.

seposen untuk Porsche

Thursday, September 30, 2010

Mohd Shakirin, seorang cikgu

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/30/2010 12:51:00 AM 2 comments
Kes 1
Hari pertama kelas.
Aduh, cuak. Nak masuk kelas, selama ni tak pernah pun jadik cikgu, mengajar. Jadik anak murid ade la. Itu pun dia la paling dajal sekali. Melangkah masuk ke kelas, ungkapan pertama dari budak-budak menerjah gegendang telinga.
'Macho laa..'

Kes 2
Hari pertama kelas.
Kelas ni ramai pelajar perempuan. Bebudak lelaki ade la 8 kerat. Semua perempuan. Jumlah pelajar, 35 orang.
'Okey, ade sape-sape nak berkenalan dengan saya tak?'
'Saya!' angkat tangan sorang.
'Saye cikgu!'
'Saya!', 'Saya!', 'Saya!'

Kes 3
Beberapa hari kemudian.
Sedang mengajar di hadapan. Tiba-tiba makin bising pulak budak-budak nih.
'Ehem, ehem! Tengoklah cikgu yang hensem ni..'
Bebudak senyum. Kelas senyap terus.

Kes 4
Di kelas muzik.
'Setakat gitar, violin, piano, semua cikgu tau main nih!'
Bebudak pandang dengan mulut separuh terlopong.
'Cikgu, main la!'
Shakirin tersenyum.
'Nanti saye main la. Sebelum tu, korang main dulu.'
Separuh masa pertama..
'Cikgu, bila nak main?'
'Nanti la..'
Sampai ke sudah, satu alat muzik dia tak sentuh.

Kes 5
Hari ini.
'Cikgu, ni mak saye bagi. Untuk cikgu,'
Shakirin ambik bungkusan. Harum semerbak. Diintai bungkusan tu. Oh, cempedak goreng..

Hari esok.
'Cikgu, mak saye bagi untuk cikgu.'
Shakirin senyum. Ucap terima kasih, budak blah dengan senyuman lebar. Bungkusan diintai, eh, karipap.

Minggu depan.
'Cikgu...ni-
'Oh, terima kasih ye..' ucapnya. Kali ni, kuih serimuka.

Mak student tu janda.

Kes 6
Sebelum cuti hari raya, bertimbun-timbun kad raya dia dapat dari pelajarnya. Ada satu, siap ada gambar dia lagi tengah mengajar, dan ada 'love' kat tengah-tengah gambar tu. Dahinya berkerut. Bila masa pulak budak ni ambik gambar aku?

Kes 7
Setelah naik sekolah selepas 2 minggu cuti raya. Shakirin tak mengajar lagi. Bebudak kelas bertalu-talu mesej dia.
'Kenapa cikgu pergi tak beritahu?'
'Cikgu tak mengajar lagi?'
'Cikgu, kenapa tak datang sekolah?'

***

'Za, rileks je. Mengajar memang seronok. Orang rasa sedih pun ada tinggalkan sekolah tu. Sebab budak-budak best kot. Yang penting kita tau ambik hati diorang. Pastu, kelakar. Mula-mula memang la malu, tapi lama-lama ok jek. Tak payah garang sangat, yang penting tegas. Tapi memang best lah mengajar. Sebab budak-budak tak bezakan pun kita ni cikgu ganti ke, cikgu sementara ke. Dia cuma ingat kita 'cikgu' jek' - Sir Shak.

Wednesday, September 22, 2010

16/11

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/22/2010 06:55:00 PM 0 comments
'HAHAHAHAHAHAAHA'

Wah wah gelak.. Aku dengarkan aje dia gelak-gelak ketawa. Petang ni galak betul mamat ni ketawa. Puas jugak aku jadik bahan dia.

'Jangan banyak gelak la yang, mak saye kata nanti cepat lupa..' aku mengingatkan. Dia teruskan jugak gelak-gelak yang masih bersisa.

'Lupa apenye..' katanya.

'Ha, cuba awak ingat balik bila tarikh lahir abah saya?' heh, soalan cepuput. Dia gelak lagi.

'Ele..16/11 kan?' yakin. Aku tercengang.

'16 haribulan befday sape pulak tu..' balasku.

'16/11 takkan tak ingat?'

'Tak...tarikh ape?' puas perah otak nih, tak ade pun. Befday dia, bukan. Cuti umum, pun bukan.

'Abah awak punya befday 15/9 kan..' dia pulak menyoal aku. Aku mengiakan. Alamak..16 haribulan ade ape? Sah sah aku jadik bahan balik ni.

'Tak ingat pun...ade ape tarikh tu?'

