Assalammualaikum w.b.t.
HAHAHAHAHAHA
Ok, mula-mula kita gelak dulu. Lepas tu baru kita cerita. Alkisahnya hari ni aku nak pergi jenjalan...bercuti le kekdahnya. Dah tu, aku tak sakit, cemana aku nak dapat cuti. Kalau mohon awal, komfem pengetua aku tak bagi punya. Tapi hari ni last day, ah, tak kira.
Jap lagi aku nak g klinik. Malam tadi aku makan dekat restoran Kampungku, balik je, 2 jam lepas tu terus aku muntah-muntah. Terkeluar balik semua benda yang aku order kat Kampungku tu. Huhu pagi ni dapat cibit-ribit. Ok la kan, ade la alasan nak mintak MC.
*** bersambung selepas ini**
Aku dapat MC beb! Haha gembira tak terkata. Elok je dapat MC, Kak Nora ajak makan KFC. Cara ah, balik pulak hujan-hujan, Kak Gee ajak gi jenjalan. Aku on jek. Memang kegemaran aku jalan-jalan bazir duit nih. Ala..kengkadang tu cuci mata jek.
Malam tu, berangkat pulak ke Lumut. Sampai pepagi, aku check in hotel. Sementara tunggu dia balik keje, aku round kat area Waterfront tu. Sarapan, beli skit sotong kering, satay ikan dan yang sebakul dengannya tu lepas tu lunch sengsorang. Kalau menginap area Waterfront ni, tak susah nak carik makan. Semua ada, bole la jalan sengsorang cuci mata hikhik
Kenyang perut, masa pun dah area-area dia balik keja. Siap-siap, terus dia datang jemput gi Penang. 3 jam okeh atas jalan. Tulang punggung aku ni rasa macam dah nak tercabut aje.
Malam barbeku, lopeh tu den membuto, esok balik kul sembilan. Puas hati. Walaupun letih, tapi jumpe jugak kengkawan, sayangnye takde gambar waaaaa kamera den lupo bawak!
Alang-alang tu, aku dapat call. Katanya program yang aku tengah join ni, sambung sampai ujung tahun. Emm...kempunan aku nak balik kampung masak steamboat. Walaupun aku tak mengharap sangat program ni disambung, tapi rata-rata orang yang mendengarnya gembira.
Kak Gee gembira,nanti Kak Nora balik kampung bersalin, ade orang teman. Mak Uteh gembira, nanti anak dia tunang ngan kawin, aku ada lagi kat sini. Mak gembira, sebab boleh la aku kumpul duit kawen cecepat sikit. Wan pulak...entah la. Aku bitau, dia selamba aje. Hukhuk
Aku pun happy la jugak, ada jugak duit kocek bulan-bulan. Lepas tu, berangan pulak nak pakai keta bulan 6 ni. Keta idaman? Hyundai i10. Heheh berangan jek. Kalau pakai keta, bilenye aku nak ngumpul duit kawen?!
Ari tu aku dapat gaji tertunggak untuk bulan 1 dengan 2. Agak-agak bulan ni dapat tak tunggakan bulan 3 dengan bulan 4 punya? Hehe kayo den, kayo!!
Friday, March 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment