalau nasib baik, boleh la rehat kat bilik siapkan esemen ke..layan movie ke..keluar ke.. kalau nasib tak berapa baik macam masa zaman kadet dulu, tiap-tiap malam sabtu diorang bantai bagi roll-call. penatnya masa tu, Tuhan je yang tau. tapi itu dulu.

lepas tu, hari isnin, rabu dengan khamis pun letih jugak. hari isnin dengan khamis petang ada Aktiviti Petang pulak. aktiviti ni kalau kena gayanya, setakat lari round-round kampus je la. paling-paling kurang, main bola tampar, bola jaring dengan futsal. tapi kalau turun pegawai yang tak berapa masak sikit tu, mula la dia bagi punishment macam-macam. alasannye nak tengok kitorang fit ke tak. mananya tak fit bila kau kena guling la, starjump la, jumping jack la, kerbau pendek la, start pukul lima sampai pukul 8 malam plak tu. elok je 2 jam akan jadik 3 jam latihan petang. balik bilik, letih. tapi letih-letih pun, malam tu boleh fight lagi pergi group discussion la, ready untuk test esok la, buat assignment la. tapi itu dulu..

pagi rabu selalu bikin kacau. buat insan-insan stok membuta bangun sampai matahari dah segalah tu, memang adventure nak suruh diorang bangun pukul 5 pagi. lepas subuh jek, dalam pukul 6.15 camtu trus pergi padang kawad sebab ade Baris Pagi. kitorang panggil M.I jek. lepas tu sekor-sekor datang pagi tu dengan mata lebam. ngantuk lagi. dulu zaman kadet dengan junior mids, memang pagi-pagi buta kau da berpeluh buat punishment. biasanya dapat la 2 set sebelum start mi, da abes check baris kang, dapat lagi 2 set. pukul 8 mi abes, sume pergi kelas. letih sebab tido malam tu komfem2 la area 12 atau 2 pagi baru lelap, lepas tu kena bangun pagi, pergi MI. kalau kelas pukul 9 start, ada la 2 pilihan. ponteng atau pergi kelas. kalau aku dulu, ponteng. kuasa aku nak pergi kelas, baek aku sambung tido. tahun 1 kat usm, ade la beberapa kali jek aku g kelas pagi rabu, lain sume terkubur bawah selimut. hehe.

masa yang free cuma hari selasa dengan ahad. malam jumaat selalu ada Rounds atau Lawatan Malam. bilik kena pastikan tip top tahap kebersihan tu. jangan main-main, diorang jumpe habuk atau selai jek rambut gugur, berpeluh kau malam tu. bukan kau je, dengan satu intake kau berpeluh. sesak tak sesaknye hidup kalau da tiba ari jumaat ngan sabtu tu. dah la kau kena berdiri lame-lame dalam bilik, tunggu pegawai datang. ade yang detect kau duduk jek, kau berpeluh dulu dalam bilik sebelum kena ramai-ramai. tapi aku dulu duduk jek, kadang-kadang tu makan dulu buah, sambil kunyah, sorang jaga pintu bilik kot-kot la senior da sampai. lepas tu buah tak abes, main campak jek buah tu ikut tingkap.

naik midshipment tahun 3, baru terasa biasa dengan jadual ni. so, bila tiba hari sabtu, automatically akan full. dan bila takde apa-apa, rasa bosan gila. pagi tu bole hadap lagi, da masuk lepas lunch ke petang, rasa bosan. aku punya effect lagi cepat, bangun pagi sabtu tanpa training jek terus rasa bosan. sebab biasanya rancang hari ahad untuk bergonjengan. tapi bila ade 2 hari free, takkan nak 2-2 ari gonjeng. mau kayap poket.

so, ari ni bila kami berpeluang jumpe untuk kali terakhir sebelum tauliah kang, peluang tu digunakan sebaik mungkin. cuma masih ade beberapa orang yang tak dapat datang. nak wat caner kan? seronok, siap bakar ayam, goreng bihun, ade sambal lagik. memang aku, sepanjang 3 tahun kat usm ni, kengkawan aku paling2 rapat pun dalam Navy ni la. memang la ade mulut kata aku tak berkembang, kawan dengan dak Palap jek. abes tu, da susah senang bersama. kengkawan lain tu, yang senang bersama ramai la, susah sama-sama tu..ade. tapi susah la nak jumpa. so, ape yang ada ni baik aku hargai betul-betul.

pernah aku bayangkan sem depan tanpa diorang, ni sem last bagi yang 3 tahun, course aku 4 tahun. berat jugak. sebab dah biasa kot. tiap-tiap kali bukak sem akan ada acara makan semeja satu intake. dengan sambutan besday yang horror gila! rasa macam tak puas pulak dengan diorang ni. aku tak tau la aku yang feeling lebey-lebey ke ape, tapi memang aku akan rindukan diorang la. bebudak trans memang la 4 tahun gak, tapi...memang susah la kau nak jumpa balik bila da takde Navy ni.

9am in the morning


best buddies dua orang ni buat peace. heh, kalau terlanggar divider tu, tak la aman sangat kot~


ok, mandi-mandi is the most exiciting activity of the day! kedalaman air -2 meter


makan also part of the exciting activity, thanks to bbq-er Porke, Bibi..k, Arfa and sape lagi ntah


aktiviti wajib, terjun!


after fully dressed, camwhore dlu


going back home..


korang memang tak cun, hensem pun tak, bajet je lebih- orang kata.
korang best, cheerful, kacak, giloss cun! -aku kata

malam sebelumnya, aku jumpe dengan dua orang buddies aku zaman-zaman sekolah menengah dulu. yang ni takmau cerita lanjut. sebab diorang bitau aku aweks-aweks mereka tak senang aku cun sangat heh perasan! overall, it was a fun weekend (n_n)

peace! u guys in my blog!