.

seposen untuk Porsche

Friday, March 30, 2012

Aku Jahat

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/30/2012 11:13:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


HAHAHAHAHAHA

Ok, mula-mula kita gelak dulu. Lepas tu baru kita cerita. Alkisahnya hari ni aku nak pergi jenjalan...bercuti le kekdahnya. Dah tu, aku tak sakit, cemana aku nak dapat cuti. Kalau mohon awal, komfem pengetua aku tak bagi punya. Tapi hari ni last day, ah, tak kira.

Jap lagi aku nak g klinik. Malam tadi aku makan dekat restoran Kampungku, balik je, 2 jam lepas tu terus aku muntah-muntah. Terkeluar balik semua benda yang aku order kat Kampungku tu. Huhu pagi ni dapat cibit-ribit. Ok la kan, ade la alasan nak mintak MC.

*** bersambung selepas ini**

Aku dapat MC beb! Haha gembira tak terkata. Elok je dapat MC, Kak Nora ajak makan KFC. Cara ah, balik pulak hujan-hujan, Kak Gee ajak gi jenjalan. Aku on jek. Memang kegemaran aku jalan-jalan bazir duit nih. Ala..kengkadang tu cuci mata jek.

Malam tu, berangkat pulak ke Lumut. Sampai pepagi, aku check in hotel. Sementara tunggu dia balik keje, aku round kat area Waterfront tu. Sarapan, beli skit sotong kering, satay ikan dan yang sebakul dengannya tu lepas tu lunch sengsorang. Kalau menginap area Waterfront ni, tak susah nak carik makan. Semua ada, bole la jalan sengsorang cuci mata hikhik

Kenyang perut, masa pun dah area-area dia balik keja. Siap-siap, terus dia datang jemput gi Penang. 3 jam okeh atas jalan. Tulang punggung aku ni rasa macam dah nak tercabut aje.

Malam barbeku, lopeh tu den membuto, esok balik kul sembilan. Puas hati. Walaupun letih, tapi jumpe jugak kengkawan, sayangnye takde gambar waaaaa kamera den lupo bawak!

Alang-alang tu, aku dapat call. Katanya program yang aku tengah join ni, sambung sampai ujung tahun. Emm...kempunan aku nak balik kampung masak steamboat. Walaupun aku tak mengharap sangat program ni disambung, tapi rata-rata orang yang mendengarnya gembira.

Kak Gee gembira,nanti Kak Nora balik kampung bersalin, ade orang teman. Mak Uteh gembira, nanti anak dia tunang ngan kawin, aku ada lagi kat sini. Mak gembira, sebab boleh la aku kumpul duit kawen cecepat sikit. Wan pulak...entah la. Aku bitau, dia selamba aje. Hukhuk

Aku pun happy la jugak, ada jugak duit kocek bulan-bulan. Lepas tu, berangan pulak nak pakai keta bulan 6 ni. Keta idaman? Hyundai i10. Heheh berangan jek. Kalau pakai keta, bilenye aku nak ngumpul duit kawen?!

Ari tu aku dapat gaji tertunggak untuk bulan 1 dengan 2. Agak-agak bulan ni dapat tak tunggakan bulan 3 dengan bulan 4 punya? Hehe kayo den, kayo!!

Tuesday, March 27, 2012

naked II

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/27/2012 11:13:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Monday, March 26, 2012

naked

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/26/2012 10:16:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.

Sebaik sahaja keretanya hilang dari penglihatanku...aku terkedu. Tadi bibir ini tutur berbicara, kini seolah-olah membeku.

Aku melangkah pantas masuk ke dalam rumah. Dada terasa sesak. Rancangan menonton tv bersama housemate aku lupakan. Terus aku melangkah masuk ke dalam bilik.

Aku mendail nombor tunangku..semakin aku tunggu dia menjawab panggilan, langsung hati ini jadi semakin sesak. Kad perkahwinannya ku tatap. Tanganku terketar-ketar.

Beberapa ketika kemudian, panggilan telefon diterima. Sebaik sahaja aku mendengar suara tunangku, air mataku berderai jatuh seperti hujan. Lebat tidak terkata. Suaranya tenang dan ceria...seperti selalu. Mendengarnya menjadikan aku lebih bersalah.

Kenapa harus mencintai lelaki lain...sedangkan disisi sudah ada dia yang ikhlas menerima seadanya.

***

Terima kasih kerana menemukan saya dengan dia.
Terima kasih kerana mengajar saya,bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki
Terima kasih kerana membuktikan bahawa
Jika kita sayangkan seseorang, kita haruslah sedia melepaskannya demi kebahagian dia...
Sebab saya sayangkan awak

Friday, March 16, 2012

when mak asked me to married

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/16/2012 10:04:00 AM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


Dulu belum tunang, tanya bila nak tunang. Dah tunang, bila nak kawennya? Waaa...adakah kahwin itu seperti membeli beger di tepi jalan? Tapi kan, kawan aku pernah kata, 'kalau niat kita baik, insyaAllah Allah akan permudahkan.' Aminnnn la doa kau tu, Mus.

Aku tanya akak-akak serumah aku tu, masing-masing kawen cecah puluh-puluh ribu. Dengar je PULUH RIBU dah berpinar mata aku, jantung berdegup kencang, kepala pening-pening, perut memulas. Eh kenapa simptom macam kena cirit-birit ni?

Kalau tak nak pelamin, tak payah sanding, tak nak karoke, tak nak malam berinai, tak nak bertandang...sume taknak. Kita buat akad nikah je. Voley gitew? Anyway, my mum would surely want to held a kenduri kesyukuran by that time, that's okay with me.

Errr....kursus kawen bile mau ambik?

Wednesday, March 14, 2012

wordless wednesday :: Candy Buffet

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/14/2012 08:09:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.


western wedding deco for candy buffet


my cousin's deco for candy buffet

Candy Buffet is rather a simple idea on how you may entertain the kids during the majlis. Kids may choose which one they like. It's better if it's packed (if you have like more than 20 types) when it comes to them rather than make them choose (which might take ages!).

You may dip chocolate cookies in white and chocolate flavor, some chewy candy, pickles and some hard candy. My cousin's make her own chocolate flavored in almond, raisin and strawberry. I was thinking about it too :)

Chocolate fountain is another thing in mind.







Aku lagi suka sewa mesin chocolate fountain je. Sebab kalau difikir-fikirkan, macam mahal je amik pakej yang sedia ada. Tapi kalau dah ada chocolate fountain, barang-barang pun lebih kurang sama macam barang kat meja candy buffet...tak payah la ek.

Tuesday, March 13, 2012

a thousand years...

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/13/2012 09:41:00 PM 0 comments
Assalammualaikum w.b.t.



and all along i believed
i would find you
time has brought
your heart to me
i have loved you
for a thousand years