.

seposen untuk Porsche

Monday, March 26, 2012

naked

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 3/26/2012 10:16:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Sebaik sahaja keretanya hilang dari penglihatanku...aku terkedu. Tadi bibir ini tutur berbicara, kini seolah-olah membeku.

Aku melangkah pantas masuk ke dalam rumah. Dada terasa sesak. Rancangan menonton tv bersama housemate aku lupakan. Terus aku melangkah masuk ke dalam bilik.

Aku mendail nombor tunangku..semakin aku tunggu dia menjawab panggilan, langsung hati ini jadi semakin sesak. Kad perkahwinannya ku tatap. Tanganku terketar-ketar.

Beberapa ketika kemudian, panggilan telefon diterima. Sebaik sahaja aku mendengar suara tunangku, air mataku berderai jatuh seperti hujan. Lebat tidak terkata. Suaranya tenang dan ceria...seperti selalu. Mendengarnya menjadikan aku lebih bersalah.

Kenapa harus mencintai lelaki lain...sedangkan disisi sudah ada dia yang ikhlas menerima seadanya.

***

Terima kasih kerana menemukan saya dengan dia.
Terima kasih kerana mengajar saya,bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki
Terima kasih kerana membuktikan bahawa
Jika kita sayangkan seseorang, kita haruslah sedia melepaskannya demi kebahagian dia...
Sebab saya sayangkan awak

0 comments: