.

seposen untuk Porsche

Sunday, June 27, 2010

eh,ape ni makcik?

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 6/27/2010 12:18:00 PM
sayatetapsaya betul

lokasi : pasaraya Nirwana Maju (tempat groceries paling murah kat sini)

cuti-cuti macam ni la rajin aku 'mengrintil' (maksudnye mengekori) mak aku pergi supermarket carik barang. dengar dia membebel pasal harga tepung dengan telur makin naik la, pasal nak masak ape malam ni la, dan memacam pasal lagi. time-time die pilih bawang, aku pergi la ke tempat feveret iaitu tempat barang-barang beku.

ok,troli aku depan aku. dan sebelah aku ade lagi satu troli, sape punya ntah. dalam troli aku, ade daging cincang, dua pek jejari ketam perisa ayam dengan nugget ayamas. aku toleh nak carik kentang goreng, beberapa seken lepas tu,aku terkejut bila tengok ade ikan tongkol plak dalam troli aku. pelik. aku ambik, aku belek-belek ikan tu, aku tarik nafas, ni mesti..

'eh, tu ikan acik. nak, pergi beli sendiri yek,' balas makcik tu. lepas tu, laki die kot, tanya..'kenape?' makcik tu kata 'budak ni tersalah ambik ikan kite.' aku senyum je la walhal dia yang salah letak!! aku pusing nak ambik sosej, aku toleh balik, tengok dalam troli aku, ade plak ikan tongkol tadi. ok, babai makcik.

tengahari tu, ikan tongkol masak kari. gila sedap mak aku masak.

3 comments:

Fazlinil Irma on June 29, 2010 at 7:58 AM said...

salam.. za. TAHNIAH.

nanti tinggalkan alamat & nama penuh ya. akak nak hantar hadiah. terima kasih.

email akak : niel_2203@yahoo.com

cik bucken on July 1, 2010 at 4:11 PM said...

mesti acik tu tgh ngidam ikan tongkol smpi skng.hehee ^_^

KiFli MaLLy on July 2, 2010 at 11:53 PM said...

hahah sian kat makcik tu...nyum2 ikan tongkol...
Entry terkini : Takpela at least Fasha Sanda dah mengaku!!