.

seposen untuk Porsche

Saturday, April 24, 2010

asrama

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/24/2010 12:41:00 PM
sayatetapsaya betul

'korang nanti nak tido, pakai skarf (anak tudung) tu dengan stokin tau,' beritahu akak senior tu. kami ahli dorm tercengang. berpandangan satu sama lain.
'kenapa lak?'
'sebab ye la kan..duk kat asrama ni..macam-macam benda nak ganggu kite..kite kena la sediakan langkah awal nak protect..' beritahu akak senior tu sejibik-sejibik. masing-masing dengar mulut ternganga.
'kan kita tau, benda tu masuk ade 3 cara, keluar pun ade 3 cara. ikut kaki, mulut dengan kepala. jadik, dari korang tak tentu pasal kene kacau. ikut je la bla..bla..bla...' lembut aje penerangannya.

siot jek takutkan kitorang dengan cerita-cerita hantu yang jadik kat asrama tu. malam tu,satu dorm pakai macam tu. hodohnye tak payah kata la, dah la kene pakai anak tudung terbalik (bukan pakai kat muke atau bawah dagu plak sebab aku cakap terbalik, tapi pakai dengan jahitannya di luar-masih lagi di atas kepala). lepas tu,kau sarung stokin plak. semuanya kecut punya pasal. lepas tu bangun pagi menggeragau carik anak tudung sebab nak pakai dengan tudung. dah tertukar-tukar. sebab tercabut mase tido (dulu tido 2 katil 3 orang. kan dah kata, pengecut)

dekat setahun buat benda ni. sampai habis form 4. tapi, aku masuk penggal kedua, aku dah tak buat dah sebab malas. tapi kawan aku sorang ni, Fadzilah nama die. dia pakai sampai abes form 4. die kata 'mencegah itu lebih baik dari merawat'. tak bole blah

perkara ni aku ceritakan dekat emak waktu da abes Teknik dulu. mak aku bantai la gelak. dia kata
'kakak...kakak..ko kene tipu ni..mana ada orang pakai macam tu...' lepas tu mak aku sambung gelak lagi. pastu bila aku fikir-fikir balik...
huwaaa!!!!!!

p/s: sampai sekarang senior F12 tu aku takleh lupe. menyampah!

1 comments:

ais50sen on April 26, 2010 at 3:25 AM said...

teknik amik kos ape ?
mcm mn blh teramik tessol ney...?