Assalammualaikum w.b.t.
Waduh..hampir-hampir jek weekend aku bakal terkubur bersama perancangan-perancangan vast aku. Peh, mana boleh! Dah la banyak urusan nak setel, nak kira urusan kerja yang tak setel-setel tu, sememangnya tidak akan setel la jawabnya. Harusnya urusan yang boleh disetelkan seperti HIV test, thalasemia test, urusan jemputan dan kad kahwin serta fitting baju perlu diutamakan kerana sudah pasti, ianya akan setel jika disetelkan secepat mungkin!
Nak kira kerja, mengadap kerja 5 hari seminggu pun kerjanya menimbun lagi. Buat tensen aku jek. Elok-elok gi bercuti kengkonon nak hilangkan tensen tapi haprak...sekejap je seronoknya.
Aku dengar-dengar, Sabtu ni ada LDP plak. Hebat beb! Ada je yang aku terpaksa ponteng. Bagi la alasan cirit birit ke ape..janji dapat cuti. Aku nak setelkan urusan aku jugak.
Kalau nak ikutkan akujanji time dapat offer dulu, memang la tak boleh biarkan kepentingan peribadi melebihi tanggungjawab kerja. Gomen buat akujanji pelik-pelik la. Senang citer, takde keluarga yang aman, tenteram cemana la orang nak kerja dengan tenang. Dan tak ada manusia yang perfect kat dunia ni, dapat ikut 100% akujanji tu. Akujanji tu kena rombak balik kot. Biar aku yang rombak. Komfem takkan ada orang mengadu stress dengan keja lagik.
Akujanji!
Tuesday, September 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment