.

seposen untuk Porsche

Sunday, May 2, 2010

anjing

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/02/2010 02:14:00 AM
sayatetapsaya betul

masing-masing mata merah. lebam jek bawah mata. penerangan Laskar tu agak bosan, pasal perahu layar, laser la senang citer. akhirnye, pukul 9 lebih Jurulatih suh tukar baju bagi yang nak main kayak. heh, pergi tempat tu untuk belajar pasal laser, tapi last-last naik kayak jek.

kerana kemengantukan yang amat sangat, tak terbendung langsung gamaknye. aku, Jue, Bibi, Aida. 4 orang ni pergi jauh dari Boat House. kira tempat strategik, hujung pantai betul. di mana pasirnya sejuk, pokok kelapa dan batu besar. 4 orang ni tergolek. huish, nyenyak tidur sampai tak sedar... orang lain panas-panas peluh hitam (yek!) main kayak dengan air masin, yang 4 orang ni bedal tidur.

'JUE!!!!!
ZA!!!!!
BIBI!!!!!!
AIDA!!!!!'

masing-masing celik mata. uish..sedap tido. bukak mata, Kemey berdiri. cekak pinggang. panggil balik ke Boat House sebab semua da habis main kayak. sampai kat sana, masing-masing mencekik minum pagi, mee goreng dengan teh panas. fuh, sedappp..bangun tidur terus makan, apa tak nikmatnya. lepas tu mula la sekor-sekor

'aii..baru makan? orang lain da abes makan dah..'
'mak haih, korang pergi mana ni? korang tido eh?'
yang ni kurang asam, cakap kuat-kuat. tapi ade lagi paling haram..
'korang tido kat hujung sane tu eh? (sambil jari tunjuk kawasan kitorang tergolek) eee...kat situ ade anjing lalu la..'
'jeles la tu kitorang tido,' balas kami.
'korang kene samak ni. tadi anjing lalu kat situ. najis!!'


ini rupe laser tersebut. sume pun sibuk nak posing


kayak-ing..


antara duyung yang sempat jadik manusia


what the...


turtle...


yeah, kegirangan selepas cukup tidur





0 comments: