.

seposen untuk Porsche

Friday, April 23, 2010

saye suprise mak surprise

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 4/23/2010 07:51:00 PM
sayatetapsaya betul

malam tadi bertolak dari stesen bas Sg. Nibong, Penang. pagi ni, taraa!!! aku dah ade kat Segamat. tersengih sorang2 mengingatkan rancangan dalam hati. camne la reaksi mak aku kang bila aku ketuk pintu dan sebut 'surprise!!!' kat mak. hik hik pasti bliau terkejut kerana anaknya pulang tiba-tiba.

dalam teksi, hati kecil menyanyi riang..(ayat skema bole jumpe kat novel). hari sabtu pagi, bandar Segamat sunyi lagi, baru pukul sembilan kot. aku jenguk beg. raba-raba isinya. excited ni nak buat surprise. tak penah-penah aku balik penang tak bagitau.

lebih kurang setengah jam, teksi sampai depan rumah. tapi aku mula musykil. tertutup aje tingkapnye. waktu ni memang besenya makhluk dalam rumah da bangun, melakukan aktiviti masing-masing. aku turun teksi, bayar dan teksi terus blah. ok,kereta takde. pergi pasar kot.

'Assalammualaikum!!'

sekali,dua kali. takde orang jawab. aku pusing belakang rumah. kandang Pusi berkunci. mengiau-ngiau kucing tu nampak tuannya. hmm..aku capai phone.

'mak, kat mane?'
'mana salam kau? mak kat Johor ni,umah Pak Long, buat keje kawin..kan Kak Sarin mantu..'
'JB?'
'dah tu, Pak Long kau kat mane lagi? kau kat mane ni?'
'orang...depan umah dah ni..'
'ha? eh..bang, kakak balik bang,' terdengar sayup-sayup mak jerit kat abah...
aku. blur.

surprise tak menjadi. tengahari tu, aku ambik bas pergi JB. penat woh!

1 comments:

ais50sen on April 26, 2010 at 3:21 AM said...

sebelum nak buat surprise kn msg parent...
pancing dlu...buat2 tnye pe event diarank
mggu ney...hahaha...

pas 2 br plan "surpise"

renung2kan dan selamat beramal...;P