Assalammualaikum w.b.t.
Semoga semua sihat dan berada dalam lindungan serta barakah Allah s.w.t. hendaknya. Cuti sudah bermula. Satu kekurangan bagiku kerana suami tiada di rumah sepanjang cuti. Ada aktiviti. Sudahnya berdua la aku dengan si bujang senang tu. Anak bujang aku tu tido lambat, bangun lambat. Elok jugak..ada masa den nak surf internet, sarapan, baring-baring dan tak perlu tengok Disney channel. Heheh
Sementelah di sini ramai jugak bini-bini yang ditinggalkan suami sempena LIMA Langkawi tu, kami plan nak buat makan-makan. Aku mungkin merancang untuk tidur di rumah Bella. Cumanya dia tu bekerja, kesian pulak kalau tidur rumah dia, mesti rushing pagi-pagi dengan tetamu dan anak. Jadi, keputusan untuk tidur masih belum ada.
Perancangan untuk masakan untuk dibawa ke rumah dia pulak...emm setakat ni tak tahu lagi nak masak apa. Kalau lunch, aku nak masak sambal udang atau udang masak lemak dengan nenas. Lepas tu kena la buat sup ayam untuk anak-anak makan.
Baru beberapa hari aku ambil kolagen. Gituu. Sejak-sejak umur nak mencecah 3 series ni, aku kena titik beratkan sikit soal tubuh badan. Yang best nya, aku rasa la bertenaga sikit sejak ambik kolagen ni. Lagipun, aku kerap minum air. Sehari at least I drink almost 3 litres of plain water. It really helps me flush out sisa-sisa yang tak diperlukan tubuh. However I once read that drinking too much is not good. So take water moderately. 20kg = 1 litres of water, so if you're 60kg, that means at least 3 litres of water.
To be continued...bujang dah bangun
Monday, March 16, 2015
Tuesday, March 10, 2015
Juggle not jungle
Assalammualaikum w.b.t.
What a hectic month I should say to myself. Mungkin permulaan tahun yang agak sukar bagi aku. Kerana aku telah mengambil banyak cuti yang semestinya tidak menggembirakan hati orang atasan. Di sebalik tugasan yang menunggu untuk disetelkan dan kekerapan menghadiri mesyuarat di sana sini.
Sekejap.
Awal pagi 5.30 aku sudah bangun menyiapkan diri dan anak serta mengejutkan suami. Selesai menyiapkan diri, siapkan anak dan susu, mengejutkan suami untuk kali ke lima atau enam. Kemudian menghantar anak ke rumah pengasuh dan langsung ke tempat kerja. Terus memulakan tugasan sehingga jam empat.
Jam lima setengah aku sampai di rumah bersama anak dan terus memulakan tugas memandikan anak, solat, memasak dan mengemas. Kadang kala aku ambil kesempatan untuk membasuh baju. Selesai semua, suami pulang dan makan bersama. Melihat Raid bermain nasi dengan seronoknya sambil terjegil mata namun langsung anak bujangku buat tak tahu. Mengemas meja dan seterusnya solat Maghrib pula.
Usai Maghrib dapatlah menonton drama kegemaran sambil tengok berita dan gosok baju dan bergaduh lagi dengan si bujang kecik yang sibuk ajak main. Dalam jam sembilan setelah selesai semua urusan duniawi, aku akan ajak Raid masuk bilik, kemudian melayan dia sama ada baca buku atau main bola sampai la dia tertido.
And pathetically that is how it goes for the rest of the working days. For me, that was a tough week. And I really need rest for the week end. Baru la merasa letihnya menjadi surirumah bekerjaya. Aku cukup letih kadangkala tapi usaha menjadi kuat bila melihat wajah anak.
Habis.
Belum hilang letih, mertua menjenguk. Ini lah kali pertama mereka datang menjenguk rumah kami setelah setahun berpindah. Aku cuma harap mereka bepuas hati. Bilik hanya disediakan apa yang ada je. Nak buat macam mana, baru dapat berita hari Ahad sedangkan Ahad pula suami bekerja sehingga malam. Memang tak sempat la nak letak karpet ka..siapkan lampu ka..bla bla bla
Jadinya, esok pagi buta mereka sampai, aku pula tiada di rumah, anak demam. Pandai-pandailah suami aku nampaknya.
Kesian suami dan anak. Sememangnya aku nak pencen awal.

Subscribe to:
Posts (Atom)