Assalammualaikum w.b.t.
Dua hari sebelum Aidilfitri, aku hampir-hampir saja ditahan di hospital kerana mengalami kontraksi hari sebelumnya. Kus semangat tak kena tahan. Kalau tak, mau beraya kat wad bersalin aku ni. Hal ini disebabkan oleh ketidakhairanan aku memakan durian dalam jumlah yang banyak. Kalau diikutkan, makan durian hanya menyebabkan panas badan dan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan akan mempercepatkan tumbesaran bayi. Tapi aku tak tau plak kalau mempercepatkan kelahiran. Huhu
Apa-apa pun, kesian pada asbenku kerana dialah yang menunggu paling lama sekali sepanjang menemani aku di hospital. Bayangkanlah admitted pukul 12 tengahari, dalam pukul 3.30 petang baru keluar wad. Sepatutnya hari tu giliran di rumahnya, tapi lambat sampai. Huhu. Punyalah plan nak goreng kuetiaw, tak sempat. Sampai Maokil dah pukul lima setengah, aku sempat gorengkan naget ayam jek. Hee untungnya Umi dah buat sup tulang. Feberet den!
Sepanjang dia cuti, sekali jek dia puji aku masak sedap. Iaitu sandwich sardin! Huhu. Dia kata, 'Saya rasa untuk sandwich sayang ni, saya boleh bagi 9.5 dari 10.' Ceh, punyalah banyak benda lain aku masak, sandwich jek yang dapat pujian?
Cuti juga menguji aku membuat kek lobak merah untuk pertama kalinya. Emm...boleh tahan la sedapnya. Tapi mungkin tak kena dengan tekak mak bapak aku kot.
Semalam sebelum dia bertolak, aku nyatakan hasrat untuk ikut dia balik ke Lumut. Dia tak bagi sebab hujung minggu ni dia duty. Emm...kalau tak aku memang nak teman. Risau pulak drive sorang-sorang bila dah malam. Elok pulak semalam time dia bertolak tu, hujan. Huwaa lagi la risau berduyun-duyun aku dibuatnya.
Jadinya, setiap sejam aku akan call dia tanya dia dah sampai mana. Risau beb. Aku jugak bawakkan goody bag untuk dia. Hikhik. Dari time bercintan lagi aku ni memang suka bekalkan dengan goody bag. Cuma dulu time bercintan, aku bekalkan coklat je lah. Kali ni, dalam goody bag dia ada towel (aku tak tau apa gunanya towel tu, aku bagi sebab dapat free), biskut raya dalam bekas cantik (bekas recycle kawen hari tu), coklat 2 bar dan gula-gula mentos. Mak aku bekalkan peyek dengan tumpi dengan maruku sembelit. Haha maruku sembelit ialah gelaran untuk maruku yang dibuat guna kacang dal tu, yang kasar-kasar tu. Namanya memang menjijikkan sikit.
Kurang plak daya nak ambik gambo tahun ni. Biasanya rajin je aku amik gambo, tapi sebab tahun ni punya raya aku sibuk kat dapur, pastu keletihan, emm...terpaksa aku lupakan sebentar kegemaran aku tu.
Cuti masih berbaki lagi 5 hari, seronoknya~
Monday, August 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment