Assalammualaikum w.b.t.
Kadang-kadang tengok kenyataan diberikan oleh golongan orang 'seni' ni, macam kurang bijak pun ada.
'Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang
istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri,
jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa.'
Kenyataan dari Farid Kamil. Ya. Walaupun aku ni sekadar Palapes jek, pangkat cikai-cikai, tapi aku rasa untuk menyarung pakaian tu bukan sesuatu yang mudah. Dan untuk beliau, berkata 'Reka Sendiri' is a big mistake. Pakaian tu kalau direka sendiri, mana pulak dia dapat pangkat? Mana pulak dapat lambang Navy dekat pikap tu? Reka sendiri ke?
Bukan senang untuk mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera sendiri nak memakai pakaian tu. Ujian mental dengan fizikal paling getir sekali. Aku tau la,sebab aku pernah mengalami. Dan apa yang aku alami, tu, sikit jek berbanding mereka yang betul-betul berkhidmat selama berpuluh tahun. Beliau, sebagai seorang yang disegani, sepatutnya mengkaji dan sedar benda ni.
Saturday, January 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment