Assalammualaikum w.b.t.
Kebelakangan ni (akceli baru bulan ni) Jemah (bukan nama sebenar) telah boros berbelanja sampai Asben pun kata benda yang serupa. Pembiayaan ASB Jemah terpaksa ditanggung oleh Asben kerana Jemah telah habiskan petty cash Jemah yang selama berbulan-bulan Jemah kumpul.
Jadi, oleh kerana perbelanjaan isi rumah terpaksa ditanggung Asben sepenuhnya, maka Jemah pun secara tak langsung menerima budget yang sangat tight. Jemah dah tinggalkan tabiat Jemah untuk order brownies chewy gooey dari member Jemah kerana hal ini.
Jemah juga sudah mula untuk membeli lauk-pauk stok peti ais untuk setiap minggu. Kadang-kadang tahan dua minggu kalau Jemah rasa Jemah bizi. Yaa...Jemah akan beli juga nasi bungkus, tapi hanyalah sebungkus. Kerana Jemah perasan Jemah makan sikit dan anak makan banyak.
Setiap kali beli lauk seperti ayam, ikan dan udang, Jemah akan pastikan lauk tersebut dipek dalam bekas yang kecil. Ini kerana kalau kita simpan sekilo udang dalam 1 bekas besar, nak masak nanti kena tunggu defrost semua baru boleh ambik sikit.
So Jemah rasa Jemah bijak (perasan lagi), Jemah gunakan plastik yang Jemah beli di Ikea beberapa bulan lepas dan bahagikan lauk-lauk tersebut. Contohnya, setiap kali masak udang butter, kami memang akan makan paling kuat pun 4 ketul seorang, so Jemah akan letak 8-10 ketul udang dalam 1 beg. Dan lagi 8-10 ketul dalam beg yang lain.
Begitu juga dengan ayam dan ikan. Untuk ayam, Jemah hanya beli bahagian peha dan tight sahaja. Sebab itu bahagian feveret. So akan ada 2 ketul untuk setiap pek.
Jemah juga telah menanam sifat bahawa makan di luar belum tentu selamat. Sebab Jemah selalu terpengaruh dengan status FB yang dikongsi rakan-rakan mengenai santau, udang tak siang, sotong yang hanyir dan sebagainya. Jemah akan sedaya-upaya masak juga walaupun kadangkala hauk. Ternyata memasak mengurangkan kos makan di luar. Contohnya makan di luar walaupun nasi goreng dan teh ais, Tentu tentu dah cecah paling kurang rm6. Tapi Jemah berkeluarga, so paling kurang rm20 dah tentu terbang.
Jemah rasa, kalau masak tu rm20 dapat dah peha ayam dan tight 4 ketul, tambah dengan ikan siakap saiz sederhana. Boleh dah buat lauk untuk 3 hari sekurang-kurangnya.
Jemah juga memastikan Jemah tak beli mainan anak sesuka hati. Itu ialah feveret Jemah yang terpaksa dibuang. Baru-baru ni Jemah membelikan anak set Lego made in China, jenis blok yang besar berharga rm68. Jemah tak bayar, Jemah mintak suami bayarkan. Jadi, perbelanjaan jimat sedikit disitu.
Jemah juga menghadkan permainan 'kutu' kat ofis. Kak Pah, akak di opis Jemah telah membuka 14 group kutu. Dia juga menghasut Jemah untuk join 3-4 group sebab katanya, tahun depan Jemah naik gaji. Tapi Jemah cuba bertahan. Sebab Jemah nak full control dekat perbelanjaan bulanan and cash yang Jemah ada. Jadi Jemah join 2 group sahaja. Cukuplah. Selebihnya, Jemah nak lebihkan pada bayaran pengasuh kalau boleh. Pengasuh anak Jemah sangatlah letih, Jemah hantar pepagi buta dan ambil pada lewat petang.
Jemah juga memastikan sebelum shopping, perut akan diisi terlebih dahulu. Ini kerana, shopping dengan perut lapar akan meningkatkan nafsu untuk membeli. Shopping dengan perut kenyang akan mengurangkan nafsu membeli. Cubalah!
Sekian tips MJBB. Yang buruk jadi teladan, yang baik jadi panduan.
.
Sunday, November 22, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment