.

seposen untuk Porsche

Saturday, June 18, 2011

celoreng

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/18/2011 11:51:00 AM
Oh Mak Kau!!!

Mengucap panjang aku dibuatnya bila aku tengok gambar muka depan Utusan semalam. Pale HOt dia pakai baju celoreng camtu dengan heels, dengan jeansnya lagi.

Umm...pendapat aku la kan. Retis-retis ni tak payah masuk askar pun takpe kalau macam tu gayanya. Nampak sangat dey olls tak menghormati organisasi pertahanan negara ni. Bangang pun ada gak aku tengok.

Aku salute Shuhada pengacara Majalah 3 tu, yang tu masa dia pakai Delta Navy, smart. Elok je dengan rambut disanggul, baju kemas dan kasut pun memang kasut yang betul, dia pakai black-cut ladies.

Pada pendapat aku lagik, kalau betul la retis-retis ni masuk askar Wataniah sekalipun, elok la mencontohi Korea nun ha. Retis diorang kalau masuk khidmat negara, rambut pun potong elok, 2 tahun tinggalkan kerjaya seni. Baru boleh respek sama diorang.

Aizat dengan suar jeans, yang retis pompuan tu dengan heel, rambut kaler-kaler. Tok Ti lagi la, terus dapat ketua platun plak tu. Nanti orang ingat masuk askar boleh pakai lawa-lawa camtu. Vuduh!

Kalau diorang jadik role-model untuk budak-budak u masuk Palapes, tak payah kot. Tak elok. Latihan tentera pun berselang ngan jadual seni la konon. Kau ingat kalau pergi berperang tu time tu ada konsert, kau boleh pergi berperang lepas konsert? Alamat tunggang-langgang la negara jawabnya.

Retis-retis jugak. Berjuang dalam bidang seni yang diagung-agungkan tu je la. Kalau betul nak menarik minat orang ramai masuk askar Wataniah, buatlah betul-betul. Kalau sekadar untuk berposing comel dan cantik, lepas tu setiap aktiviti masuk paper, tak perlu kot. Fikirlah. Lepas tu nak juggle dengan kehidupan seharian and shooting bagai, tolonglah berubah. Tak salah kalau kita ikut perkara positif macam selebriti Korea. Barulah betul-betul sedia berkorban.

0 comments: