Assalammualaikum w.b.t.
Seronok pulak dah masuk minggu kedua puasa ni, ramai orang dah mula fikir-fikir nak balik kampung mana (kalau yang dah kawen la), nak baju raya kaler apa, cuti berapa hari dan memacam lagilah.
Hampanya, raya tahun ni aku antara yang menghadapi konflik kepentingan. Dia nak balik rumah dia, aku pulak mesti la nak balik rumah aku. Kata-kata kawan aku sumernya mengharapkan agar raya kali pertama bagi orang yang baru kawen, mesti la nak balik rumah perempuan...langsung tak boleh pakai!
Dia tak ada sesiapa kat rumah malam raya nanti, akak dia tahun ni beraya di rumah mertua. Adik dia pulak berkemungkinan raya kat Melaka dulu. Sebab tahun lepas masing-masing kat Labis. Aku pulak, Zana dah inform awal-awal tak dapat balik raya. Cuti raya dia start raya kedua ke ketiga, camtu la. Pun takde sapa kat rumah nanti malam raya. Haruslah aku berada di sana.
Apa pun, aku bersyukurlah sebab jarak Muar ke Labis tu tak jauh. Tapi konflik jugak bila nak balik kampung tu. Huhu.
Rancangnya macam nak buat biskut raya sendiri. Biasalah, tahun sebelumnya dua buku kek lapis aku buat. Rindu pulak nak melapis. Dulu buat kek lapis strawberry cheese dengan kek lapis oreo. Tahun ni dua buku aku tempah. Huu...menanges aku nak membayor rege tu nanti. Masa testing ari tu mana ingat nak tengok harga, dah letak nama dengan jenis kek, tengok harga, rasa nak tertelan gigi.
Apa pun, aku rasa harga kuih di bazar tahun ni memang MAHAL. Aku terkejut rata-rata letak harga kuih RM2 untuk 5 bijik! Dah la saiz kuihnye kecik. Paling aku terkejut Najmie beli popia, 2 bijik SERINGGIT! Popia tu panjangnya ada la panjang jari telunjuk aku ni ha, nipis jek. Mintak maaflah, tapi aku memang tak support peniaga yang carik untung cekik darah ni. Tapi aku pelik, kedai dia tetap ramai orang pergi.
Aku support peniaga yang memberi aku kepuasan dalam membeli kuih. Setakat ni ada la sorang makcik ni jual kuih, saiz kuih ok la, tak la besar sangat tapi kalau seringgit tiga bijik tu kira berbaloi la. Sedang elok. Dan kedai dia pun sentiasa je ada orang. Aku kalau ke situ, memang antara yang aku beli ialah kuih kertas/getas ataupun lepat ubi.
Bila dah duduk sendiri ni, rasa rindu pulak nak bukak puasa kat kampung. Aku ingat lagi, dulu masa sekolah, punya la tensen aku hari-hari kena tolong mak masak buka. Aku pikir, kalau beli je kan senang. Mak pulak kata, 'beli bukannya sedap pun.'
La ni, bila dah duduk sendiri, hari-hari beli, mula la aku mengiyakan kata-kata mak tu. Buat sendiri memang best. Cuma kalau aku kat sini, nak buat sendiri buka tu agak kurang berbaloi la. Makan sorang je. Beli lagi jimat. Aku buat puding berkuah pun ambik masa 3-4 hari jugak nak habis. Kalau kat rumah, hari tu buat, hari tu jugak lesap. So bila aku terpikirkan bubur lambuk ke, serawa pulut durian ke, aku tunggu balik kampung je la buat. Kalau buat kat sini, entah bila pulak nak habis.
Aku pernah masak bubur lambuk. Dan portion tu tak banyak pun, tapi tetap payah nak abes. Hmm kalau terasa nak makan lagi, aku ambik je kot bubur lambuk kat masjid Masai tu nanti.
Sunday, July 21, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment