.

seposen untuk Porsche

Monday, October 31, 2011

PTPTN, Hutang dan Kahwin

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 10/31/2011 10:27:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.






Alhamdulillah...syukur kepadaMu yang menjadikan kuihku ini sedap. Terasa lebih sedap selepas disimpan sehari. Sebelum makan, baca Basmalah. InsyaAllah lagi terasa sedapnya. Hee~muka gembira.

Mak aku kan biasanya memang tak yakin langsung kalau aku masuk dapur, almaklumlah. Anak daranya ni gemar benar menghabiskan gas, marjerin, tepung dan kecah dapur. Dan akhirnya dia yang penat membebel. Sape suruh membebel huhu. Kalau tak sedap, kemain lagi cakap aku ni membazir duit beli barang la, kuih tak masak, pahit sangat la boleh constipation (baca : sembelit) kalau sedap sampai ke hujung kampung dicanangnya. Sabar je lah aku.

Pagi ni topik di Ikim.fm pasal hutang. Menyebut mengenai hutang, aku sedar baki hutang dengan PTPTN ada lagi 9 ribu. RM 9k ok. Boleh buat belanja kawen. Hantaran kawen kalau aku mintak banyak tu ok tak? Haha duit tu rolling la buat bayar hutang PTPTN. Eh cik Za, kata nak mintak sikit jek. Keberkatan tu penting.






Inipun mungkin pakej kat kampung kot. Tengok tang upah jurugambar tu la, aku tanya kawan aku.Tunang pun dia ambik dekat RM 1000. Huuu...mahal beb. Tunang ko ambik la gambar sendiri, lepas tu kau edit la sendiri. Jimat. Kad kawen pun sampai RM500 ke? Mak aih...kalau aku, pakai yang rezo tu jek, jimat. Hahah. Barang hantaran RM600. Ikutkan orang sekarang bagi :

Minyak wangi - RM 300
Baju, kasut, beg/tali pinggang - RM 300/RM 400
Kamera/handphone/iPad - RM 500-RM 1500

Kat situ je habis berapa dah. Tak campur buah, kek 14 tingkat, coklat Kinder Bueno KLCC..eh, itu aku punya list hahah. Itu pun dah makan ribu ribu. Botak kepala cik abang. Patut la dia kata nak kawen lagi 9 10 tahun. Hahah, dah area-area Dato K kawen la kalau macam tu.

Tang pelamin tu pulak...emm, aku tak minat (so bajet pelamin boleh masuk dekat hantaran hikhik) Mak bapak aku pulak bila aku suarakan hasrat takmau pelamin dan bersanding. Bulat-bulat mata diorang. Bapak aku berangan nak karaoke pulak. Emm..abah kawen balik la dengan mak macam tu. Haish...duit yang keluar tu, aku.







Aku teringat time abah aku dah abes bayar hutang kereta. Punyalah lega muka mak bapak aku. Malam tu terus makan best-best. Kahkahkah. Betullah kata orang, hutang ni boleh buat hati jadi runsing, fikiran tak tenang.



0 comments: