.

seposen untuk Porsche

Wednesday, July 17, 2013

Nikmatnya berpuasa

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 7/17/2013 09:49:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sedang berusaha menunaikan salah satu Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Sememangnya bagi aku, terasa amatlah seronoknya waktu berbuka apabila dapat meneguk minuman. Tapi malangnya aku ni tak beranilah minum air sejuk waktu berbuka, stamina aku di bulan puasa ni merudum aje penurunannya. Jadinya aku berbukalah dengan kopi atau teh panas. Pergh, nikmat ok. Asalkan dapat minum.

Setakat ni tak ada rasa nak pitam atau muntah-muntah, tapi rasa haus ya amat. Macam orang lain jugak. Lapar pun kurang. Betapa aku sangat menghargai setiap teguk yang aku minum selama ni. Alangkah nikmatnya air anugerah Allah s.w.t. itu.

Malangnya, aku ni terlalu kuat pulak minum teh dan kopi di bulan-bulan pose ni, sehingga aku mampu minum air kosong 2 gelas sahaja sehari. Sebelum tidur dan semasa sahur. Sepatutnya kena lebihkan kerana kalau badan aku dehidrasi, air ketuban untuk baby pun boleh terhidrat sekali. Baru tahu huhu. Jadinya lepas ni kena tingkatkan minum air kosong.

Bulan puasa kali ini jugalah menunjukkan betapa MALASnya aku untuk memasak buka. Tahun lepas kemain rajin lagi. Buat mi kungfu la, soto lah, masak nasi...tahun ni, setakat ni muka aku tak pernah gagal check-in dekat bazar sekitar Masai ngan Pasir Gudang ni. Cuma waktu sahur aku gagahkan diri untuk masak jugak, walaupun sekadar goreng telur. Tapi hari tu berjaya buat daging padkapau untuk sahur. Kira ok jugaklah kan.

Minggu depan ada lagi sekali check kat Klinik Kesihatan. Tak kusangka, baby dah nak masuk 8 bulan. Hihi. Semalam baca, katanya usia kandungan macam ni, bayi dah boleh menggeliat, kelip-kelip mata, jari pun dah boleh gerak-gerak. Membayangkan macam manalah budak tu menggeliat dalam perut, aku tersenyum sendiri.

Tahun ni agak berbeza, beraya pun dah ada dua kampung secara otomatiknya. Labis dan Muar. Walaupun tak jauh, setakat Wan bawak keter, aku rasa sejam setengah aje jaraknya, tapi bila beraya kena lah bagikan cuti.

Cuti rayaku bermula awal. In sha Allah seawal 3hb Ogos 2013. Haa awal kan. Mulanya nak temankan dia kat Lumut nun ha, tapi mak aku kata dah sarat tu tak payah la pergi jauh-jauh. Balik kampung yo lah. Kot terberanak kat Lumut kang satu hal plak nak balik Johor. Sebab masa tu aku kandungan dah mencecah 8 bulan. Kalau ikutkan aku, sapelah takmau teman suami sendiri. Huhu. Dia pulak taktau cuti rayanya bila.

Kalau balik kampung, sempat la aku menguli kuih raya sejenis dua. Setakat ni dah dua buku kek lapis aku tempah..rasa macam nak kensel tapi segan la pulak. Almaklumlah, mau cecah RM200.

------> bersambung. Toilet.

Alhamdulillah. Lega. Satu fakta yang aku baca, bila kandungan dah masuk trimester terakhir, akan terasa tekanan di kawasan pundi kencing yang mengakibatkan ibu-ibu hamil akan terasa kerap nak buang air.

Buat masa sekarang, duduk lama sangat pun rasa kurang selesa. Berdiri pulak cepat letih. Rasa senak jek bahagian bawah dada ni. Yang paling selesa, semestinya berbaring. Hahah.

Oh ya, feveret den maso bulan poso ni ialah air sirap bandung soda. Dulu pernah buat sekali, berketul pulak susunya. Kali ni, aku buat dengan berhati-hati. Aku kacau dulu susu cair dengan kordial ros. Pastu dah elok warnanya, baru aku masukkan aiskrim soda. Terus kacau. Macam ni, takla mendadih susu tu tadi. Aku buat tak letak air kosong, memang soda tu aku letak banyak. Hasilnya, pekat, segar dan manissss menyelerakan. Aku memang minat manis ok. Jadi, tak ada masalah sangat nak hadap air tu. Cuma kalau buat kat rumah (maksudnya, kampung) memang la aku letak air masak. Kalau tak bising mak aku.


Aku harap, semoga kekuatan terus diberikan olehNya untuk meneruskan ibadah berpuasa ni. Nikmatnya ketika berbuka, Subhanallah...hanya Tuhan yang tahu.


0 comments: