.

seposen untuk Porsche

Monday, August 24, 2015

Belanja berhemah

Posted by kaki ayam a.k.a. ceker at 8/24/2015 12:57:00 PM
Assalammualaikum w.b.t.

Semenjak kemerosotan nilai ringgit, aku pun cuba untuk memahami apakah efeknya kepada kita. Then I get to know that there's no value for our money outside Malaysia and that harga emas naik. Bahahah

Memetik satu laporan di sebuah forum online mengenai pendapatan dan jenis kereta yang mampu dipakai, aku terkejut mendapat tahu gaji dari rm3000-4000 mampu sahaja untuk menggunakan kereta seperti Mazda, Honda City dan juga Volkswagen Polo sedan!

Mentaliti generasi muda skang ni yang aku dapat lihat ialah, sebaik sahaja habis belajar, semua pulun carik kerja dengan angan-angan gaji Rm3000+ dan lepas tu nak kahwin dan buat loan untuk kahwin. Walaupun aku boros, tapi aku tetap beringat.

Berbelanjalah secara berhemah. Kalau macam aku, hujung bulan sebelum gaji masih mampu spend sikit untuk bercuti. Tapi, syaratnya duit dikumpul dari awal. Bahahah. Mana la nak dapat duit hujung bulan sebelum gaji tu unless kau korek la ASB tu ha. Itu pun kalau ada. Kalau takda?

Pentingnya baya-baya aku ni berbelanja secara berhemah. Setakat ni aku perasan ada sejenis (kengkawan aku rata-rata baya 25- 32) yang jenis berbelanja ikut suka. Maksud aku, beli apa saja dia nak. Hat ni biasanya laki bini mampu, laki peguam ada own practice plak tu. Tak kisah la kan.
Hat lagi satu, jenis biar papa asal bergaya. Yang ni pun ada. Jenis tudung nak paritdah, orang beli rumah, kau pun nak beli rumah jugak, pakai keta 2 bijik lepas tu personal loan melambak. Sampai kat Aeon kredit pun jadi tempat pinjaman. Anak bagi la susu cap murahan asal tudung dan baju ibu bapa bertukar. Adoiii...lepas tu hujung bulan meminjam kengkawan. Dinasihat kawan katanya busy body. Sudahnya, kelautlah kamu anak-beranak.

Alhamdulillah, aku percaya jika kita pandai mengurus kewangan, hidup jadi lebih mudah. Prinsip aku senang, biarlah aku tenang dengan kereta kecikku berbanding pakai kereta besar tetapi maintenance tinggi. Memang sentiasa teringin dalam hati sebab kereta continental sentiasa lebih menarik pada pandangan mataku. Juga kalau kereta jenis ini yang menarik pandangan sopan saudara-mara. Berbanding kereta kecilku yang kini, pandang sebelah mata waima tanya khabar pun takmau.

Seringkali berkongsi rasa dengan rakan sekerja, katanya dia juga mahu begitu. Akhirnya kami saling menguatkan semangat masing-masing. Tak mengapalah kereta kecil, asalkan sampai hujung bulan masih mampu jalan-jalan dan balik kampung. Asalkan setiap bulan masih mampu mengirim wang kepada mak bapak kat kampung.

Paling penting, kurangkanlah makan di luar. Sekali sekala di hujung minggu tidak mengapalah. Untuk wanita bekerja sepertiku, makan diluat amatlah memenatkan. Sedap pulak belum tentu. Lebih eloklah jika masak, suami dan anak merasa air tangan sendiri. Bersih pun terjamin walaupun lauknya ala kadar.

Beli barangan dapur setiap hujung minggu, especially lauk-pauk. Aku jenis merancang lauk untuk the whole week. Wajibnya ada ayam, udang, daging segar dan ikan. Wajibnya juga sayuran tahan lama seperti kobis dan labu. Selalu juga kobis, kailan dan cendawan jadi sayuran wajib. Jadi sekali belanja baru cecah rm50-70 untuk seminggu. Itu pun bergantung juga.

Aku juga amalkan bulk buying untuk sesetengah barangan macam lampin pakai buang. Sekotak sekali beli, untuk jangka panjang. Susu anak juga akan dipastikan beli lebih. Selalunya stok sebulan jugak.

Akhirnya baki barulah dibuat untuk makan diluar sekali sekala atau berjalan dan bercuti. Aku juga bukanlah kaki online shopping yang setiap bulan beli selendang Neelopar atau baju mahal. Payah juga nak beli baju baru tetapi undies aku akan pastikan yang terbaik.

Pentingnya, pokok pangkalnya, diri sendiri. Jika kita berbelanja dengan berhemah, pasti senang dimasa akan datang, in sya Allah.




0 comments: