.

seposen untuk Porsche

Thursday, June 9, 2011

USM

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/09/2011 12:19:00 PM
Mula-mula kita rasa lama..
Sedar-sedar je dah habis..
Agak sayu la rasa kat hati ni..
Sebab kat sana kenal semua benda
Belajar semua perkara
Formal ke..tak formal ke..

Dalam banyak-banyak fasa 'peninggalan' dalam hidup ni..
Tang nak tinggalkan kengkawan la yang paling aku tak suka sekali
Sebab rasa sedih gila-gila
Dengan diorang, pengalaman pahit manis semua ada
Masam masin pun ada
Yang time bergaduh lain, time bertekak lain
Time merajuk, masam-masam muka
Tapi seronok sebab bila dah habis
Semua tu jadik kenangan paling manis sekali
Bila cerita balik, mesti ketawa

Seronok.
Sekarang ni adalah masa yang paling baik nak ingat balik perkara-perkara tu.
Kenangan ialah sesuatu yang pahit di masa silam, tapi bila diingat semula, ia akan jadi perkara paling berharga dalam hidup.
Sejarah mungkin mengingatkan kita asal-usul diri
Tapi kenangan
Mengajar kita mengenali diri sendiri
(n_n)

1 comments:

fainie_riz on June 13, 2011 at 2:17 PM said...

tbe2 teringat masa last day kat U..malam tu tido dgn bestfren, smbil tido smbil nangis..sbb tkut tak dpt jumpe lg lps hbs study..hahahha, lawaknye