Kadang-kadang kehabisan idea nak masak apa untuk berbuka. Bila mintak cadangan asben, dia asyik jawab 'pape je lah'. Sebelum ni aku dah buat mee rebus, mee goreng, kuetiaw goreng dan juga nasik goreng. Memanglah menu berbuka kami sangat simple. Tapi kengkadang nak buat yang lain, taktau nak buat ape. Tensen pulak kita dibuatnya. Jadi oleh kerana kerajinan yang teramat sangat, maka aku mencucurkanlah udang dan jagung.
Aku teringat makan cucur jagung paling sedap masa zaman uni dulu, member aku punya boyfren punya mak (baca : ex-mak mertua) bagi cucur jagung. Memang sedap! Jadi, untuk mengimbau kenikmatan itu, aku pun buatlah cucur jagung untuk berbuka. Laju jugak kami berdua makan.
Bahan-bahan :
Udang saiz sederhana - buang kulit, sesungut dan potong 3
1 labu bawang besar - hiris
1 biji cili merah
3 sudu besar jagung krim - kalau suka, bole tambah lebih
Daun bawang / sup / kuchai - cincang
3 senduk tepung gandum
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air
Cara-caranya :
Campakkan semua dalam satu mangkuk dan gaul. Tips untuk membuat jemput-jemput yang lembut dan tidak liat walaupun sudah sejuk ialah jangan menggaul adunan terlalu lama dan laju. Perlu digaul perlahan-lahan. Asalkan dah sebati, rehatkan adunan dan biarkan lebih kurang 5 - 10 minit sebelum digoreng dalam minyak panas.