.

seposen untuk Porsche

Monday, November 12, 2012

ke-Angker-an USM

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 11/12/2012 12:38:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.

Aku ni patutnye memalam gini buat keje. Tapi disebabkan sistem down, makanya aku bukak satu laman web ni lalu terbaca kisah-kisah misterius di UUM. Haa...maklum aku ni penuntut USM, makanya adalah jugak satu dua kisah yang melibatkan u aku jugak.

Dulu aku ni asal cuti sem, nak balik ke Penang tu mesti aku naik bas pagi dari Johor. Sebabnya nak naik bas belah malam, takde sapa nak mengantor aku ke bus stand Segamat. Citernya bermula bila aku sampai Butterworth pukul 7 malam. Solat and naik feri masuk pulau, sampai USM dalam kol 9 lebih camtu. Dan aku biasanya balik hari Sabtu pagi, so sampai Sabtu malam. Sila maklum kalau cuti sem, blok tempat aku menginap tu memang rata-ratanya kosong.

Nak dijadikan citer, sekali tu aku sampai memang awal la. Kul sembilan lebih aku sampai, lepas tu terus masuk bilik. Sah la aku sorang kat blok tu sebab masa tu cuti sem panjang. Aku tinggal first floor. So, sampai bilik, aku pecut g toilet nak mandi. Tengok lantai kering jek. Tandanya floor aku takde orang. Tengah aku mandi sepantas kilat tu, aku dengar orang masuk bilik air kat bahagian sinki tu. Air terbukak. Lega sikit sebab ada budak agaknya baru nak mandi. Siap2 ambik air smbayang dalam bilik mandi, aku kuar. Tengok-tengok...peh, kering jek sinki. Takde kesan orang guna. Lantai kering, cuma ada bekas tapak kaki aku je. Emm...aku pun blah secepat mungkin, masuk bilik terus tido. Dalam hati aku doa-doa, cepatla member aku sampai.

Kisah kedua plak, masa tu aku sampai USM awal..still belah malam lagik la. Aku ingat pas raya kot. Biasanya bebudak Palapes blok aku tu memang akan balik cuti. Dan bila aku sampai jek blok aku tu, aku tengok ada 2 3 lampu bilik terpasang. So aku pun...Alhamdulillah, dah ada orang dah. So aku buat biasa seperti biasa sebelum esoknya aku tanya makcik cleaner (aku rajin gak borak ngan cleaner, dulu cleaner blok tu orang India)
'cuti raya pun kerja ke, cik?'
'ya lah...awal balik?'
'tiket bas takde, cik. Lagipun ada lagi yang balik awal. Tu bilik-bilik terang kat tingkat atas'
'mana ada...acik sini juga kerja. Dari Jumaat, awak je yang baru sampai...
...katanya mana ada orang balik lagi. Baru aku je sampai. Huhuhu tensen aku.Selamat petang tu rumet aku sampai. Lega~

Lagi, ada bebudak dok kat blok baru bukak atas bukit ittew...nampak lembaga putih terbang dari tingkap ke tingkap. Hmm...tapi dulu masa first year, first sem aku duk jugak blok situ. Memang agak seram la. Bahagian aku cuma 2 je berpenghuni dari 4 bilik. So bayangkan kalau penghuni #1 tak balik, tak ke aku sengsorang kat bahagian situ.



Agak luas floor tu. Rajah ni cuma satu part, dalam satu wing tu ada 2 part macam ni. Dan satu floor ada 3 wing. Kalau time hari biasa pun sunyi jek bahagian wing tu. Bayangkan plak kalau cuti sem camner?! Aku memang tutup tingkap la start kul 6 petang sampai 7 pagi esoknye. Langsir aku cepit supaya tak terbang-terbang. Tingkap dia besar giler. Masa dok blok ni...kengkadang terasa sejuk semacam jek dalam bilik even pasang kipas level 2 jek. Fefeeling Cameron tapi seremm sejuk.

Masa aku join Palapes dulu, early morning activity tu kira dah wajib plak bagi kitorang. Bangun pepagi buta sebab aktiviti start kol 3 pagi, kengkadang kol 4 pagi. Aku teringat masa melintas kat tasik biawak depan blok Aman, kitorang jog masa tu untuk pergi ke bangunan HEP, aku ternampak satu benda terbang dalam jarak 50 meter kat atas kepala. Aku fikir takde pape kot. Tapi skang ni bile terpikir balik...burung ape yang terbang pepagi buta camtu? And agak besar ye saiz burung tersebut. Benda tak nampak jelas sebab pepagi buta...cuma diterangi lampu jalan tapi...kaler merah.

Sekali lagi aku menemankan member aku buka posa kat Pizza. Balik time tu dah nak maghrib so kitorang lalu jalan kat tasik biawak tu sebab tu jalan short cut nak balik IK. So, dalam kesuraman tasik tu sebab pokok besar-besar gila, rendang plak tuh, aku terperasan ada benda melintas dalam jarak 100 meter. Terus ku ajak member tu jalan cecepat sambil berwaspada kot-kot itu orang jahat ke (itu je yang terpikir sebab takut). Sampai blok baru citer kat bliau, tapi bliau kata dia tak perasan pape plak. Perasaan je kot.

Apa-apa pun, Alhamdulillah aku selamat...fuu~









0 comments: