.

seposen untuk Porsche

Thursday, November 1, 2012

the L word

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/01/2012 10:20:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.

Pes skali bila aku invite kengkawan aku menghadiri wedding, bole plak naik status kat pesbuk yang mengguris hati. Apa-apa pun, terima kasih kepada awak kerana menyedarkan saya bahawasanya memang time-time macam ni baru saya nak ingat kengkawan lama. Sebab selama ni saya tak pernah komen status u'oll kat pesbuk, mesej-mesej ke hape..kan. Nak jumpe setiap kali raya, kuar hang out sama-sama pun tak nak dah. Mesej u'oll pun saya tak layan.

Maaflah, saya memang lupa diri.  Sangat-sangat kan? Maaflah lagi sekali. Tak datang pun takpe, saya sedar.











***

Bersawang dah rumah kedua aku ni. Dulu time blaja, kemain lagi boleh kata hari-hari datang melawat. Ini nak jenguk seminggu sekali pun payah. Heh, bukan ada follower gilababeng punya hari-hari baca pun.

Semenjak dua menjak ni..kengkadang terasa diri cam loser plak. Tak leh jadik ni, kene wat sesuatu dalam hidup. Bosan gile hidup takde benchmark. Kalau time blaja dulu bole la kejar pointer. Ini dah keje, takkan nak kejar 'pekerja cemerlang' plak. Emm...kuasa plak haku.

Malam ni ada dinner. Dinner tempat kejer aku ni tak berapa syok la. Almaklumlah kebanyakkannya pangkat mak orang. Nak melaram ikut tema 'glamorous bling-bling' pun tak berani. Tema kemain, aku nak tengok nanti orang pakai bling-bling ke tak.

Lagi sebulan lapan ari jek nak kawen. Hukhuk neves dol! Rasa dia macam ko nak makan siput gong-gong untuk first time. Ko nak makan, tapi ko takut, tapi ko nak try. Macam tu la rasanya.

Aku tengah gian nak karok. Member-member sekeje plak sume bukan kaki melalak macam aku. Dem betul la. Dulu kat uni kemain senang nak carik geng karok, tapi masa tu duit takde. Bajet ciput, karok jamban je la mampu. Skang dah ade duit, member plak takde...pekena karok 3 4 jam best jugak nih. Uishh..giannye.

***
Aku dah balik dari dinner. Serius memang hampeh! Makanan kurang syok. Udang goreng butter tapi kepala udang hitam menunjukkan udang dah lama, kambing lak overcook-daging lembut sangat. Tu je la rezeki Allah nak bagi...bersyukur dan telan je la.

Boring plak ujung-ujung minggu duk umah sewa. Macam orang tua plak rasanya. Tengok tv...takpun membuta..basuh baju..adoi, parah ni.

Hmmph...adakah aku sedang mengalami krisis pertengahan umur? Bulls***




0 comments: