.

seposen untuk Porsche

Sunday, January 9, 2011

aku cikgu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 1/09/2011 10:13:00 PM
Ha la! Nanti aku tunjukkan kawasan sekolah aku eh. Ada 15 minggu praktikal, tolak cuti raya cina seminggu, cuti sekolah penggal satu seminggu, tinggal 13 minggu jek. Hahaha antara sebab aku perlu seronok jadik cikgu, cuti sekolah banyak. Cuti pun bergaji. Ekekeke

Memang la aku susah skit nak hidup takde kucing ni. Kat kawasan rumah aku ni, kucing jiran sebelah rumah memang banyak. Siap pakai loceng lagi sumer kuceng-kuceng dia. Comel dan berbulu kembang. Tapi kucing dia sombong! Macam tuannye jugak. Ingatkan tadi petang kami nak la tegur-tegur rumah sebelah ni, siap nak bagi buah nangka lagi. Bagi salam punya kuat, tapi orang kat dalam buat dek jek. Bukan kami tak nampak bayang-bayang orang datang kat pintu rumah tu, lepas tu blah. Haish. Lepas tu, kami bedal nangka tu ^_^

Anak murid kat sekolah. Memang lain la dengan sekolah aku. Sekolah aku dulu, tak lekang anak murid bagi salam bila selisih dengan cikgu. Ini tak, boleh nampak jenis budak yang pandai dengan budak kelas hujung. Kalau budak kelas pertama ngan kedua tu, elok lagi perangainya. Bagi salam, takpun pandang dan senyum. Kalau budak kelas belakang, pandang pun tak nak. Kalau yang perempuan, harapkan pandang aje la, siap jeling lagi. Wah! Kelas nkoo sekolah aku ni.

Aku teringat pesanan atuk aku, 'biarlah kita bodoh, kurang berilmu, asalkan budi bahasa kita tinggi.'

3 comments:

wannursyazana on January 10, 2011 at 7:23 PM said...

cikgu, hehe.... sekolah kat mana?? cm menarik jep kan...

za on January 11, 2011 at 6:27 PM said...

haa skola kat butterworth..tapi ceruk skit la..
menarik? meh la datang ngajar hehe

wannursyazana on January 11, 2011 at 11:03 PM said...

saya mengajar? lglaa budak2 tu sume buat hal sendiri sepatah haram pon xdgr.. tido ade kot.. sbb mengajar subjek sejarah.. haha