.

seposen untuk Porsche

Thursday, August 28, 2014

Pasal kawan dan hidup

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/28/2014 09:59:00 AM
Assalammualaikum w.b.t.

Pengalaman belajar sepanjang aku hidup membuatkan aku sangatlah menghargai peluang untuk mencapai kecemerlangan. Aku bukanlah pelajar bijak pandai..sering dapat keputusan terbaik. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha.

Bagi aku, perkara paling penting kalau nak belajar ialah kena bijak pilih kawan. Aku ingat lagi masa aku berada di menengah atas. Masa tu kerana salah pilih kawan, keputusan aku jadik teruk sangat. Sehinggalah SPM pun aku tak mampu skor. Mungkin aku tak patut salahkan kawan tapi itu antara salah satu punca aku lalai.

Bila aku masuk tingkatan 6, Alhamdulillah aku dapat kawan yang semuanya berlumba-lumba nak rebut result bagus. Aku pun jadi termotivasi untuk berlumba sama dan hasilnya, dapatlah aku anugerah pelajar harapan dan pelajar terbaik sekolah.

Bila aku masuk U, sekali lagi aku tersalah pilih kawan di mana sem pertama aku dapat pointer cukup-cukup makan. Mungkin sebab bila masuk U, nak tune cara belajar sendiri, dengan duit PTPTN pulak tu, mana taknya boleh leka. Tapi bila aku berubah arah, aku jumpa dengan kawan yang betul-betul boleh membantu aku dan sekaligus menarik aku untuk belajar. Alhamdulillah, dengan dia, dia kerap beri galakan untuk belajar. She's one of a kind that really help me. Merasalah juga aku dekan untuk 3 tahun berturut-turut.

Aku bukan nak berlagak tapi itulah realiti bila kita pandai memilih kawan. Memanglah kadang-kadang rasa segan nak bertanya pada orang yang lebih pandai, tapi aku tanamkan prinsip 'malu bertanya sesat jalan', aku ringankan mulut untuk bertanya. Dia nak tolong atau tak, belakang kira. Sekurang-kurangnya aku dah cuba.

Sampai sekarang aku masih merasakan pentingnya untuk mendapatkan kawan yang betul dalam hidup. Sebab kawanlah, kita mudah terpengaruh dan sebab kawan jugalah, kita boleh bangkit. Semasa di tempat kerja lama, aku ada kawan yang aku rasa, mereka boleh membantu aku bila-bila masa. Bukan pasal masa susah baru mintak tolong. Tak. Mereka ialah kawan yang akan tegur kalau kita buat silap. Memanglah kadang-kadang rasa kecik hati tapi itulah yang terbaik. Benda yang betul selalunya pahit nak telan.

Berbeza di tempat kerja baru, aku masih lagi 'kera sumbang'. Sendirian kesana kesini. Kawan tu memanglah ramai tapi bukan dalam group. Mungkin aku masih memerlukan masa untuk adapt dengan suasana baru. Dan jugak, mungkin sebab aku dah duduk dengan suami dan anak, jadi kawan tu dah jatuh tempat kedua. Tapi kengkawan yang lama tu memang aku terus menerus hubungi sebab they're the best.


0 comments: