Assalammualaikum w.b.t.
Alhamdulillah..walaupun tinggal lagi dua minggu, aku masih belum buat apa-apa. Hahah. Emm..tapi banyak jugak dah masuk bahagian 60% siap. Antaranya dulang, beg cenderahati dan...itu je kot. Setakat nak sibuk-sibuk pasal pelamin, itu kan kita dah book. Pelamin, photographer, kek kahwin, umah sewa dan chocolate fountain.
Haa chocolate fountain tuh aku baru jek book. Tips penjimatan ialah korang sewa mesin tu pun dah ok. Pastu buah-buahan dan segala bahan untuk mencicah, beli sendiri. Contoh buahan yang boleh digunakan ialah epal hijau, epal merah, anggur, strawberi (kalau bajet lebih), biskut wafer plain, kek butter dan biskut jejari. If you guys were totally busy, you may take the package as well. Sewa mesin dalam RM35 je. Tapi coklat untuk dipping tu mahal gak, sekilo dalam RM45, boleh beli online.
Dulang hantaran aku d.i.y. jek. Kos semua tidak termasuk kaki dulang, polisterin, reben, span nipis, kain dan rambu-ramba mengurai ialah RM10. Idea mendulang aku search Google.
Masuk dua minggu yang terakhir ni, aku dah re-check semua yang aku booking. Pelamin, jumpe orang tu balik, bayar deposit at least 30% dari jumlah harga, then masa dia datang pasang pelamin, akan bayar up to 50%. Masa dia datang bukak pelamin, setelkan terus.
Photographer pulak dah 90% bayar, masa ambik album nanti, aku tinggal bayar lagi 10%. Kek perkahwinan pun kena telefon jugak pada si pembuat, deposit letak hari tu 50%.
Pada aku, untuk mengelakkan ke'kempis'an poket pada hari dan selepas majlis nanti, at least buatlah pembayaran untuk setiap benda yang disewa tu, 70%-80%. Nanti bakinya taklah banyak sangat nak setelkan. Ada jugak yang bayar habis, tapi bagi aku, kalau bayar habis, jika ada apa-apa yang kita tak puas hati, tak boleh nak claim balik. Baik bayaran akhir tu hold dulu.
Apa lagi ek..oh ya, untuk barang-barang dapur tu aku serahkan pada mak and bapak aku. Itu yang paling hardcore pun kalau nak aku yang buat. Barang tu akan dibeli minggu terakhir sebelum majlis. Tapi dah tempah siap-siap telur masin, ayam, daging dan beras. Tempah je, tak payah letak deposit. Barang-barang ni biasanya sentiasa ada, cuma kena pastikan pada masa tu, semuanya mesti cukup.
Kad pun dah mula pos dan edar dua minggu terakhir ni. Pos awal kang takut orang lupa.
Untuk candy buffet...aku rasa macam aku dah terlupa jek. Huu almaklumlah, relaks sangat khenn. Aku pun dah terlupa apa plak aku nak letak kat candy buffet aku tu. Mungkin akan diusahakan la untuk adakan, kalau ada. Hahah. Kalau tak, tak ada la jawabnye.
Semalam incik tunang tu mengamuk sakan siap tumbuk-tumbuk dada tarik rambut bagai. Hahakhakahkaha. Boleh dia kata pakej photographer aku mahal?! Memang aku orang kaya, ambik pakej mahal-mahal. Nak pulak dibandingkan pakej aku ngan pakej kawan dia tu. Hmmph..sebenarnya aku ni memang tak berkesempatan nak cari photographer murah-murahan, dah terang lagi nyata aku ni tidak drive. Dan pulak, photographer yang satu ni paling dekat dengan umah aku, membolehkan aku pergi kedai diorang menaiki motor tanpa perlu lesen memandu. Pakej yang aku ambik tu pun tahap 'pprt' paling murahan kat kedai tu. Selamat setengah jam pastu, dah okey hikhik.
Aiyok...apa lagi nak buat ek?
Saturday, November 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment