.

seposen untuk Porsche

Thursday, May 19, 2011

Keberkesanan iklan terhadap wajah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/19/2011 09:56:00 AM
Dulu muka aku takde jerawat. Cakap betul ni! Dulu la...area-area dari kecik umur setahun jagung sampai la tingkatan 5. Habis tingkatan 5, aku tetiba teringin nak pakai facial foam macam kawan-kawan asrama aku pakai. Gatal tangan kan.


Pertama sekali aku pakai produk ni. Lepas aku pakai Olay, terus muka aku kering dan naiklah jerawat macam kawah gunung berapi. Mak aku dah pesan, kalau muka tu cantik (dalam erti kata tiada cela), tak payah la nak pakai apa-apa. Jaga je lah, dah cukup. Tapi anak dara mak ni degilllll...hah, padan muka!



Bukan nak kata Olay tak bagus, cuma mungkin kurang sesuai dengan kulit muka aku. Tapi adik aku pakai elok je. Hukhuk.. Lepas tu, aku bertukar ke Fair n Lovely. Masa ni aku rasa...apesal kat iklan tu orang pakai jadik cerah, aku pakai takde perubahan pun. Haish...lepas tu tukar lagi. Masa tu aku gila sangat nak mencerahkan kulit sebab orang kulit cerah mesti cantik.

Safi antara jenama yang paling sesuai dengan bentuk mukabumi muka aku. Sepanjang aku pakai Safi selama 3 - 4 tahun, memang terhindar segala macam jerawat. Alhamdulillah, kuasa Allah jugak yang mengizinkan jenama ni bertindak cekap kat muka aku. Kulit jadik lembut. Halus tu aku tak pastilah, yang pasti lembut. Dulu aku peminat setia produk ni. Losyen, toner, krim malam, krim kecantikan, deodoran, sume bendalah aku guna. Memang bagus..tapi kulit aku tak cerah-cerah jugak. Aku tak puas hati.

Lepas tu, aku ada tauliah Palapes. Masa tu memang berpanas je la sepanjang 3 minggu dan muka aku sangatlah terbakarnya. Sampai masa pertama kali abah aku tengok aku lepas tauliah, abah aku kata 'kenapa muka macam tu?!' Warghhhh!!!! Trauma ok!


Tak tahan, lepas tu aku pinjam duit abah dan beli produk Tia Amelia ni. Alhamdulillah, gabungan krim kunyit, krim pemutih dan sabun pembersih muka berjaya mencerahkan wajah aku dalam masa 2 minggu sahaja! Tapi satu je kena berjaga-jaga bila pakai produk anak watan ni..ramai sangat penipunya. Sampaikan mana satu ori, mana satu produk tiruan pun tak tahu. Packaging berubah-ubah dan sentiasa berlainan.

Dulu aku pakai elok lagi, bila masuk kali kedua beli sabun, takde kesan dah. Sama la macam krim kunyitnya jugak. Tu yang membuatkan aku sedikit cuak. Tambah-tambah lagi bila berhenti je, jerawat naik. Haish.



Dan sekarang ni...aku pakai Clinelle. Yang ni aku rasa terbaik, mahal pun mahal. Huhu.. Tapi bagus. Bila cuci muka, tak rasa kering. Rasa selesa, dan rasa bersih. Cewah!


Ini produk banyak bagus jugaaa...(macha style). Sebab? Produk ni tidak diujikaji menggunakan haiwan! Itu penting bagi aku. Lagi satu, exclusively packed for www.priceabuse.com. Nak tahu kenapa dan apasal, klik kat situ :")






p/s : OK, baru aku sedar. Begitu banyaknye duit aku dah habis dekat benda-benda macam nih. Huish...kalau kumpul, barangkali boleh buat pergi umrah!

1 comments:

Hunny Kitty on May 20, 2011 at 8:11 PM said...

cubalah pulak hadalabo