'Laa..tarikh penting pun tak ingat? 16/11?' sekali lagi. Bersungguh mamat ni nak mengenakan aku.

'Err..Hari Malaysia ke yang awak maksudkan? Itu 16/9 la, bukan 16/11...' kataku. Lepas tu dia diam.

'E'eh, banyak betul burung petang ni kan...'

Hahaha

you are really not worth the argument

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/22/2010 11:58:00 AM 0 comments
that's why i'm silence. i'm not you, and never be you!

Wednesday, September 15, 2010

moving heaven

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/15/2010 08:33:00 PM 0 comments
rumahku syurgaku. Haa..tak lama lagi nak pindah. Bila nak pindah umur dah besar panjang gini, aku tak kisah sangat. Takde lah jauh mana pun, sekadar 2 jam dari Segamat nak ke Muar. Tapi...makin jauh. Semuanya makin jauh. Kawan-kawan kat Segamat, kesayangan, kucing-kucing..




Pagi tadi masa sarapan, mak agak risau nak pindah tempat baru. Bukan risau pada aku atau abah, tapi pada adik-adik aku. Yang masih sekolah rendah ada 2 orang, dan untuk membentuk atau carik kawan baru bukan mudah bagi kanak-kanak. Lebih-lebih lagi kalau budak tu jenis pendiam dan pemalu. Situasi asing tu akan buatkan mereka rasa lebih terasing. Masuk sekolah baru, situasi baru, tak tahu budaya kat situ...

Tetibe aku plak rasa nak nangis.

Kepada kawan-kawan aku di Segamat yang rasa aku makin menyombong tu, bukan aku tak nak contact ke hape. Cumanya, aku tak nak nanti bila aku dah pindah, lagi aku rasa sedih. Ok, tata.

Tuesday, September 14, 2010

adik

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/14/2010 11:41:00 PM 0 comments
balik je tetamu..adik aku tersenyum tengok not kat tangan dia.
'eee...muka tak hensem, tapi duit raya hensem...' sambil membelek-belek kertas biru tersebut..

Saturday, September 11, 2010

Aidilfitri dan abah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/11/2010 12:15:00 PM 0 comments
Mak bising sebab abah dah berbelanja boros untuk raya kali ni. Well, bagi aku itu dah membuktikan bahawasanya orang lelaki pun ade nafsu berbelanja jugak heheh sori emak, kena sokong abah sebab abah akan bagi duit raya lagi banyak dari emak. Kasut abah yang tahun lepas boleh pakai lagi, tapi bile mak aku bising-bising nak kasut baru, abah pun ambik peluang beli jugak.

Dalam kereta, dengar lagu raya. Tetibe ada perutusan perdana menteri, cecepat abah tukar channel. 
'Awak ni tengok jalan tu, tengok radio buat ape?'
'Ini ha, perutusan dengar dah dekat 3 kali. Boring.'
'Ye la, dah dia PM, dengar je la,'
'Dekat tv ade, tadi kat umah dah dengar, berapa kali la nak ulang...'

Haha. Ok, inilah perkara yang aku rasa agak sweet pasal mak and abah aku. Petang puasa last ari tu, berdating pergi bazar ramadhan naik motor. Anak-anak nak ikut tak bagi. Alasan dia, jalan sesak.

Raya pertama, abah dapat cuti sehari so, balik kampung pun balik hari. Da jadik anak dara, duit raya pun semakin berkurangan sebab semua bajet aku dah nak habis belajar and dah nak kerja. Haish..

Baru pagi ni abah bagi duit raya. Hehe. Actually tak la harap sangat pun duit raye tu ---->ok, tipu.

Saturday, September 4, 2010

popia

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 9/04/2010 07:09:00 PM 1 comments
inti dah siap buat tadi, tunggu sejuk je lepas tu boleh la aku gulung popia tu. siap fikir-fikir dalam kepala, aku suka inti popia penuh-penuh sebab aku bosan bila beli popia kat luar, inti sikit, kedekut, lepas tu inti cuma sengkuang semata (uish..tak puas hati benar nih). ha, nak tambah lagi, inti tak sedap, rasa pun tak ada. lepas tu charge la sekeping popia 30 sen, 40 sen!

cadangnye nak berehat sebentar. sementara tunggu inti sejuk, aku baring-baring sambil godek netbook adik aku. terlelap.
*
*
*
bangun tidur..aku pergi dapur. selak tudung saji, tengok-tengok
AAAAAAAAAAA!!!!!!!
'mak, sape buat nih?'
'zana buatkan. dia kata kesian tengok kau buat inti, sampai tertidur...'



hukhuk...popia aku~