.

seposen untuk Porsche

Saturday, May 14, 2011

Peranan 'Mak Andam'

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 5/14/2011 11:10:00 PM
It takes hours making up with your faces to make you look super-beautiful
like this...

Taraaa!!


Pernah dengar 'Mak Andam'? Mak Andam kalau secara ringkasnya, di majlis-majlis kahwin, haa..yang tukang jurusolek pengantin, itulah Mak Andam. Antara tugas Mak Andam ialah membuang bulu-bulu di muka pelanggan, membentuk kening, menaikkan seri wajah melalui bacaan Basmalah, bacaan doa dan make-up yang digunakan (ada jugak penggunaan ilmu-ilmu)...

Membebel panjang-panjang pun tak guna. Tadi aku pergi satu kenduri kahwin ni. Alhamdulillah...sedap makan nasik minyak dan lauk-pauknya yang memang menendang sungguh! Sedang seronok menyuap nasik, pandanganku terarah pada sang mempelai berdua di meja makan berdamai. Dan...

Frankly speaking, the person next to the bride is way mooore beautiful than her!

Senario ni, setakat aku dah besar panjang ni pergi kenduri-kendara orang, dah 2 3 kali jugak aku jumpa eksiden camnih. Mangsanya kronik, pengantin perempuan tu la! Eksiden paling biasa, perempuan tu nampak 10-20 tahun tua dari lelaki tu.

Tadi...2 3 kali jugak aku toleh pengantin tu. Huu~buruk perangai. Tapi...entahlah. Moralnya : pilihlah mak andam betul-betul. Dulu masa aku dinner Navy, aku tempah sorang mak andam dengan member aku. Walaupun mahal (memang cecah ratus-ratus) tapi Alhamdulillah...hasilnya memang puas. Tak nampak tua, tapi nampak lain dari yang lain.

Sebab? Sebelum aku pilih mak andam, aku pastikan :

1) Berapa lama dia dah mengandam (lagi lama, lagi banyak pengalaman)
2) Tengok butik andaman dia, biasanya dia akan ambil gambar orang-orang yang dia andam dan boleh tengok hasilnya.
3) Minta pandangan dan dengar penjelasannya. Kalau untuk party macam mana, dinner macam mana, wedding macam mana...lain occasion, lain jenis solekan.
4) Tanya lagi pasal quotation yang dia boleh offer. Contohnya, sekali andam average RM150-RM500 ke..student price lain harga ke..kalau ramai-ramai andam dapat murah tak? (hehe taktik aku)
5) Lihat jenama yang dia pakai. Mary Kay...Stage...Avon...Shiseido...macam-macam lagi
6) Sesetengah mak andam akan tunjukkan solekan dia kat muka pelanggan, percuma. Haa..boleh la pertimbangkan di situ.




Sekian. Diharap untuk majlis istimewa, harapnya semuanya berjalan lancar dan sempurna. Aminnnn...

0 comments: