Ingat lagi kecik-kecik dulu ada coklat syiling emas harga 10 sen yang menjadi kegilaan aku untuk bawak bekal pergi sekolah. Haha nampak kewl gila bila kau makan coklat tu dan ngap perlahan-lahan. Walaupun rasanya takla sesedap mana, tapi kalau kau beli banyak (masa zaman sekolah), kau boleh menunjuk dekat kengkawan sambil mengatakan 'banyaknye duit aku...'.
Kokojelly!!! Coklat ni pun jadik idaman waktu kecik dulu. Dua ketul seposen kalau tak silap aku. Tapi coklat ni dengan coklat duit syiling tadi, aku lagi suka coklat duit tu. Tang bentuk dan pembungkusan, memang menawan hati. Tapi tang rasa, emmph...tak payah cakap la. Tak sedap pong! Tapi ia cukup menyeronokkan hatiku kala budak-budak.
Daim. Pertama kali aku kenal mamat ni masa tingkatan 5 di mana kengkawan asrama aku kecoh 'nak Daim!! nak Daim!!' bila ada yang pergi rombongan asrama ke Langkawi. Next year aku pergi, aku beli la. Memaaaang sedap! Aku suka tang karamel dan kacang di dalam tu. Pernah aku makan dengan Arfa, dia makan coklatnya, aku makan karamelnya. Hahah!
Ferrero Rocher. Yang ni aku sukaaaa jugak, tapi mahaaaal jugak la ye. Huhu. Jarang aku makan benda ni walaupun masa awal-awal biasiswa dan PTPTN masuk sebab rasa kurang berbaloi. Tapi bila sampai saat-saat klimaks nak makan tu, aku tutup mata ambik sepeket dan terus pergi kaunter, bayar.
Ini yang dibawa oleh housemate terchenta, Cik Afiqah. Dan rasanya memang umph! Lagipun, aku memang kipas-susah-mati white chocolate dan ini memang terbaik, rasa lemak manis dan kehalusan coklatnya memang menambat hati aku.
Kinder Bueno. Memang lazat dan mampu milik. Selalu aku beli yang staple 3 sekaligus tu. Murah sikit berbanding beli seketul-seketul. Time awal-awal duit masuk, yang ni la paling kerap aku rembat kat Tesco Sungai Dua tuh. Tambah-tambah pulak rumet aku tak minat coklat ni, lagi sedap la aku melahap sengsorang. Muahaha!
Ahhh...Cadbury. Pertama kali aku diperkenalkan dengan dia ni ialah mak dan bapak aku la. Memang sedap. Aku suka Blackforest ataupun yang ada kekacang. I can't take the chocolate itself without anything. Bagi aku, terlalu manis dan tak tertanggung dek lutut (hah?).
Taraa!!!! Best thing ever in my world, Nougat! Especially Golden Boronia Nougat. Mungkin ada jenama lain yang lagi sedap tapi setakat ni, bagi aku ini yang terbaik. Saaaaangat suka dan agak mahal (memang mahal pon bagi aku). Selalu mereka yang ke Langkawi akan menjadi mangsa kekejaman aku untuk beli benda ni. Bukan tak boleh beli kat Tesco, ada jek. Tapi entah la, suka yang kat Langkawi punya jugak (gedik).
Pun salah satu manisan yang tak digemari rumetku, Cik Bibie, sebab keras ya amat. Ada jugak soft nougat macam dalam Cloud9 but i prefer the hard one. Haha pun menjadikan aku sedikit syurgaaa memakannya. Tekstur yang keras dan berkacang, tidak terlalu manis dan time nak gigit kena berhati-hati sebab air liur boleh meleleh!
Ahhh...apple in my eyes...
Beryl's Tiramisu. Sangat sangat sangat sukakan kerana kepelbagaian rasa yang terlalu sedap. Alhamdulillah hari tu dapat jugak merasa walaupun beli dekat Tesco (Tesco lagik). Mula-mula makan rasa pahit, lepas tu ada rasa manis dan lemak yang lembut dan ringan dan diteruskan dengan kacang badam rangup ditengah. Ada yang suka rasa satu persatu lapisan, aku lebih suka kunyah terus dan kapom! Hahah best!
Tapi ada jugak coklat yang aku kurang gemar coklatnya walaupun ramai yang sukakan rasanya. Iaitu Hershey's Kisses.
Hee~walaupun ramai kengkawan aku beli, terutamanya Aida dan Arfa, tapi aku tetap kurang menyukai rasanya. Mungkin sedap kalau letak dalam penkek, muffin atau biskut kot.
Jadi...jum pergi beli coklat.
Friday, May 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment