Ok, harga tiket masuk ialah RM140.00 untuk dewasa. Budak mungkin 60++ kot. Murah? Haa...bagi aku mahal la. Kalau keluarga ada 2 orang tua dan anak ada 3 orang...berapa dah tu? Tak ke cecah beratus.
Kat kawasan luar taman tema Legoland ni, ada banyak restoran dan butik...kedai la kot. Ada kedai coklat Fidani, kedai perfume Colours dan jugak butik beg...apa ntah nama dia. Tapi kedai makan a.k.a. restoran banyak la. Macam-macam pilihan. Ekspedisi kali ni, aku ditemani Kak Munirah. Memandangkan kitorang sampai awal around 10 dan Legoland dibuka pukul 12 tengahari, aku jenjalan dulu sambil borak-borak makan froyo. Kawasan ni belum siap 100%. Ada lagi kedai makan tengah renovate.
Sebelum masuk main, kitorang lunch dulu. Ingatkan nak makan dekat Manhattan, tapi tak bukak lagi. Seperti yang dikatakan, mostly masih renovate. Tapi aku hampa bila ada sesetengah restoran tak halal kat dalam kawasan ni. Bukanlah menidakkan hak, tapi lebih elok kalau diorang hidangkan makanan halal, lagi banyak pilihan orang Islam untuk menjamu selera. Ini tidak, restorang tak halal ada 2 ke 3 bijik kat situ. Haish...
Alas, menjamu selera di El Midos. Tekak aku kena tonsilitis pulak, jadinya aku makan udang je, makaroni tinggal. Sedap, bukan tak sedap. Kuah makaroni tu best, cumanya tekak aku ni sakit nak menelan seberang makanan, waima air liur sekalipun. Jadi aku gigihkan habiskan udang. Sebab udang tu ala-ala half-cook, jadi ia sangat juicy dan kenyal masa aku kunyah.
Dan Aglio Olio untuk Kak Mun. Rasanya balance antara masin, lemak dan pedas.
Then pukul 12 tengahari, berduyun-duyun umat masuk ke Legoland. Memang lego kesemuanya. Dari patung-patung orang, haiwan...kesemuanya lego. Haa bangunan signature pun lego. Siap ada sound effect dan ianya hidup! Maknanya bila kau lalu dekat masjid, serius kau akan dengar azan okeh. Comel jek bila kau tengah tengok KLCC then suddenly, ada komuter lalu kat bawah kaki kau.
Lepas tu aku dah malas nak ambik gambar dah. Tunggu la aku dapat gambar dari kamera Kak Mun, aku upload. Tapi kan, tengah seseronok aku berjalan-jalan kat situ. Aku tengok orang-orang Islam yang kerja kat situ terlupa ke nak gi semayang Jumaat? Huhu selamba je abang-abang photographer tu jenjalan tangkap gambar orang. Almaklumlah, dah kepalanya omputih kan, keje pun pakai suar pendek paras lutut.
Kitorang main lego, masuk 4D cinema, lepas tu main roller-coaster. Orang lain candid gambar muka excited, mulut terlopong. Tiba aku dengan Kak Mun punya gambar, nampak tudung jek! Hahah memang la, dah memasing takut, menunduk dan pejam mata je la sepanjang atas roller-coaster tu. Lepas tu, turun jek dari game tu memasing mengadu pening-pening ala orang peknen.
Kalau nak rekomen, aku tak rekomen datang skang la. Aku rekomen datang tahun depan. Sebab buat masa sekarang ni, belum siap sepenuhnya pun. Kawasan pun masih kering-kontang. Tak berapa cantik la. Mungkin tahun depan bila semua dah siap, akan cantik la. Dan masa itu pun, takde la tiket free lagi ye. Huhu
0 comments:
Post a Comment