Assalammualaikum w.b.t.
What a hectic month I should say to myself. Mungkin permulaan tahun yang agak sukar bagi aku. Kerana aku telah mengambil banyak cuti yang semestinya tidak menggembirakan hati orang atasan. Di sebalik tugasan yang menunggu untuk disetelkan dan kekerapan menghadiri mesyuarat di sana sini.
Sekejap.
Awal pagi 5.30 aku sudah bangun menyiapkan diri dan anak serta mengejutkan suami. Selesai menyiapkan diri, siapkan anak dan susu, mengejutkan suami untuk kali ke lima atau enam. Kemudian menghantar anak ke rumah pengasuh dan langsung ke tempat kerja. Terus memulakan tugasan sehingga jam empat.
Jam lima setengah aku sampai di rumah bersama anak dan terus memulakan tugas memandikan anak, solat, memasak dan mengemas. Kadang kala aku ambil kesempatan untuk membasuh baju. Selesai semua, suami pulang dan makan bersama. Melihat Raid bermain nasi dengan seronoknya sambil terjegil mata namun langsung anak bujangku buat tak tahu. Mengemas meja dan seterusnya solat Maghrib pula.
Usai Maghrib dapatlah menonton drama kegemaran sambil tengok berita dan gosok baju dan bergaduh lagi dengan si bujang kecik yang sibuk ajak main. Dalam jam sembilan setelah selesai semua urusan duniawi, aku akan ajak Raid masuk bilik, kemudian melayan dia sama ada baca buku atau main bola sampai la dia tertido.
And pathetically that is how it goes for the rest of the working days. For me, that was a tough week. And I really need rest for the week end. Baru la merasa letihnya menjadi surirumah bekerjaya. Aku cukup letih kadangkala tapi usaha menjadi kuat bila melihat wajah anak.
Habis.
Belum hilang letih, mertua menjenguk. Ini lah kali pertama mereka datang menjenguk rumah kami setelah setahun berpindah. Aku cuma harap mereka bepuas hati. Bilik hanya disediakan apa yang ada je. Nak buat macam mana, baru dapat berita hari Ahad sedangkan Ahad pula suami bekerja sehingga malam. Memang tak sempat la nak letak karpet ka..siapkan lampu ka..bla bla bla
Jadinya, esok pagi buta mereka sampai, aku pula tiada di rumah, anak demam. Pandai-pandailah suami aku nampaknya.
Kesian suami dan anak. Sememangnya aku nak pencen awal.
Tuesday, March 10, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment