.

seposen untuk Porsche

Monday, June 21, 2010

father of wisdom

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/21/2010 09:24:00 PM
sayatetapsaya betul

semalam aku terbukak 8tv dan tertengok satu rancangan yang ala-ala Bersamamu kat tv3 tu. berbahasa cina, aku rasa rancangan dari Taiwan kot.

keluarga ni terdiri dari 2 orang, bapak dengan anak perempuan. bapak dia ni ade penyakit strok, anak perempuan baru berusia 15 tahun. binik dia meninggal sebab barah. diorang menyara hidup dengan menanam dan menjual rebung kat kawasan pergunungan. pergunungan mane, yang tu kene tanya diorang balik, aku lupa. sepanjang temubual, diorang senyum jek. walaupun hidup susah (makan tengahari pun kerajaan support tiap-tiap hari), tapi takle diorang nangis-nangis cerita pasal life diorang. berbeza ngan Bersamamu.

apa yang membuatkan aku tertarik pada keluarga ni ialah kata-kata bapak tu, 'kita perlu ajar anak kita hidup dalam kesusahan. biarkan mereka tahu susah payah mencari duit, barulah mereka boleh menghargai hasilnya.'

lagi satu, anak dia pernah kuar rancangan tv sebab kemahiran dia main alat muzik traditional Guzheng, tapi bapak dia tak bangga pun. pakcik tu siap pesan lagik kat anak dia, 'jangan rasa diri tu hebat sangat sebab keluar tv, kamu tetap perlu belajar sebab tak ada siapa akan tolong kamu, kecuali diri kamu sendiri dan ilmu yang kamu ada.'

bila ditanya adakah si anak pernah membuatkan pakcik tu kecik ati, memula pakcik tu kata tak ada. tapi bila tanya 2-3 kali, dia kata ada sekali, waktu anak dia dapat keputusan teruk masa exam. lepas tu, aku dok fikir-fikir balik...huhu mase sekolah dulu..ntah bape kali result exam aku teruk~ haih, insaf..insaf..

1 comments:

ravishingpeacock on June 23, 2010 at 7:56 PM said...

bgus ayah die 2..tp +ve even idup ssh :)