pic credit to aku
kesian tengok kaum Adam, perlu bekerja keras untuk macam-macam perkara yang kadang-kadang bukan untuk dia pun, tapi dia kena jugak kerja keras untuk orang lain.
situasi 1 : nak kawen..ape yang aku tak ada? rupa paras macho, kalah anak pakcik Miskin ngan pakcik Ahmad. badan ketul-ketul idaman gadis seMalaya, kehidupan ok. aku tak merokok, bibir merah merekah. baik pun baik, awek pun ada...tapi kenapa aku tak boleh kawen lagi? Sebab kerja aku...adush...setakat lepas aku makan bole la. mana nak bayar sewa rumah, bil telefon, topap awek, makan minum, bagi mak lagi, tak campur dengan tolak Ptptn bulan-bulan. cik awek asyik tanya 'bila abang nak masuk meminang, mak dah tanya tu...' aii..emaknye nak kawen dengan aku ke aku yang nak kawen ngan anaknye ni. huish, pening pening. kawen mau 10k hantaran, tak campur masa bertunang, dan cik awek yang berangan honeymoon kat luar negara. ketix betul cik awek aku ni, demand melampau..hmm duit duit
situasi 2 : aku da kawen, binik aku tengah sarat tu. tunggu lagi sebulan dua kuarlah penyambung generasi keluarga aku. aku cukup syukur mase binik aku beritahu 'abang, ayang berbadan dua! ade tadpole dalam perut ayang!!' oh,cukup gembira. tapi fikirkah binikku itu akan sembilan bulan akan datang? lampin bayi kena beli, kalau bliau jenis orang zaman dulu-dulu pakai lampin kain basuh hari-hari takpe jugak, ini minah moden. lampin pakai buang. susu bayi lagik..mahal betul susu sekarang. kan bagus kalau binik aku dapat provide susu sampai la anakku itu membesar. aish...duit duit...simpan bulan-bulan pun tak cukup sebab lama-lama mesti kena kikis punya.
situasi 3 : seronok aku tengok anak-anak aku. Jehan umur 5 tahun, Fahrin umur 7 tahun. tak lame lagi masing-masing masuk sekolah rendah, lepas tu sekolah menengah dan universiti. semua pakai duit. binik aku pun sarat mengandung lagi sorang (mengandung lagik!). rezeki rezeki. tapi...semua pun pakai duit. masuk sekolah, yuran kena bayar, yuran kertas peperiksaan la, yuran PIBG la, yuran keraian la, padahal budak tu bukan pergi pun mesyuarat PIBG, kertas pun banyak mane la diorang guna. bukan jawab esei tapi yuran sampai RM60. dah masuk universiti lagi la, adui...takkan nak jual tanah sebidang kat kampung, nanti tua-tua aku nak balik kampung, tak larat duduk bandar. sekarang memang menyimpan, tapi deliver anak kedua aku dah terpaksa korek. binik aku pergi pusat melangsingkan badan. habis ribu-ribu. tahniah binikku. adui...duit duit
aku terpengaruh dah dengan kawan aku nih. ramai gak melabur dalam ASB, pinjam dekat bank 10k, 20k, 30k, then masuk dalam ASB, lepas tu bayar bulan-bulan ikut perjanjian pinjaman. kalau pinjam 10k, bulan-bulan bayar rm80, tapi tengok pulak berapa tahun ikat pinjaman tu. ni untuk masa depan, tunggu la sampai habis kontrak pinjaman, mungkin masa tu dalam akaun akan ada...100k? tak mustahil.
ok, memang la berhutang, tapi antara hutang kau dengan PTPTN yang bunga je meningkat, dividen tak dapat. atau hutang dengan bank, dapat untung melalui ASB...mana kau nak?
aku jadikkan bapak aku sebagai mentor dalam hal ni. mungkin ada bapak-bapak lain di luar sana yang lebih berjaya melabur tapi itu merekalah. cuma...was was terhadap duit yang dilaburkan tu ke arah mana. apa-apa pun, bersangka baik itu lebih bagus dari fkir bukan-bukan. mari la melabur untuk simpanan masa depan!!
1 comments:
so...both parent kn keje for better financial...huhu
Post a Comment